Berkasih Sayang | Renungan






Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.[Riwayat at-Tabbrani]

Huraian Dan Pengajaran:

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

3. Antara bentuk kasih sayang itu adalah:
i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.

ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut (sesama mahram)

iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.


4. Apabila di perhatikan tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.Wallahualam.




  • Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 17, 2010

36 Komen:

  1. "Part 3" pulak datang menyerang. layan jelaa....^_^

    BalasPadam
  2. as salam abg zul..semoga ukhwah islamiyyah yang sedia terjalin kan mengeratkan kan kasih sayang kita

    BalasPadam
  3. Salam...

    Kalau berselisih dgn org yang kita x kenal,pastu masing2 sedekahkan senyuman..rase damai jer hati kan..

    BalasPadam
  4. @Cik SHiNJU

    Betul dah tu..
    senyum pun satu sedekah
    juga...

    BalasPadam
  5. salam zul..

    Aku setuju sgt dengan bab ni..susahnya orang kita nak bersatu sesama kita.

    p/s - yg ke 3 - ucapan dan kata2 yang menggunakan perkataan manis dan sopan..dlm ceramah terbabas juga dgn maki hamun.

    BalasPadam
  6. Salam zul, Jom sesama kita berkasih sayang salin mengeratkan silaratul rahim. Semoga aok ceria sokmo :)

    BalasPadam
  7. @akuanakpahang | Ozzy

    Kita memang rodong..
    salah silap di mohon
    maaf la yek...?

    BalasPadam
  8. salam cik zul

    dengan limpahan kasih sayang Ilahi kita dpt hidup bahagia di sini mahupun di akhirat kelak..

    semoga Allah terus limpahkan nikmat kasih sayang ini buat kita semua..
    amin

    BalasPadam
  9. @Hana Faza-same persona

    Amin...
    alhamdulillah..
    semoga berpanjangan
    ukhwah sesama kita

    BalasPadam
  10. mmg betul, tapi biarlah ikhlas tidak bermuka2 :)

    BalasPadam
  11. kasing sayang bukan sahaja kepada manusia tetapi dunia juga..
    jaga kestabilan bumi untuk kesejahteraan bersama :)

    BalasPadam
  12. @gnesop.com

    Kasih sayang melahirkan
    kestabilan dunia..menarik
    idea anda ini Sop..saya setuju

    BalasPadam
  13. @Mak Su

    Betul tu..biarlah ikhlas
    walau pun secebis senyuman

    BalasPadam
  14. perkataan sayang membuatkan kita lebih rasa dihargai... :)

    BalasPadam
  15. @intankuterpilih

    RODONG tu bahasa Pahang bermaksud
    kawan rapat mahupun saudara..

    BalasPadam
  16. @maslinamansor

    Selalu juga saya cakap "sayang"
    pada isteri..ermmm,manja je dia
    bila saya cakap..he he

    BalasPadam
  17. @baincardin

    Sekarang saya sampai
    sana Bain..he he

    BalasPadam
  18. Sama-sama kita terapkan kasih sayang kepada generasi yang akan datang semoga mereka bersatu dan tidak berpecah antara satu sama lain dosebabkan perbezaan idealogi...

    BalasPadam
  19. Manusia dilahirkan pun kerana kasih sayang...kalau suami x kasih isteri...tup2 kuar baby...cabul namanya...

    BalasPadam
  20. SALAM,
    TERIMA KASIH PERKONGSIAN TAZKIRAH INI.

    BalasPadam
  21. Salam cik Zul..

    Perkataan "kasih sayang" itu sendiri sudah cukup
    mendamaikan..

    BalasPadam
  22. Salam
    sentiasalah kita berkasih sayang:D

    BalasPadam
  23. korea utara pun boleh berperang dengan korea selatan kerana mereka telah hilang rasa kasih sayang bangsa serumpun.

    BalasPadam
  24. nak ujudkan sayang dan ukhuwah mesti dari kata2 yang baik... tapi sayang sekarang ni, ramai anak muda dan orang tua yang bercakap kasar dan menyakitkan hati

    BalasPadam
  25. Itu masalahnya anak jiran buat hal depan mata tak tegur tak macam orang dulu-dulu anak jiran treat macam anak sendiri. Kalau tak betul terus tegur kalau zaman sekarang tegur silap-silap berparang dengan makbapak

    BalasPadam
  26. salam zul
    kasih sayang jarak jauh
    antara blogger

    BalasPadam
  27. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa...

    BalasPadam
  28. kini suami pun sudah bunuh isteri dan isteri sudah simbah asid pada suami.

    BalasPadam
  29. @akubiomed

    Haaa..itulah,bila semua dah berpelajaran tapi tak belajar adat kejiranan..jaga sendiri-sendiri
    je kebelakangan ini..

    BalasPadam
  30. @tehr

    Semoga ukhwah berpanjangan
    antara bloggers..

    BalasPadam
  31. @abu muaz

    Aduhhh....takutnya!
    macam-macam sekarang..

    BalasPadam
  32. @...Nur iNsAn...

    Kasih sayang perlulah di bajai
    selalu...insyaallah..

    BalasPadam
  33. kasih sayang itulah yang kita harapkan... perlu disemai... agar ia terus dan bercambah...

    BalasPadam
  34. salam bro Zul, percaya atau tidak, niat kami berblog ni adalah untuk cinta dan kasih sayang. Pembaca blog bukan pembaca, tapi tetamu dan teman setia..kesannya, semangat berblog sentiasa membara di dada!

    BalasPadam