Salam semua, tetiba teringat kisah lama.Harap tidak lah bosan ye..? Gambar di bawah adalah gambar sekitar tahun 1978.Gambar para peneroka Felda Dahlia Jengka 3 turun mengundi.Orang zaman dulu jarang jumpa kamera, kalau ada mesti semua nak bergambar(enter frame) sekali.he he.
Peneroka Sekarang Berpendapatan Sederhana.
Pada 18 Jan 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan secara rasminya, selepas pembukaan Felda 54 tahun lalu, bahawa penduduk Felda kini merupakan penduduk berpendapatan sederhana, dengan purata sebulan RM3,000, lebih tinggi daripada pendapatan 40 peratus rakyat Malaysia dalam golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata ini rekod pencapaian luar biasa, dan Felda berjaya mengubah keadaan hidup masyarakat yang bertuah kerana terpilih menjadi peneroka yang kini berjumlah 1.6 juta orang.
Felda melalui proses trasformasi yang agresif sehingga menjadi satu gagasan yang mampu mengubah landskap sosio ekonomi yang diperjuangkan dan Najib berpendapat dengan pendapatan purata RM3,000 itu membolehkan keluarga di Felda menikmati kehidupan lebih berkualiti dengan kos kehidupan yang rendah.
Ini hasil kekukuhan ekonomi Felda seperti yang dilaporkan tahun 2010 dengan nilai ladang komersialnya sebanyak RM10 bilion, aliran tunai RM1.3 bilion, tidak termasuk nilai anak syarikat Felda yang mempelbagaikan pelaburannya termasuk dalam bidang hartanah dan pasaran saham di dalam dan luar negara dalam usaha meningkatkan pemasaran sawit dan produk Felda yang lain.
Koperasi Permodalan Felda juga turut aktif dalam aktiviti pelaburannya. Kejayaan ini memang bukan sekelip mata dicapai, tetapi pencapaiannya juga bukan secara kebetulan, malah dirancang lebih setengah abad lalu hasil pandangan jauh Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Abduk Razak Hussein.
BERNAMA
Pada 18 Jan 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan secara rasminya, selepas pembukaan Felda 54 tahun lalu, bahawa penduduk Felda kini merupakan penduduk berpendapatan sederhana, dengan purata sebulan RM3,000, lebih tinggi daripada pendapatan 40 peratus rakyat Malaysia dalam golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata ini rekod pencapaian luar biasa, dan Felda berjaya mengubah keadaan hidup masyarakat yang bertuah kerana terpilih menjadi peneroka yang kini berjumlah 1.6 juta orang.
Felda melalui proses trasformasi yang agresif sehingga menjadi satu gagasan yang mampu mengubah landskap sosio ekonomi yang diperjuangkan dan Najib berpendapat dengan pendapatan purata RM3,000 itu membolehkan keluarga di Felda menikmati kehidupan lebih berkualiti dengan kos kehidupan yang rendah.
Ini hasil kekukuhan ekonomi Felda seperti yang dilaporkan tahun 2010 dengan nilai ladang komersialnya sebanyak RM10 bilion, aliran tunai RM1.3 bilion, tidak termasuk nilai anak syarikat Felda yang mempelbagaikan pelaburannya termasuk dalam bidang hartanah dan pasaran saham di dalam dan luar negara dalam usaha meningkatkan pemasaran sawit dan produk Felda yang lain.
Koperasi Permodalan Felda juga turut aktif dalam aktiviti pelaburannya. Kejayaan ini memang bukan sekelip mata dicapai, tetapi pencapaiannya juga bukan secara kebetulan, malah dirancang lebih setengah abad lalu hasil pandangan jauh Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Abduk Razak Hussein.
BERNAMA
Realitinya memang agak berduit peneroka sekarang berbanding 30 tahun dahulu.Teringat saya zaman kanak-kanak dahulu, nak beli baju raya pun tak mampu mak ayah.Jauh sangat perbezaan zaman itu dengan sekarang. Buat generasi kini bukan sahaja mewah malah sampai ke tahap pembaziran, ambil contoh adik lelaki saya yang paling kecil dan masih bersekolah sudah boleh bermotosikal yang mahal-mahal ke sekolah.
