Salam semua, bila bercerita bab kawan lama terimbau kembali di zaman persekolahan menengah dahulu.Antara aktiviti yang paling saya aktif sekali ialah berpengakap.Dari tingkatan satu sehingga ke enam atas, tak pernah aktiviti lain yang menjadi ketagihan melainkan berpengakap.
Bercerita bab berpengakap di sekolah masa itu, paling popular di kalangan kami ialah "Triple Zul". Nak tahu apa itu "Triple Zul", apa kata teruskan membaca entri yang saya buat khas buat rakan baik semasa di sekolah menengah dahulu.
Zulkarnain Manan, lebih di kenali sebagai Abadi Romeo di alam siber ini. Beliau adalah setahun junior semasa bersekolah dahulu. Orangnya yang macho (tu yang abadi romeo selalu...he he..) peramah dan mudah di dekati selain seorang yang kuat bekerja.
Kami berkawan baik dan pernah bersama berhijrah ke Kuala Lumpur suatu masa dahulu malah tinggal serumah bujang, tetapi beliau kini kembali semula ke kampung menguruskan perniagaan orang tua beliau di sana.
Kami berkawan baik dan pernah bersama berhijrah ke Kuala Lumpur suatu masa dahulu malah tinggal serumah bujang, tetapi beliau kini kembali semula ke kampung menguruskan perniagaan orang tua beliau di sana.
" Triple Zul" adalah kerana; suatu masa dahulu, ke mana sahaja kami selalu bersama antara 3 orang sahabat.Saya Zulkifle Othman,Zulkarnain Manan dan seorang lagi Zulkifli Kassim.Ha ha, memang unik semasa itu, bila panggil ZUL sahaja ketiga-tiga orang akan menyahut.
Kegilaan kami berpengakap bukan sahaja merangkumi aktiviti di sekolah malah melibatkan aktiviti luaran juga. Antara yang paling extreme ialah berakit buluh menyusuri sungai Pahang selain berbasikal merentasi kampung dari Jengka ke Kuantan.
Memang manis bila di kenang saat-saat itu, tidak boleh di beli dengan wang ringgit, hanya kenangan abadi di ingatan.Buat sahabat ku Abadi Romeo, selamat datang ke dunia blogger. Semoga tercurah segala idea dan pandangan serta pengalaman anda di alam siber ini.
Rakan blogger sekalian bolehlah melayari laman Blog beliau di SINI dan mengikuti kisah suka duka penulisan seorang blogger yang penuh dengan idea tersendiri dan jangan lupa jadi Follower blog beliau juga.Wassalam.
en.zul xdpt glaran romeo gak ke?? hehehhe
BalasPadam@zella y
BalasPadamerppp...tak kut?
saya ni tak macho
dan hensem..la la
salam zul..
BalasPadamSelamat datang juga pada zul manan..kawan masa sekolah cuma aku & dia lebih kenal di padang bola.
bro zul, nak ngorat lah member tuuuu, hahahahah! :)
BalasPadam@ozzy
BalasPadamHebat korang berdua dulu ye..
mat bola belaka..he he
@Ieda Al-Habsyi
BalasPadamSilakan Cik Kak Ieda..
mantop..!!he he..
Salam Zul, Salam perkenalan juga drp saya utuk sahabat romeo anda itu. Kenangan lama semmg yang terindah :) New Entry "Jika anda seorang Blogger."
BalasPadamZaman mude2 dulu.Bab buat mende2 adventure ni ramei ngat yang minat.Kene pulok tengoh lasok.Pantang ajok.Loh selalu
BalasPadamhuhuhu...memori zmn persekolahan dan silam mmg sweet kan...
BalasPadam@Jejaka Desa
BalasPadamBetul tu..bab buas ni
yang orang tua tak larat
nak kepung..tapi setidaknya
kita dulu jadi "orang' belaka..
petuanya..JAUHI DADAH..
@Ummi Izzah | Yassin
BalasPadampengalaman yang tidak boleh
di beli dengan wang ringgit
he he..
Terima kasih daun keladi..kuat promote..nanti aku belanja tongkat Ali..terkejut aku bila ko buat entry tu..gambar Scout buat aku senyum sorang2..semua kenangan tu kekal dalam lipatan sejarah..friend everlasting...
BalasPadam@abadi romeo
BalasPadamKlau kau selongkar blog ni entri sebelumnya ada gambar kita berGroup
Budaya dulu..lagi mantopp!!he he..
betul tu hensem..masih available tak...
BalasPadamtp zul yg ni apa kurangnya...
ok nanti saya ke blog dia.
Sedihnyer.
