Gambar Nikah Ayu Raudah Dan Zakuan Kami Berkongsi Jurunikah



Salam semua, bila saya lihat gambar nikah Zakuan dan Ayu Raudah di blog Bro Don,saya jadi serba salah pula tidak berkongsi pengalaman dan kenangan saya dengan rakan-rakan semua.

 
 
Gambar di atas semasa saya di nikahkan oleh Tuan Haji Mustafa satu ketika dahulu, dan gambar bawah Zakuan di nikahkan oleh jurunikah yang sama. Cuma berlainan masa situasinya sahaja. Kamera saya kurang masa tu..he he.berbanding mereka, yang kelihatannya seperti tak muat ruang masjid tu?


ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011:

Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.

Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.

Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.

Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan.

MURAI dot Com


 
 
Masjid Sultanah Bahiyyah Alor Setar,tempat yang sama saya di nikahkan dengan isteri dahulu. Selamat pengantin baru buat pasangan Zakuan Adha dan Ayu Raudah,semoga pernikahan ini kekal hinggah ke syurga.Barakallah.
 

 
Sama cantik,sama padan..semoga menghargai kurniaan Allah.Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Januari 22, 2011

44 Komen:

  1. ingatke aok berkongsi jurunikah pada hari yang sama ngan ayu raudhah te..hihiihii ;D

    BalasPadam
  2. @Nerzhul

    Boleh aje..khabornya
    akaknya dah lama menjande
    la la la..

    BalasPadam
  3. bukannye deme yg jadi tukang nikoh te...

    BalasPadam
  4. @Anak Ulu Cheka

    Koi nikahkan tuan Haji Mustaffa
    ha ha..mengamok mak Aji nanti wehh!!

    BalasPadam
  5. bagai pinang dibelah 2..
    hehe smoga kkl bhagia
    tanpa sbarang kontrovesi :)

    BalasPadam
  6. Kome ingatkan macam yang Nerzhul juga..hehe!

    BalasPadam
  7. he3...en zul pon artis gak ar he3..lain betul muke en zul masa 2...muda remaja tul :D

    BalasPadam
  8. salam bang, eh eh samalah jurunikah abg dgn depa...selamat sudah depa berdua ni kawen..AAlhamdullilah.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum akhi Zul..

    selamat berbahagia buat pengantin lama dan pengantin baru...
    semoga kekal hingga ke ahir hayat..

    BalasPadam
  10. @Ummi Humaira

    وعليكم السلام
    terima kasih..
    dari pengantin lama..
    he he..

    BalasPadam
  11. @qellissa

    Begitulah adanya..nampak
    bertambah glamer Tuan Haji Mustafa
    sekarang..

    BalasPadam
  12. @Nadia Abdullah @ Nerzhrul@ AUC @ Miecyber@ Relevan

    Tajuk entry mau
    gempak sket..baru
    ande yang masuk
    he he..

    BalasPadam
  13. Hu3.. Ngat betul2 dah bro kongsi hari sama.

    BalasPadam
  14. Boleh le sambut anniversary sama2 tahun depan

    BalasPadam
  15. wah cantik n sepadan je dorang..dpt anak mesti comel2 n cun niie..hehe

    selamat pengantin baru buat zaquan n ayu raudhah n selamat pengantin lama buat bro n isteri..moga berbahagia n diberkati ALLAH hendaknya..:)

    BalasPadam
  16. harap harap ..mereka bahagia..tak macam zafuan..kembar sorang lagi..huhu

    BalasPadam
  17. Salam zul, Selamat pengantin baru juga pada mereka
    mmg kena berlake gambo te :)

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah..masih sihat walafiat Tuan Haji Mustafa tu ye :) Tentu sudah ramai pasanngan yang telah dinikahkannya...

    BalasPadam
  19. @Anif®
    Alhamdulillah..sihat hendaknya
    Tuan Haji Mustafa..

    BalasPadam
  20. salam..kebetulan plak yer dinikahkan oleh kadi yg sama.

    xpe2, tumapng glamor sekali ape salahnya kan? hehehe..

    apepun, tahniah wat ayu raudhah n zaquan. Juga tak lupa utk tuan blog ni =)

    BalasPadam
  21. salam.
    eh. ingatkan mereka ni menikah kat masjid bukhari. hehe.
    wah. jurunikah yang sama tu. huhu

    BalasPadam
  22. Amin,mudah-mudahan kedua-duanya akan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti yang telah diamanahkan oleh Allah.

    Dan semoga akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

    BalasPadam
  23. wah.. tmpt pown sama ek.. cuma waktunya berlainan.. :)

    akak ayu pown boleh la ek.. :)
    tpi si isteri setju ke 2 ??

    BalasPadam
  24. Moga berbahagia dan berkekalan..

    BalasPadam
  25. Tak aci...
    Gambar nikah Zulkbo dengan gambar nikah mereka ada untuk dibuat perbandingan. (Hehe)

    Gambar masjid, emmmm, okeylah..sebab memang satu masjid yang sama.

    Tapi, gambar aksi yang akhir tu, kenapa gambar depa saja. Mana gambar zulkbo dan isteri ?(dengan aksi yang sama tau!!!) Hehehe...

    BalasPadam
  26. @ckLah@xiiinam

    he he..mana boleh compared gambar last tu dengan saya..orang rumah pemalu amat nak bergambar..he he

    BalasPadam
  27. Salam..
    Menarik ni..
    Tak sangka panjang umur imam tu ye..
    En. Zul umur berapa tahun tu masa akad nikah?

    BalasPadam
  28. eceeehhh..
    berkongksi rasa yg sama nmpknye ya!
    all bless cikgu! (",)

    BalasPadam
  29. mesti le tringtkan bila seseorang tu mnjadi sebahagian cerita dlm hidup.. apalagi jurunikah yg mnyatukan

    BalasPadam
  30. @ASSOYFINGER67

    pinggang dah naik 2 inci dari saiz
    asal di gambar tu..he he..biasa dah..happy life's

    BalasPadam
  31. salam
    harap2 mereka juga akan kekal bahagia seperti saudara zul
    insya allah

    BalasPadam
  32. semoge rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat...dan mendapat berkat daripada-Nya...amin.....

    BalasPadam
  33. sama cantik sama padan,,
    moga berkekalan

    BalasPadam
  34. salam..
    wah, kebetulan ni..hebat cik Zul berjurunikahkan jurunikah yg sama :D

    BalasPadam
  35. Wah, tukang nikah yang sama dengan bro Zuklbo :-) Kuat lagi pak Haji ni

    BalasPadam
  36. fuhhhh.... ye la bini hang pa org kedah na...

    BalasPadam
  37. mana gambar isterinya en zul?

    BalasPadam
  38. pasni plk akan dpt tarikh lahir ank yg sama plk heee

    BalasPadam
  39. @mrs jamal

    Isteriku pemalu..
    tapi kalau di banding
    Ayu Raudah bekali-kali
    kecantikan isteriku..
    he he..la la la

    BalasPadam
  40. selamat pengantin baru buat mereka

    BalasPadam
  41. ieda ( famieda 88 )09 Oktober, 2012

    Selamat pengantin baru

    BalasPadam