Jika di zaman saya remaja, motor honda 70 ayah menjadi rebutan di kalangan kami adik-beradik tak kala hari raya.Almaklum nak berjalan ke rumah rakan perempuan..he he.Baik abang saya atau adik lelaki saya.Maka selalulah bertengkar jika pulang lambat sesama kami, kerana menunggu 'turn' nak guna motor.Memang senyum sendirian bila di kenang-kenangkan.
Bersyukur saya ke hadrah Allah jua, atas kesenangan yang di kurniakan maka ramailah anak-anak Felda yang mampu melanjutkan pelajaran tanpa terlalu membebankan mak ayah kerana mereka berduit sekarang. Walaupun ada pihak yang masih kurang berpuas hati.Itu pandangan masing-masing, bagi saya jasa Felda terlalu banyak buat peneroka.Wassalam.
assalamualaikum abg zul..
BalasPadambestnya jadi warga felda nie kan...banyak kemudahan..saya bukan dari felda tapi pernah la berurusan dengan warga felda nie..memang banyak insentif depa nie....
@sahromnasrudin
BalasPadamAlhamdulillah..
pada yang tahu
bersyukur..
salam,
BalasPadamhehehe... teringat masa saya dara sunti dulu, kawan2 lelaki dtg rumah beraya, naik motor kapcai buruk jer... kira gempak lah... masa tu dorang rasa dorang paling macho..
salam
BalasPadamkakak ke 2 saya dok FELDA kat Gua Musang,Kelantan...anak2 berjaya masuk U...
ada kebun buah2an..ada kolam ikan..seronoknya...
kebanyakan peneroka sekarang hidup senang..
Hidop anak FELDA walaupon saya bukan dari FELDA ^_^. Banyak perubahan skang kan, byk org FELDA yg dah hidup senang...alhamdulillah..
BalasPadamTapi kan yg saya tak faham, mcm mana Tan Sri Isa Samad yg pernah ada kes rasuah bley jadi pengerusi FELDA yg baru? Kenapa PM tak lantik org² yg asal dari FELDA yg dah berjaya jer jadi pengerusi kan...mushkil...mushkil...
koi pon gitu jega... dulu pakai kasut getoh je g skoloh
BalasPadamamboi gambo ter banyok bulan je gayanya
penoreh getah skrg dah berduit..klu kat kg husband sy...ada yang sebulan dapat rm6-8 ribu...kerja cuma noreh getah aje...
BalasPadamKalau kita bandingkan dari yang dahulu dan sekarang..selepas 30 tahun...batu yang keras pun boleh berubah bentuk...Hanya Jauhari Mengenal manikam.......
BalasPadam@cemomoi
BalasPadamBiasa dah..
pengaruh kuat nih
lebih lagi zaman
Tun Hussin Onn dulu
warga felda byk meningkatkan ekonomi negara juga,
BalasPadamsyukurlah sekarang ramai dah hidup senang..
harap sentiasa dilimpahi rezeki yang halal..:)
Assalamu'alaikum Zulkbo
BalasPadamArwah abang sertai Felda Gunung Besout, Sungkai.. alhamdulillah merubah suasana sebelum tu.. sekarang kak ipar n anak-anaknya meneruskan usaha..
rumah peneroka sekarang cantik-cantik belaka. saya juga anak penoreh tapi bukan warga felda. pokok getah memang banyak berjasa.
BalasPadampeneroka dah senang skrg ni..rumah dah mcm mahligai,tp msh ada yg rumah sederhana kan zul?
BalasPadamtak kisah sapa kita yg penting kita ingat asal usl kita heee
BalasPadamabang n adik en.zul je ke berebut moto?? en.zul plak mcmane?? hehehhe
BalasPadamgambar lama mmg mmpu membangkitkan kenangan llu
BalasPadamsalam singgah...
