Selamat Pulang | Keletihan



Salam semua, setelah 3 hari di Alor Setar dan dalam kesibukan majlis kenduri kendara sanak saudara di sana, akhirnya kami sekeluarga pulang semula ke Kuala Lumpur dengan berkereta.


Bertolak jam 5.30 petang di selang-seli dengan kenderaan yang bersesak-sesak pulang semula ke bandaraya.Banyak plat kenderaan yang saya lihat di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, ada yang dari Johor, Negeri Sembilan mahupun Perak selain Kuala Lumpur.

Rasanya ramai yang mengambil peluang bercuti hujung tahun di samping pulang ke kampung halaman, memandangkan selalunya cuti di bulan Disember ramai yang mengadakan majlis Walimatul Urus mahupun majlis berkhatan.

Dari cara berpusu-pusunya kereta di Lebuhraya dan juga di kawasan Rehat & Rawat sepanjang lebuhraya, memperlihatkan suasana yang saling tak tumpah sewaktu sambutan hari raya sahaja lagaknya.

Alhamdulillah, yang penting sepanjang perjalanan tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini, baik kerosakan kereta mahupun kemalangan. Cuma  jumlah kenderaan yang banyak menyebabkan perjalanan menjadi agak perlahan.

Tiba jam 10.30 malam tadi, ermmm...baru ada masa nak belek-belek blog, terima kasih pada sahabat yang sudi singgah sepanjang 3 hari saya tidak mengupdated blog saya ini. Agak keletihan, besok saya mula bekerja..insyaallah akan saya cuba ke blog sahabat sekalian..Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 13, 2010

36 Komen:

  1. Selamat pengantin baru....
    Eh...selamat kembali ke KL...

    BalasPadam
  2. balik seorang je ke atau ajak semua balik?
    apa2pun.. alhamdulillah.. selamat sampai juga..
    dapatkan rehat yang cukup kerana esok akan bermula seperti biasa...

    BalasPadam
  3. selamat kembali bro! esok kerja ker?

    BalasPadam
  4. selamat kembali ke pangkuan meja kerja!

    masih terus bekerja editing ni...he3x

    lepas tu boleh sambung cuti lagi ...
    yaaaa beda bedu!

    BalasPadam
  5. @cikgu isza

    Semua balik..dah tentu dah
    susah hidup bujang balik ni
    he he..

    BalasPadam
  6. @Mankuchai

    Esok kerja Man..
    Kerja..kerja..kerja..
    pendek kata..??
    alahai...!!

    BalasPadam
  7. selamat kembali bro zul..
    patut lama diam jer..
    jauh berjalan? best tu..

    BalasPadam
  8. salam Zul..

    Selamat pulang ke KL..kalau penat sambung je cuti esok.Alang-alang dah hujung tahun habiskan je cuti tu..

    BalasPadam
  9. apa kata sambung cuti esok !
    amik EL untuk rehat pulak..

    hehe..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah. selamat sampai pun.. =)

    Pendapat anda?
    Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

    BalasPadam
  11. @a.z.r.i.n.a.03.07

    Ermmm..EL..?
    tak pernah ambik
    seumor hidup..he he

    BalasPadam
  12. @Hasrol Nizam

    Alhamdulillah..
    terima kasih Hasrol Nizam

    BalasPadam
  13. salam
    alhamdulillah semua selamat
    saya juga perlu ke sekolah besok
    masih ada kerja perlu diuruskan bersama guru besar

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang.

    BalasPadam
  15. Kalau ada jambatan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung tentu banyak plat kereta dari sini... Tahun ini tak dapat balik bercuti di sana... huhuhu.

    Alhamdulillah.. syukur, perjalanan zul sekeluarga selamat pergi dan balik.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum sdra..

    Moga sihat hendaknya...

    alhamdulillah, selamat kembali..

    BalasPadam
  17. as salam ziarah..semoga tuan blog sihat walafiat dan dikurniakan rahmat dari Allah SWT

    BalasPadam
  18. seronok nye dapat bercuti ngan keluarga....saya dapat cuti kejap je...

    BalasPadam
  19. Salam Zul, selamat pulang.. hari ini seperti biasa BZ memanjang kawan ni. Semoga anda sekelurga ceria sokmo :)
    Entri Terbaru "Jodoh VS Tembikai"

    BalasPadam
  20. ALHAMDULILLAH, SELAMAT PULANG !

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah... sudah selamat sampai di rumah nampaknya bang zul kita nih... ada ole2 tak??hehe

    BalasPadam
  22. Salam...

    Kejap jer aok cuti yek..Dedikasi sungguh..
    Patut la boss sayang ke aok..
    Kena sambung cuti ni...bwk family gi makan angin
    ujung2 thn ni..

    BalasPadam
  23. Jalan jauh penat..kome selalu mau cuti 2 hari.. selepas berjalan jauh ..nak pula kalu memandu kejang kaki..

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah...

    dah ready nak kerja balik? ;)

    BalasPadam
  25. alhamdulillah..
    selamat pergi selamat kembali semula ke kl...
    penat kn?? ;)

    BalasPadam
  26. salam zulk..alhamdulillah dah selamat kembali keKL..dah tak sunyi lagi le.. kalau keKB bolehlah duduk di rumah tamu sri pauh kepunyaan makcik..hehe..promo tu..slam buat mrs.aulk..

    BalasPadam
  27. @mohdandmeriam

    Wsalam.. mak cik..insyaallah
    jika ada ke sana nanti..

    BalasPadam
  28. @relevan

    Kejang memang kejang weii..
    tak pe ada tukang urut lepas
    ni..he he

    BalasPadam
  29. @zik

    Ole-ole ada..
    meh la ke rumah
    jemput makan..

    BalasPadam
  30. berjalan jauh memang penat. sakit belakang di buatnya. selamat bekerja jugak.

    Latest Entri :
    Takde Mood, Tak Tau Nak Buat Apa

    BalasPadam
  31. Quality time with ffamily..anyway bagus gak untuk kesihatan kaki.Badan x letih..aku rasa ko letih bayar tol..hehehe..jauh tu...

    BalasPadam
  32. Demam HDR dah kembali! jom rilex layan....^_^

    BalasPadam
  33. @abadi romeo

    Steady and thanks bro Zul Manan..

    BalasPadam
  34. alhamdulillah selamat sampai!

    welcome back!! :)

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah semuanya selamat...pastinya perjalanan yg menyeronokkan

    BalasPadam
  36. zulkbo: gbr family awak ye? sweet wife awak..:)

    BalasPadam