Blogger Di Saman 6 juta Bila Riview Dan Tidak Di Senangi Restoran

Salam semua, tak semena-mena seorang blogger  di saman oleh sebuah restoran terkenal di  Sabah. Riview beliau tentang masakan kari kepala ikan yang popular di sana nampaknya tidak di senangi pihak restoran tersebut.Google turut di namakan sebagai defenden kedua..alahai?



KOTA KINABALU: A popular Indian cuisine restaurant here that is recommended by travel guide Lonely Planet, is suing a blogger and Google for defamation.

Jothy's Fish Head Curry restaurant director Tharumaraj Sivaperumal filed a RM6mil civil suit at the Kota Kinabalu High Court here Monday, naming blogger Poh Huai Bin as first defendent and California-based Google Inc as second defendant.

The suit is arising from some allegedly defamatory statements about Jothy's Fish Head Curry restaurant posted in May last year by Poh, originally from Sibu in Sarawak and now residing in Kuala Lumpur.

Jothy's is also seeking an order from the court to remove the offending articles from Google and other popular search engines used on the Internet

Sumber: Star Online


Apa komen anda semua? Ermmm..mulakan dengan komen secara berhemah ye?Tak salah melahirkan ketidak puasan atau berani kerana benar, tetapi kita kenalah berani juga menghadapinya risikonya. Sikap orang sekarang juga, salah sikit...'see you in court'. Maka berhati-hati dengan komen anda agar tidak menguris atau merosakkan rezeki orang lain.

Dah main saman-saman ni, rasa risau pula saya nak bagi link ke entri berkenaan..he he. Apa kata anda google sendiri di carian enjin nama blog tersebut pasti akan keluar.Almaklum bila dah jadi begini, ramai yang berminat nak baca blog beliau.Wassalam.

Lonely place: Tharumaraj says business at his restaurant in Kota Kinabalu has been affected by the blogger’s negative postings.
Sumber : The Star




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Januari 27, 2011

40 Komen:

  1. banyak tul kes saman ekh skarang ni

    BalasPadam
  2. hurmm...tu tak berani nak komen2 sal masakan seme ni..silap2 ginilah jadinya bro...hurmm

    BalasPadam
  3. Sal Zul, mmg tak keharuan kalau jadi macam ini... mintak maaf cakap terkadang byk pihak yang mengambil kesempatan sahaja sekarang nie janji boleh dapat duit semua kerana RM :(

    BalasPadam
  4. alahai..takkan semua nak direview baik aje, restoran tu terimalah hakikat, tak semua org suka, lagi pon 'customer aalways right'. ceh..pandai je ieda jawab, kang tak pasal2 kena saman pulak, miahahaha! :)

    BalasPadam
  5. salam bro...

    uittt seram lak dah main court2 nie....kena berhati la...

    BalasPadam
  6. Saman saja jangan tak saman..

    BalasPadam
  7. salam zul..

    Memang serba salah kalau mcm ni..puji kena saman kutuk pun kenang saman..ishhh

    BalasPadam
  8. menyampah lah restoran mcm tu, x boleh pikir outside the box..klu org complain tu cubalah ubah cara masakan tu ke, servis ke..ini tak..rasa x puas ati je nak saman menyaman...haishhh

    BalasPadam
  9. takutnya,,susah jugak ye. kalau nak review untuk mengingatkan orang lain pun bahaya jugak sampai saman-menyaman. tapi kalau review baik-baik senyum lebar,,

    Latest Entri :
    Pemakanan Punca Penyakit

    BalasPadam
  10. tak da komen takut kena saman pula nanti

    BalasPadam
  11. pasni jadi pengajaran buat semua blogger2 yg rajin review tempat2 makan yg dorang pergi supaya komen yg baik2 jer..

    kalau nak komplen, komplen dalam hati jer.. :P

    BalasPadam
  12. Salam...

    Itu yg merisaukan my hubby sejak dulu utk saya terus blogging.
    Kalau tak kena, tak pe. Sekali kena saman, sapa nak bayar? My hubby jgk.
    Tapi saya tetap degil...
    Harap2 dijauhkan dari masalah mcm ni...

    BalasPadam
  13. @iza

    Teruskan berblogging..tapi bila nak
    riview seseorang dan komen kita biarlah berlapik..saya baca article mamat tu memang aaya pun
    tak suka cara penulisannya..