BalasPadamsaya bukan anak felda tapi dah biasa dgn felda dari zaman kecik2 dulu. pakteh saya duduk kat jengka 20. kalau cuti sekolah saya pernah duduk kat rumah dia, teman pergi menoreh getah. seronok jugak. huhu~
sekarang ni tgk org felda wah..dah senang2 semuanya. :)
felda kini lain dah dari dulu2
BalasPadamSalam zul..
BalasPadamHanya anak felda dulu2 yg dapat merasai keperitan sebagai anak peneroka jauh beza dgn sekarang... bersyukurlah walau kita dilahirkan sebagai anak felda.
salam bro..
BalasPadambetul tue sekarang nie peneroka lagi kaya dari org bandar sebab pakcik angah org peneroka gak ..leh jutawan wooo hehehee
setuju.. skrg peneroka mampu memberi pendapatan setimpal..
BalasPadamSalam Zul, gitulah susah payah org dulu2... sepatutnya jenarasi hari ini menghargai jasa dan poengorbanan mereka.
BalasPadamsalam cik zulkbo
BalasPadamalhamdulillah, rezeki semakin melimpah ruah,kan? semoga kita tak lupa dan menjadi insan bersyukur
Salam...
BalasPadamFelda skrg sudah maju,
macam2 pembangunan dan perancangan dibuat utk memajukan warga felda.
Tapi pak menakan saya tetap tak balik2 jengok ke Kg. Dah kaya ke dia???
Teratak Usang
@Iza
BalasPadamkena lah anak menakan
pi carik pak menakan tu
mungkin dia dah tua...
tak larat nak jalan jauh
Salam bro zul..
BalasPadamDalam gambar tu, yg mana satu bro zul? hehe..
@Ustaz Love
BalasPadamTiada saya dalam gambar nih..
tapi budak perempuan yang di
sebelah kiri gambar berdiri
tu adik perempuan saya..sekarang
dah 38 tahun usianya..
Zaman dah berubah...
BalasPadamHairuman bakal hilang kaki pula
Kome pun anak peneroka juga..bangga jadi generasi kedua..
BalasPadamsalam, memang untung orang felda sekarang ni, getah mahal...harga sawit stabil...semoga kemakmuran Allah SWT panjangkan....
BalasPadamRamai anak Felda yg dah berjaya sekarang ni. Tahniah buat PM Tun Razak kita
BalasPadamsalam,
BalasPadamsemenjak opah dah tiada.. felda seolah2 terpinggir jer..
nasib baik bapa saudara tinggal di sana..
balik juga menjenguk..
Salam sdr zulkbo
BalasPadamWaa semua posing maut hehe.
Terima kasih berkongsi cerita.
Saya anak polis :)
Umi
Assalamualaikum...
BalasPadamBaru sekarang ni ada felda kat sini..
semoga felda terus berkembang maju, begitu juga generasi kedua, ketiga dan seterusnya
BalasPadamharga komoditi seperti getah dan sawit dah naik..orang felda makin senang.
BalasPadamMak pernah cerita nama arwah ayah naik untuk pemilihan ke Felda di Palong tapi ayah tolak atas sebab yang tak dapat dielakkan. Kalau tak dah jadi anak feldalah saya..
BalasPadamSelalu ke kawasan pak sedara abg di felda kota gelanggi Jerantut.
salam
BalasPadamtak dapat disangkal, felda memang banyak berjasa mengubah taraf hidup rakyat
orang cakap kehidupan kat felda best..generasi peneroka terawal memang suffer lah, buka tanah..hasilnya sekarang anak cucu hidup senang & selesa kan..
BalasPadamnak cari asben orang felda lah...ekeke
alhamdulillah......
BalasPadam@Kamsiah gua musang? saya dok sana la..eii ntah2 kenal ni
BalasPadamOrang Felda sekarang dah maju..byk anak yang belajar dan bekerja,byk yang berjaya!
BalasPadamtakleh pandang rendah dah pada penduduk felda nii..sekarang diorang lagi berduit dari orang2 biasa niiii....
BalasPadamSALAM..
BalasPadamTERIMA KASIH,
SEMUA YANG SUDI MENINGGALKAN
KOMEN ANDA DI SINI..AMAT SAYA
HARGAI..JAZAKUMULLAH KHAIR..