Khurafat Yang Menyeramkan | Thrailer Video




Salam semua, apa kata kita layan cerita hantu bertajuk Khurafat ini.Khabarnya keseramannya benar menyentuh jiwa.Kena pulak banyak sangat hantu-hantu berkeliaran sekarang ini..he he.


 
FILEM: Khurafat
PENGARAH: Syamsul Yusof
PELAKON: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay,
Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, 
Mariani, Nur Huda
PENERBIT: Skop Production
GENRE: Seram
Klasifikasi: 13PG
Mula Tayangan: 13 JANUARI 2011

Sekali Imbas


Tidak dinafikan filem seram pertama arahan pengarah muda, Syamsul Yusof ini sangat menyeramkan! Filem seram yang mengisahkan perjanjian terlarang serta persengkolan antara manusia yang ditonjolkan ini menggunakan teknik kesan bunyi yang berbeza dan sangat mengerunkan serta boleh bikin gugur jantung.



Ulasan Penuh

Jika sebelum ini kebanyakannya filem dari Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23,Syamsul Yusof berbentuk aksi seperti filem KL Drift, KL Gangster dan sebagainya, namun kini penonton pasti terkejut dan berpuas hati dengan percubaan pertamanya mengarahkan filem seram.

Percubaan Syamsul boleh dikatakan percubaan yang terbaik kerana dalam filem Khurafat dia menggunakan atau menonjolkan teknik bunyi, pencahayaan serta hantu yang berbeza dan lebih menggerunkan daripada cerita hantu melayu lain. Terutama sekali, sistem dolby yang digunakan sangat berkesan dan berjaya membuat penonton dikuasai oleh perasaan takut dan disulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen.

Ia terbukti daripada awal filem ini ditayangkan sehingga tamat, panggung sentiasa bingit dengan jeritan ketakutan penonton. Bayangkan sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan yang diperoleh. Sesuailah apabila filem ini diklasifikasikan sebagai 13PG dan ibu mengandung serta yang ada penyakit jantung disarankan untuk tidak menonton filem ini.

Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.

Selain itu, jalan ceritanya yang penuh suspen itu membuatkan ramai penonton tidak dapat menyangka bagaimana pengakhiran ceritanya kerana tekaan penonton pada permulaan ceritanya pasti berbeza atau tidak sama apabila lihat bagaimana cerita ini ditamatkan.

Namun dari segi lakonan, Syamsul ini masih lagi berada ditahap common dan seperti kita sudah jangkakan cara dia bercakap dan perwatakannnya kerana hampir semua filem yang dilakonkannya karakternya masih sama dan tidak ada banyak bezanya. Cuma kali ini Syamsul tidak lagi berpakaian segak seperti orang-orang kaya serta membawa kereta mewah dan bekerjaya.

Manakala lakonan Liayana Jasmay kali ini sangat tidak menonjol dan boleh dikatakan wataknya biasa-biasa sahaja. Cuma dia berpenampilan berbeza dengan bertudung dan menjadi isteri kepada Syamsul. Dalam usianya, bagi penulis dia tidak sesuai memegang watak sebagai seorang isteri. Mungkin wataknya kali ini lebih limited dan tak banyak yang boleh dilakukan dalam filem ini.

Anatara pelakon yang patut dipuji pula adalah Sabrina Ali. Dia yang membawa watak sebagai Anna, bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam berperwatakan seorang yang sangat psycho itu sangat berbeza dan berkesan. Dalam filem ini penulis boleh katakan watak Sabrina Ali sangat menonjol dan berkesan kepada penonton.

Terdapat scene yang seram yang jarang filem-filem seram tonjolkan antaranya Syamsul mendukung jenazah yang sudah dikapankan di tengah hutan waktu malam dan juga sewaktu Sabrina dimandikan serta diletakkan dalam peti mayat. Sabrina juga akui ia satu pengalaman yang sangat mengerikan dan berharga buatnya.

Sebagai pengarah, Syamsul pasti tidak lepas dari menggunakan aksi-aksi stunt dalam filemnya. Jika dalam filem KL Drift dia menggunakan kereta lumba sebenar untuk scene kemalangan, begitu juga dalam filem ini kerana dia ada menyelitkan scene kemalangan van jenazah jatuh ke dalam gaung bersama pemandu dan jenazah.

Sinopsis

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang antara manusia dan syaitan. Manusia sebagai insan yang lemah, membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan tipu daya syaitan.

Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.

Tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan dan isterinya.

Saksikan kesudahan serta kelainan filem seram arahan Syamsul ini yang bakal berada di seluruh pawagam bermula 13 Januari 2011.

  • Sumber: Murai Dot Com



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Januari 05, 2011

33 Komen:

  1. perghh macam menarik jew
    cite ni .. seram lak tu aih
    nak g tengOk la nt.. huhu ;)

    BalasPadam
  2. salam...

