Penyanyi Siti Nordiana Alias, 26, menegaskan penampilan barunya yang memakai gaun pendek di majlis parti Eh! yang diadakan baru-baru ini tidaklah terlalu seksi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Menurut Siti Nurdiana atau lebih selesa dipanggil Nana, penampilannya yang mengenakan gaun rekaan Hani Suraya itu sebagai tanda pembaharuan diri serta kemunculan baru dalam industri seni setelah lama menyepi.
"Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.
Sumber:
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/12/8/mstar_hiburan/20101207165236&sec=mstar_hiburan
PENDAPAT DIA??
Membuat keputusan untuk memakai tudung pada Julai lalu tidak membuahkan perasaan negatif kepada penyanyi Farah Diana Anuar, 25.
Malah dia semakin selesa dengan penghijrahan tersebut. Tidak pernah terlintas perasaan akan disisihkan atau timbul persoalan diskriminasi.
“Saya rasa ‘ok’ dan tidak perlu bimbang setelah memakai tudung dalam industri seni ini. Setakat ini, saya rasa alhamdulillah, semuanya berjalan dengan mudah dan baik,” kata Farah kepada mStar Online.
Farah akui, kebanyakan fesyen yang diperagakan kini perlu bersesuaian dengan imej muslimah. Jadi, dia menjadikan buku dan Internet untuk mencari imej yang sesuai.
“Saya tahu, apabila bertudung saya perlu menjaga imej dengan baik. Jadi, saya perlu memikirkan batasan dalam berpakaian. Saya rasa tiada masalah kerana sebelum ini saya tidak pernah memakai pakaian seksi dan terdedah.
Sumber:
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/12/8/mstar_hiburan/20101207145351&sec=mstar_hiburan
Salam semua, tidak lah saya mahu komen atau cakap banyak di sini memandangkan anda semua yang bijaksana tahu maksud saya, jadi renung-renungkanlah dan jadikan yang baik itu satu pedoman, dan yang tidak baik itu sebagai sempadan hidup kita. Itu pendapat mereka, bagaimana PENDAPAT ANDA?? Wassalam.
inilah yg terjadi kalau meletakan akal tanpa iman pada suatu tempat yang salah..
BalasPadamEmmm... payoh2 kalo artis ni bila bercakap.
BalasPadamBila dah terlalu lama menyepi takut keluar nanti tk dapat sambutan tu yang terpaksa memakai baju tak cukup kain...tu saja cara promosi murahan utk kembali dikenali..terkejut gak tguk nana jadi mcmtu..
BalasPadamCantiknya Farah bertudung gitu..
Salam
BalasPadamdok terbayang macam mana mesej dari kenyataan yg pertama tadi di 'digest' oleh budak-budak remaja...entahlah artis oh artis huhu
Susah nak cakap... bila kita tidak bersandarkan sesuatu itu di atas hak dan hukumnya. Sesuaikah jika kita remeh temehkan soal hukum?
BalasPadamHello Zulkbo,
BalasPadamSelamat malam,seksinya...lepas ni mesti saya termimpi2..good nite :)
salam Zul..
BalasPadamDunia artis tak ada yang peliknya..mrk sanggup lakukan apa sahaja utk popular..hari ni cakap lain esok dah lain..dah x heran dgn karenah diaorg ni.
seksa juga nengok yang padat lagi sendat tu
BalasPadamsalam.
BalasPadamalhamdulillah buat artis2 yg telah berhijarah ke arah kebaikan. moga terus kekalkan imej sebegitu.
@RedBoys
BalasPadamAlhamdulillah..
semoga akan ramai
lagi yang sebegitu
Salam...
BalasPadamArtis..setiap soklan wartawan mesti dorang nak jawab..konon2 nak tunjuk pandai,tapi nampak makin bodo...
@Cik SHiNJU
BalasPadamYou got my point
Yun..thanks..!
sejak bercerai ni(kan?) ND terus berubah. kalau ke arah kebaikan; sejuk mata memandang..
BalasPadamkita yang perempuan nak pandang pun malu..
Gaya terkini yang dipanggil fesyen terdesak tu...
BalasPadamlepas tu salahkan lelaki je bila kes rogol berleluasa..
BalasPadamSalam..
BalasPadamramai jugak artis dah pakai tudung sekarang ni..
heheee.. nasib baik gaun pendek.. kalau bikini.. mau pengsan kite.. hehehe..
Mudah2an diberikan petunjuk oleh Allah supaya dibukakan hatinya untuk menutup aurat..
BalasPadamMende molek Alhamdulillah.Tapi yang tek lok nye ramei pulok yang ngikut.
BalasPadamSalam Zulkbo,
BalasPadamSemua ini lahir dari didikan.. jika ibu bapa memberi didikan agama yang cukup dan tertanam di dalam jiwa maka pendapat2 yang membelakangkan agama sebegini tidak akan berlaku. Kita yang melihat dan mendengar inilah yang merasa penatnya..
Ada sebahagian artis yang akalnya lebih rendah dari tapak kaki... ada!
BalasPadamSalam sdra...
BalasPadamMoga Allah tunjukkan jalan yang diredhai~Nya kepada mereka..
Salam.
BalasPadamMenjamu mata di sini...
Moga ramai lagi artis berhijrah utk kebaikan.
