Dapat Hadiah Birthday Dari Siti



Salam semua..Bercerita bab Siti Nurhaliza, siapa yang tak kenal dengan beliau.Biduanita tersohor negara, di minati ramai baik yang tua mahupun yang muda.Menjadi idola setiap orang yang mengkagumi suara merdu beliau.


Sepanjang hidup saya pernah beberapa kali saya bertemu dengan beliau tetapi pertemuan pertama paling saya tak lupa kira-kira 7 tahun dahulu. Pertemuan tak terancang di KLCC, sewaktu beliau membeli belah bersama keluarga beliau dan kami terserempak di sebuah butik.

Mata bertentang mata kata orang, dalam hati hanya Allah yang tahu.Beliau tersenyum, dalam jarak 5 meter dari lirikan matanya seolah beliau mengharapkan saya pergi dan bersalam  seperti peminat yang lain.Tidaklah saya buat begitu, kerana beliau bukan muhrim saya dan sudah tentu saya tidak akan bersalam dengannya.

Beliau tersenyum lagi dan terus berlalu selepas itu, di tegur rakan saya..Wahhh!! Siti senyum kat engko la Bro..Beberapa tahun kemudian apabila beliau menerima lamaran Datuk K, baru saya perasan mengapa Siti tersenyum pada saya.Datuk K memang terkenal dengan kumis tebalnya..he he.

Okey, berbalik pada hadiah yang saya terima dari Siti sempena hari lahir saya yang ke-39 semalam.Bukannya Siti Nurhaliza, tetapi Siti Safiyyah seorang blogger yang ceria dan selalu meriah dengan entri-entrinya.Saya di award dengan award ini.


Anda bolehlah layari blog beliau (http://lurvemyblog.blogspot.com/), jangan lupa jadi followernya sekali.Jika ke sana, nampak iklan nuffnangnya berkelip jangan malu-malu pula nak klik, supportlah beliau sekali ye.

Sebelum terlupa, award ini saya anugerahkan kepada semua blogger yang sudi komen di blog saya,seandainya anda pernah meninggalkan komen biarpun sepatah di sini, award ini adalah milik anda.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 02, 2010

51 Komen:

  1. ingatkan siti nurhaliza yg baik award..:)
    tahniah bro..mmg sesuai dgn award tu blog ini

    BalasPadam
  2. waa..besnya dapat hadiah

    selamat hari lahir..
    semoga dpermudahkan segala urusan dan sentiasa mendapat lindungan RahmatNya..amin

    (hihi..dah lmbat sehari..)

    BalasPadam
  3. as salam ziarah abg zul..comelnya adiah tue..letak kat meja opis ke???

    BalasPadam
  4. Salam...

    Laaa...ingatkan Datuk Siti yg bagi hadiah...hehe.
    Masa saya dlm perjalanan ke Fraser Hill.....ke Jerantut.....lalu Kuala Lipis, teringat Datuk Siti, kot2 terjumpa rumahnya....

    BalasPadam
  5. Salam...

    Koi salu jumpe Dato' CT mase selalu ke RTM dulu..
    Tahniah dpt award.. :)

    BalasPadam
  6. huhuhu...dan nak hujung baru tahu siti lain...anyway congrats la dapat award...

    BalasPadam
  7. salam
    wah..dapat hadiah gitu..
    brbunga2 macam cheqna ke???
    hehehehehehehe

    BalasPadam
  8. Salam Zul, yang pasti kedua-dua CT nie mmg lawa yak :)aok mmg bes Zul ada aura juga gamoknya tu pasal dia org senyum kat aok :)

    New Entry "Perlukah kita menjadi seorang Pelakun Pak Pacak didalam Dunia seorang Blogger?"

    BalasPadam
  9. hehe...beznye dpt jump siti....

    BalasPadam
  10. wah...miasai en.zul mcm dato' k la ni erk?? heheh

    tahniah sbb dpt award...sy xprnh jmp c.t lg...tringin nk jmp...

    BalasPadam
  11. wah dh 39 yak...koi lg 27 hari hehe :P
    koi rajin jugek jmpa ct sbb dia slalu diundang utk menyanyi di event2 kementerian. senyum sokmo orangnya..layan je sapa2.

    tak mcm sesetgh artis, br jd cover majalah sekali, hidung dah tinggi huhu.. ketnya satu lagu ct nyanyi, siaplah duit at least RM6000..

    BalasPadam
  12. salam zulk..hehe..ingatkan dapat hadiah dari siti nurhaliza..bertuah sungguh ..tapi tak apalah,siti juga kan..

    BalasPadam
  13. salam.

    tajuk entri awak berjaya memerangkap saya ke mari. hehe

    kebetulan pulak saya baru saja membuat satu komen di blog AAP yang menyebut nama siti. bila keluar dan nak masuk blog orang lain, terus saya terpajanjang tajuk itu.

    saya belum pernah bertemu siti sedekat itu lagi. tak bertemu tak apalah !

    tahniah mendapat award tu. saya akan ke sana.

    nota kaki: misai awak lebat lagi ke ?

    BalasPadam
  14. tak ble share le hadiah ter yerk

    BalasPadam
  15. salam,
    tahniah... hadiah yg berbaloi tu...

    hehe... misai sama dgn datuk K ke??? patut ler ct senyum2...

    BalasPadam
  16. @al-lavendari

    Terima kasih singgah Tuan Hamzah,
    misaiku tidaklah selebat Datuk K,tu yang buat dia menang..he he..

    BalasPadam
  17. @cemomoi

    oittt bolehh..
    aok ambik la weii..