BalasPadamSalam zul,
BalasPadamNostalgia yang membawa bibir terukir dengan senyuman bahagia. Moga persahabatan dirahamti selalu...
Sempoi nama dia....romeo yer..ekeke
BalasPadam@Idalara
BalasPadamAvailable rasanya..?
no berapa kena tanya
dia sendirik..
he he..
@sadieq
BalasPadamAwat yang sedihnya
saudaraku..?
@siti murni
BalasPadamTercabar ke..?
cubalah ke blog beliau..
beliau..he he
Salam...
BalasPadamWah, gambar muda remaja dulu2 ni...
mana 1 cik zul?
InsyaAllah, jap lg nk try pergi ke blog beliau.
@iza
BalasPadamzaman muda belia dulu..
ermmm..sampai tak kenal
ye..dah tentu saya yang
berkaca mata dan beliau
gambar tengah sedang
menyangkung ku..he he
nostalgia kalu dikenang memang le, ketnya jangan crita dengan orang rumah pasal 'marka' lama mboh perang dingin
BalasPadamunik sekali.....
BalasPadamsalam,
BalasPadamwajah nya macam pernah mas lihat... ada gaya artis sikit...
padanlah diberi gelaran romeo...hensem juga rupanya dia...hehehe
BalasPadamabg zul tak romeo??
hebat deme dulu yek...
BalasPadamzul tu kome ingatkan rahim maarof tadi...sejibik heheheh
@Anak Ulu Cheka
BalasPadamKoi ingatkan
Aris Ariwatan dulu
bila nampok gambor
ni..he he
@intankuterpilih
BalasPadamME..?
ermmm..i m not!!
he he..don't worried..
@maslinamansor
BalasPadamDi mana yak?
entahlah..mungkin
di internet..he he
@cemomoi
BalasPadamCerita MARKA simpan dalam
hati..jauh-jauh di sudut nuh,
itupun kalau nak selamat..he he
Hello Zulkbo,
BalasPadamSelamat malam.extreme juga bro time dulu2 ar.. dulu saya pun aktif pengakap ni
mana 1 en zulkbo?
BalasPadamsaya cukup takut gmbr zaman sek saya org tengok..comot betul..hehe
BalasPadam@mrs jamal
BalasPadamAtas motor yang depan..
belakang tu Mr Romeo..
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
BalasPadamOrang cantik selalunya
memang comot masa kecik
dah bersuami ni..alahai
mengancam je kan?
@donny
BalasPadamExtreme tahap GABAN dulu..
tapi masih dalam kawalan..
he he..thanks Bro Donny
Kawan saya pun ada nama Zul Kassim....sy dulu sehingga beberapa tahun lepas aktif dalam Pandu Puteri...ngam la tu...PP dengan Pengakap...memang geng kita orang pun ! sekarang dah sibuk dengan tugas rasmi tak dapat nak meneruskan lagi aktiviti ni...kalau tak - sebut aje ke mana tak pergi camping kebanyakannya sy join sama...seronok kan bila mengenang kembali waktu2 begitu
BalasPadamsalam
BalasPadamtak pernah pula jumpa kawan lama yang turut berblog
harap2 akan terjumpa satu hari nanti
@sonata anak kancil
BalasPadamYe ke Zul Kassim..entah
orang yang sama..?ermm memang
kenangan mengusik jiwa bila
di ingat..
@tehr
BalasPadamPasti ketemu satu hari nanti..
satu lagi saudara Tehr low profile sangat,kerana tak menunjuk wajah atau nama sebenar di blog..jadi rakan lain tidak perasan..
lebih kurang la.rasenya klu kat sekolah rendah pengakap la paling top..naik sekolah menengah kurang skit.sbb da bnyk persatuan lain.hehe
BalasPadamhebat tu..semua dah jd blogger.ehhe
wah en. zulkbo.. gambar lama tu mahal.. nostalgia.. :)
BalasPadamOrait kome terjah blog beliau..
BalasPadamas salam abg zul..sib bek tak dpt gelaran zul abby abadi kan huhuhuhu
BalasPadam@sahromnasrudin
BalasPadamW_SALAM Shah..
jangan memain buah
hati orang tu..he he
@relevan
BalasPadamSesama terjah Rodong kita
wehh..TQVM..
@BUNGA
BalasPadamNostaljik..tidak
terbeli wang ringgit..
kalau ada yang nak beli
jual je..huhu
@azizan4444
BalasPadam"Buat sehabis baik"
jangan lupa cogankata
kita..he he..
@Alimaz-Kembara Terasing
BalasPadamMemang unik dan
fanatik juga nih..
he he..