Salam Zulkbo
BalasPadamMereka nampaknya masih lagi mencari identiti.. mudah2an diberi hidayah oleh Allah SWT..
hati manusia senangnya berbolak balik kan... yang tak baik di mata dan hati, kita jadikanlah sempadan
BalasPadamxtau la knp jd mcm ni... mb artis yg seksi tu nk masyarakat meneriam dia sprti artis lain... dgn erti kata lain...mcm dh desperate sgt utk dptkn perhatian... entah la...
BalasPadamsy suka tgk farra annuar bertudung...comel... alhamdulillah...
salam ziarah bro...dia orang artin nie..perlu kena tarbiah..atau kawin ngan orang yang beriman..seperti..hajjah Nor kumala sari...dll
BalasPadamMalas nak komen panjang-pangang. Berani buat berani tanggung. Serendah-rendah iman tegur dari dalam hati jer
BalasPadamsalam zulk..inilah jadinya kalau meletakkan akal didepan daripada iman n hukum Allah..sanggup tergadai maruah demi nak popular..bimbang akan menjadi ikutan remaja kita..
BalasPadamsejuk memandang betapa cantik n ayunya Farah bertudung..
Manusia memang selalu didalam kerugian...
BalasPadamNana , saya doakan moga Allah bukakan hati awak dan menghalang hasrat hati awak berpakaian seksi .Aminnn
dunia mereka ...
BalasPadamterlalu byk dugaan ...
Wallahu'alam ...
mmg 2 alam yg berbeza.. huhuh
BalasPadam@Idalara
BalasPadamPilihan yang salah..
menggunakan cara salah
yang tidak sepatutnya
untuk kembali di kenali
@etomyam
BalasPadamHarapan saya juga agar remaja
bijak menilai mana yang baik
@Mohamad | Abdul Razak
BalasPadamBersetuju sangat dengan
pandangan kalian berdua..
terima kasih..
salam maal hijrah bro zul..
BalasPadamapa yg perlu kalau nak berubah kena lah betul caranya... yg penting hati kena ikhlas & bersihhh
Aslmkm.
BalasPadamPenghijrahan itu semestinya kepada kebaikan. Tapi hakikatnya ramai yg tersasar & terarah ke pintu belakang yg memang salah.
Kita terus saja turut berdoa semoga yang sudah mendapat hidayah, kekal beriman, sementara yg tersasar akan segera insaf. Amin.
zulkbo: hmmmmmmm....pendapat masing2 kannnnn. cumanya yang baik jadikan tauladan & yg buruk jadikan sempadan. masing2 punya kelemahan....:)
BalasPadamada juga saya tgk melodi ahad lepas berkenaan nana ni, ermm...kenyataan dia tu kadang2 tak masuk akal, asal boleh dia jawab je tanpa memikirkan sensitiviti org islam...ada ke patut dia kata pakai mcm ni tak seksi langsung? ermm...
BalasPadamPendapat saya 2 alam 40 juta..
BalasPadam@relevan
BalasPadam40 juta je ke..?
koi dengor budget dapat Billon RM
he he..
salam
BalasPadamterus je teringatkan lagu p ramlee
'berhijrah apa saja, pakaian atau maruah'
tak seksi katanya nana tuh, saya tengok seksa je. macam farah tuh mudah-mudahan dia teruskan berimej macam tuh. tak bermaksud tak buka aurat kita tak boleh berjaya dan tak boleh adi artis. Jadilah artis yang berkaliber. huhu
BalasPadamLatest Entri :
Kena Denda Gara-Gara Bergaduh Depan IPD
yang baik kita jadikan tauladan
BalasPadamyang buruk tu kita jadikan sempadan(eh betul ke ni Zulk hehe)
Tepuk dada tanya selera...ceria ceria selalu:)
ahah agaknya bila hanya berseluar dalam baru di kategori seksi kot.. lepas ni ada la pertandingan memakai gaun paling singkat, keh3 dunia oo dunia
BalasPadamohhh...kesian dgn nana. mcm tu katanya tak seksi. dah boleh fikirkan...dah jadi mak org pun.
BalasPadamtp...mmg suka bila farah dah bertudung...sejak2 dia dalam 'rasa halal orient' lagi mmg comeyy sgt bertudung~
ermmm... susah juga kalau memberi pendapat..
BalasPadamnasiblah badan deritalah di alam bazakh kelak..
BalasPadamselamat menyambut tahun baru islam sahabatku...
BalasPadammoga satu hari nanti mereka akan berhijrahlah hendaknya..
kunjungan dari bandung....
BalasPadamsaya berpendapat wanita yang menutup aurat/berjilbab itu adalah wanita yang sangat terhormat, sebab dia tidak memurahkan harga auratnya kepada umum.
salam kenal dari bandung,
mohon sudi berkunjung balik,
terima kasih :-)
betul2 dua alam nih... susah la kalau nak tengok artis2 sekarang nie punya pemakaian... kejap bukak kejap tutup... kejap bertudung.... makin kecik tudungnya...tup2 tak pakai tudung... wallahuallam..
BalasPadamoh artis..hmm
BalasPadamsuke tengok farah sejak dia jd host rancangan makanan ape tah namenye tu..selalu berharap dia pakai tudung..sebab mane2 perempuan pun akan nampak cantik ble pakai tudung.kan kan? :)
BalasPadamSalam...
BalasPadambelum terbuka hati nak bertudung agaknye...alangkah baiknya bila semua wanita memakai tudung&memakai pakaian yg baik & sopan.
kak farah sgt manis, swet3x,
BalasPadam