    BalasPadam
  18. oo patutlah ade orang cakap blog ni promot blog saya..hehe, baru tahu.. ;)

    BalasPadam
  19. @sahromnasrudin

    Dok aihh Shah,buat name tag gantung
    di poket baju..he he

    BalasPadam
  20. salam,
    selamat hari ulang tahun...!!!

    BalasPadam
  21. salam,
    suami pun selalu cerita yang dia mimpikan siti nurhaliza tu.. tak dapat siti tapi dapat yang za hujungnya pun jadilah..
    :D

    BalasPadam
  22. tahniah bro siti baga hadiah...ehh siti lain ler he3...

    BalasPadam
  23. @cikgu isza
    Alhamdulillah..
    Iza ni pun dah cukup
    merdu suaranya di sisi
    suami tercinta..moga kalian
    berbahagia selalu..

    BalasPadam
  24. @maslinamansor

    Terima kasih Mas..
    selalulah jengah sini
    he he..

    BalasPadam
  25. @Siti

    Promote jangan tak promote
    blog kengkawan ...ehh,blog
    anak-anak (saya kan pak cik??)

    BalasPadam
  26. @Mankuchai

    Man....kena baca betul2..
    kalau betul CT bagi hadiah
    mahu sebijik BMW 5 Siries ke..?
    Apa salah abang angkat lah kiranya
    kan...?he he..

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum...

    Tahniah dan terima kasih...

    BalasPadam
  28. @Abd Razak


    وعليكم السلام

    terima kasih kembali..

    BalasPadam
  29. @Rifki Fauzi

    Insyaallah sobat..
    nanti saya ke sana..

    BalasPadam
  30. ce aok mintok kat dier...mboh bagi saannyer..

    BalasPadam
  31. Bila besdaynya zulkbo ni..
    selamat menyambut hari tambah tua ye zul...muga murah rezeki panjang umur diberkati dirahmati dn berbahagia dunia akhirat.

    rasanya sy ada gak komen dan singgah kt blog zul..tp seganlah nk amik award tu...tp sy tetap ucapkan terimaksih.

    BalasPadam
  32. Salam zul,
    Selamat menyambut hari jadi, muda lagi tu... orang putih kata, bukan saya kata no.. "life begin 40" betul ke tidak tak tahulah.. Selepas 40 nie macam2 rasa ada. Tetapi bagaimana pun, selamat menyambut hari jadi yang ke 39. Semoga dirahmati Allah selalu..

    BalasPadam
  33. salam weh..

    lama tak berkunjung...

    koi tak pernah terserampok dgn ct,kala ade pun di tv je la weh

    BalasPadam
  34. As Salam Bro Zul,

    kalau balik Benta, mesti jumpa siRozie punya adik-beradik kat situ.


    pastu kalau gi rumah adik ipar di Lepeh kengkadang saja singgah rumah Siti yg dulu signboardnya diletak Kediaman itu..

    BalasPadam
  35. hehehe... hampeh aok zul. koi pun nok simpan misai juge lah.

    apa2pun tahniah & t kasih. semoga hidup sentiasa dlm redha-Nya dan berbahagia dunia akhirat.

    BalasPadam
  36. salam zul...

    Tahniah sekali lagi dpt hadiah pulak..itulah yang dinamakan rezeki..

    BalasPadam
  37. @ozzy

    alhamdulillah Ozzy..
    rezeki jangan di tolak

    BalasPadam
  38. @piewahid
    Akhi Pie..
    cer aok simpan misai weii..
    kalah Datuk K,tak caya try tengok..
    jangan kakak's berasa hati puloks
    he he..la la la.

    BalasPadam
  39. @a.z.r.i.n.a.03.07

    Sekampung ke Reen
    senanglah time beraya
    boleh berjumpa..he he

    BalasPadam
  40. @Mohamad

    Tu yang orang rumah takut sangat
    tu "men life start at 40"..bahaya,rasaya saya tidak kut???
    hu hu..

    BalasPadam
  41. @Mohamad

    Tu yang orang rumah takut sangat
    tu "men life start at 40"..bahaya,rasaya saya tidak kut???
    hu hu..

    BalasPadam
  42. takpelah janji ada nama siti pun ok... hehe...

    BalasPadam
  43. @Zikri Husaini


    Betul la tu Zikr..
    janji Siti juga..
    ehhh..lawa juga lah
    siti ni...!!

    BalasPadam
  44. salam
    pengenalan entri yang cukup baik
    tak pernah lagi jumpa siti nurhaliza
    tapi kalau siti2 yang lain, dah ramai sangat dah... hehehe

    BalasPadam
  45. komen bukan mu award ya..sebab award nih dah penah dapat.

    tertarik dengan picca dan title entry..ingatkan ada hadiah harijadi dari siti nurhaliza,kiranya mau tau pengalaman orang2 yang penah berjumpa artis nih..sebenarnya cuma nak tau apa kisah di sebaliknya,tak kira lha sapa artis yang dijumpai.

    BalasPadam
  46. memang lawak la bro ni..haha..x pernah jumpa siti live.kena simpan kumis tebal ni nanti mana tau ada kembar siti pula ..

    BalasPadam
  47. tahniah dapat award bro..blog kau blog kita juga..tumpang gembira nie

    BalasPadam
  48. Salam Zulkbo

    Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran dan tahniah dapat award.

    BalasPadam
  49. bestnyer dpt hadiah sonyum lagi tuuu hhehehe :D

    BalasPadam
  50. Ceh buat suspen jer. Err Siti layak digelar biduanita kerana belum official. Kalau Dato dah confirm

    BalasPadam
  51. hampir tertipu.. ingtkan ct nurhaliza, rupanya ct safiyyah... :)

    BalasPadam