    Promosi nampak menarik..tapi citer mcm ni aku kurang layan sangat..apapun tahniah pada Syamsul Yusof yang berani mencuba genre mistik pulak dalam pengarahannya

    BalasPadam
  3. ieda takleh tgk ni, lemah semangat tapi hantu ka limah takpe, hahahah :)

    BalasPadam
  4. Salam...

    Koi x geng ngn citer2 genre seram nih..
    Sbb takut xleh tido malam..huhuh

    BalasPadam
  5. syamsul kena up kan lagi lakonan dia. tp aku admit dia mmg ada bakat jadi pengarah

    BalasPadam
  6. tak mo tgok criter hantu, nnti nak gi toilet malam2 kat hostel, takut..ngeh ngeh

    BalasPadam
  7. tak suka tengok citer-citer macamni...nanti khurafat...boleh rosak AKIDAH

    BalasPadam
  8. tak habis2 nk buat cerita hantu. nk terapkan ketakutan pada hantu dkt budak2 skrg ni ke? hurm

    BalasPadam
  9. Nanti kita saksikan bagaimana kehebatan keseramanya :)suka juga layan citer antu nei :)

    BalasPadam
  10. salam cik Zul..sy mmg tak boleh terima cerita seram Melayu..mmg khurafat sungguh.

    cuba cik Zul tengok Paranormal Activity 2 yg bakal di'release'kan esok (06/01/11)..cite omputih.sblum tu tgok paranormal activity 1..mmg sgt menyeramkan! hehehe

    BalasPadam
  11. sib baik tak suka tengok2 wayang ni...

    BalasPadam
  12. Errr...ckLah tak pernah masuk panggung wayang seumur hidup. Hehehe

    BalasPadam
  13. alamak baca ulasan ni pon dah macam seram je

    BalasPadam
  14. kena tengok malam malam.. baru seram betul..

    BalasPadam
  15. nok pergi tengok la..seram sedang mana ke?? heheheheheh

    BalasPadam
  16. Salam..
    nak kata sy penakut rasanya tak..bolehlah duk sorg2 dalam satu bangunan kosong..tp bila layan citer seram mcm ni terasa2 lak ada sesuatu dok perhati bila tinggal sorg2.... so baik tk tenguk...:)

    BalasPadam
  17. syamsu kalau mengarah filem memang best..Hm...

    BalasPadam
  18. Aslmkm Zul.
    Dengan kurnia Allah SWT, Kak G dah pernah tengok sendiri peristiwa benar - gangguan hantu raya & pelesit itu serta jin2 suruhan.
    Insya Allah, hantu tak tunjukkan diri dalam bentuk rupanya kepada orang yang berani & kuat semangat.
    Jadi Kak G tak la rasa nak tengok khayalan manusia yg aneh2 tu! :)
    Tapi jika ada yang minat ... mereka berhak membuat pilihan kan?

    BalasPadam
  19. Dah lama tak tengok citer seram. Kalau boleh elak, saya elakkan..

    Nanti anak pun nak tengok sama..

    BalasPadam
  20. salam
    sangat tak sesuai untuk anak2
    harap2 mereka takkan tonton cerita ini

    BalasPadam
  21. Nak ajak buah hati konfirm x nak, ajak member2 best gak tengok cite ni...

    BalasPadam
  22. Salam...

    Teringin nak tengok tp risau anak takut nanti.
    Hmmm, nampaknya kena tunggu DVD keluar la...
    sedey...sedey...

    BalasPadam
  23. Salam,

    Saya jarang tengok cerita hantu sebab bila seram, hati berdebar-debar, takut bp naik.

    Sekarang ni banyak betul cerita hantu.........

    BalasPadam
  24. pergh...angkat mayat tuh..mmg terbaek..hehe..insyaallah..nnti nk tgok kt utube..:)

    BalasPadam
  25. tak suka tgok ctr seram..sesekli blhlah layan..

    BalasPadam
  26. @Nazatul shima

    Tak pe..ramai boleh temankan
    kalau Cma takut nak tengok
    sorang..

    BalasPadam
  27. @suri

    Layan,jangan tak layan Sis..he he
    lakonan sahaja kan..?

    BalasPadam
  28. @Kunang-Kunang

    Kalau lemah semangat..
    nasihat saya baik jangan
    nanti lain kisah pula
    di panggung nanti...huhu

    BalasPadam
  29. @iza

    Tak aci begitu..
    jangan beli yang
    pirated erkkk?

    BalasPadam
  30. bosanlah dengan drama Malaysia sebegini yg hanya ikut trend tanpa ada visi utk menjaya hidup dunia n akhirat...sampai bila????

    BalasPadam
  31. filem malaysia best!!!!!

    BalasPadam