    BalasPadam
  14. As Salam,
    Payah betul orang nak terima hakikkat kan?
    Nak p googlelah utk tahu cerita sebenar..

    BalasPadam
  15. Salam sejahtera sdr zulkbo,

    Mungkin ada jalan penyelesaian diluar mahkamah. Blogger tu terpaksa cari lawyer yang bagus nampaknya.

    Have a nice day.Thank you for sharing

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum...

    Jaga adab sopan dan akhlak ketika berblogging, itu sebaiknya

    BalasPadam
  17. salam,

    senang org sekrng cari duit, silap skit jer saman... huhu...

    BalasPadam
  18. hmm...susahlah macam ni pekedai tu nak cari makan nanti!

    BalasPadam
  19. bahaya juga gitu tak pasal2 je yek

    BalasPadam
  20. bahaya jugak.. malaslah koi nak promote restoran, takut silap promote.

    BalasPadam
  21. itu lah, seluas mana pun ruang yang ada dalam media baru, saya yakin masih ada batasannya. tidak boleh juga sewenang-wenangnya untuk menggunakan media baru untuk tujuan sebegini. perkara2 macam ni akan mematangkan lagi masyarakat, samada pihak blogger mahupun pihak yang direview. akhirnya nanti, kita akan membentuk satu masyarakat yang benar2 menggunakan media baru untuk tujuan yang baik sahaja

    BalasPadam
  22. salams,

    wah2 jika mcm nie bilala nak berubah...:)
    Mana teras " customer always right"...fikiqlah jika nak maju....jadikan teguran satu platform perubahan...Jgn katak dibawah tempurung...atau anjing mnyalak bukit dah laaa..

    BalasPadam
  23. Tu lah...kekadang bloggers suka-suka hati buat preview tanpa minta izin. Bukan semua orang suka.


    "Kawalan kendiri di alam siber" tu mungkin tak ingat masa sedang syok menulis...

    BalasPadam
  24. ramai dah buat entri sejak semalam..saya x tau nak oleh camner..risau saya terseret sama nnt.

    BalasPadam
  25. lepas ni xmo g situ lg la

    BalasPadam
  26. waa bahya ni...itu macam pun kena saman ka...

    BalasPadam
  27. Tak boleh menang lah mamat restoran tu. Ada ler sebab nape org tak dtg kesitu dan ada le sebab kenapa Phua tu komplain dlm blog.. dia kena check 'sebab' tu dulu. So sukar dia nak menang.

    BalasPadam
  28. wala...
    6jutaRinggit bukan 6jutaRupiah..

    macam-macam hal.
    tapi kan.. bisik2 sikit bro,
    mana nak baca entri tu ?

    BalasPadam
  29. salam..
    haish..zaman fitnah,mcm2 skrg..saman jalan terbaik utk mnentukan sape benar sape salah..kalo blogger btul, buktikan.kalo pemilik restoran betul,buktikan segalanya di mahkamah. good luck

    BalasPadam
  30. salam en zul...i'm back he3..wahhh da lama xblogging rupenya ada isu panas.. nak kena bc dlu blog tue br den leh komen uhuk3

    BalasPadam
  31. salam, harap perkara ni jadi ikhtibar buat blogger yang lain...berhati-hati...jgn buat n3 yg boleh sakitkan hati orang...

    BalasPadam
  32. nak kena baca jugak apa yg ditulis sampai kena saman 6 juta tu..banyak woo

    BalasPadam
  33. baru aje lalu depan kedai ni Ahad lalu...!

    BalasPadam
  34. @CekWa

    Betul ke tak ada orang langsung?
    maruuu lagi gitu yak..?

    BalasPadam
  35. salam

    pesan orang tua2
    perkara baik perlu dihebohkan
    hal2 yang buruk, soroklah sedaya upaya

    BalasPadam
  36. Tak beranilah nak komen lebih-lebih entri ni.Nanti tak pasal-pasal kena saman.Tapikan kenapa dengan Google pun kena?

    BalasPadam
  37. pemilik restoran tu kena saman bukan kerana kritikan tu, tapi kerana cara kritikan tu tak kena. sebab tu google pon kena saman sekali.

    BalasPadam
  38. sekali google pun disaman... huhu

    BalasPadam
  39. haiyooo..suma nak main saman saman je skang eh...hmm..

    BalasPadam