Apa Ada Cintakan Manusia? | Tip Cinta



Salam semua, semoga kalian dilimpahi rahmah Allah jua hendaknya. Bergembiralah di samping ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan taulan selagi berpeluang. Melakukan sesuatu yang boleh mengembirakan hati anda dan menyenangkan hati orang lain juga.

Sedikit perkongsian yang saya ingin kongsikan bersama mengenai cinta sesama manusia.Ibarat pepatah melayu ada mengatakan, "Tangan bertepuk sebelah takkan berbunyi". Maksudnya cinta tak di sambut bukanlah cinta tapi jadi "syok sendiri".





JOHOR BAHRU: Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki, Khamis.

Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.

Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi turut membunuh kandungannya yang berusia 24 minggu.

Selepas serangan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram.

"Suspek mendapat tahu bahawa mangsa keluar dengan lelaki lain," kata Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin sambil menyifatkan serangan tersebut bermotifkan cemburu.

Mangsa ketika kejadian sedang bersama adik perempuannya Nurrehan, 13, dan seorang anak saudara perempuan yang berusia dua tahun di dalam biliknya.

Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari Kampung Air Putih, Nam Heng, Kota Tinggi dikatakan tiba-tiba menendang pintu bilik itu.

"Dia kemudiannya masuk lalu menikam mangsa sebanyak 19 kali di bahagian kiri dan kanan punggung, belakang, pada kedua-dua belah tangan dan peha mangsa.

"Tidak puas dengan itu, suspek kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan kembali semula dengan gayung berisi asid serta menyimbahnya ke badan mangsa menyebabkan mangsa melarikan diri ke bilik air," kata Muhammad.

Nurrehan pula menghubungi kakaknya Suraidah, 27, yang ketika itu berada diDesa Cemerlang untuk memberitahu mengenai kejadian itu, yang kemudiannya datang ke rumah itu bersama ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Polis menjumpai pisau sepanjang 17 sentimeter dan botol berisi lebihan asiddi rumah mangsa yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.

Muhammad berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata dan cuba membunuh.

Suspek direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Suraidah memberitahu pemberita bahawa keluarganya mengetahui suspek menaruh hati kepada Nur Ain Ashikin tetapi mangsa tidak mencintai suspek.  

BERNAMA

Sumber:http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/17/mstar_jenayah/20101217213413&sec=mstar_jenayah

Rasa busuk hati kadang-kala menjadikan manusia hilang pertimbangan. Kadang-kala pernahkan anda terfikir, seandainya si polan bukan hak kita atau menjadi isteri kita, biarlah orang lain pun tidak sama? Jadi seandainya ada, maka muhasabahlah diri kita kerana cintakan manusia bukan lah cinta agung yang di tuntut.

Cintakan manusia akan pudar di makan usia, apatah lagi bila cinta yang tidak terbalas. Memang pedih untuk di tanggung, maka perpadalah. Tetapi cuba kita Cintakan Allah dan Rasul Mohammad SAW, adalah cinta yang agung dan kekal hingga hari kiamat.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 18, 2010

22 Komen:

  1. cinta tanpa panduan sebenar...hilang arahnya...

    BalasPadam
  2. Salam Zul, agaknya ini yang disebut cinta buta, tidak sekadar buta pada perbuatan tapi buta pada dosa dan pahala amat payah hidup ini jika tidak bersandarkan kepada keimanan.

    BalasPadam
  3. terkejut jgk baca paper pgi tdi..

    BalasPadam
  4. nih spesis org y hanya pikir..kalo aku tak dapat so ko jangan harap dapat gak ar nih..dah sah2 ain tu ngandung..sepatotnya kalo kita cintakan seseorg..biarlah dia bahagia ngan life dia wpon ngan orang lain..bkn semua benda yang kita nak dlm dunia nih boleh dapat..

    BalasPadam
  5. SALAMcik zul

    sdih bc berita mcm ni.. manusia kadg lupa yg hidup kita tak lama.. selama mana saja kita boleh memiliki pasangan kita..

    semoga Allah terus memberi petunjuk buat kita dan keluarga...

    BalasPadam
  6. astaghfirullahal azhiim..

    yg dikandung tu pulok anok sape??
    mohlah pakat2 kembali ke jalan Allah.

    p/s- buruk ngat rupenya bila org tua cemburu yak

    BalasPadam
  7. itu dinamakan cinta gila..bila emosi beraja..kurang nya pegangan agama..itu lah jadi nya.

    BalasPadam
  8. inilah dinamakan CINTA, "lautan api sanggup ku renang,inikan pula nak bunuh orang..."

    renung-renungkan...

    BalasPadam
  9. salam
    LM ada baca akhbar metro kisah ni pagi tadi..memang zalim dan bodoh si lelaki tu..

    BalasPadam
  10. ada baca jugak pagi tadi... kejammnya... dah tak suka lantakla... kan ramai lagi perempuan... ish2.. deme nih

    BalasPadam
  11. Salam...
    Takutnya baca bila bayangkan keadaan mcm tu...

    BalasPadam
  12. wah teruknya..kenapalah ada manusia seperti ni..

    salam bertemu bro koi..lama tak singgah

    BalasPadam
  13. @piewahid

    memang payoh la kalau orang tua
    merajuk ni..jadi belajolah jangan
    merajuk..he he

    BalasPadam
  14. sian apa nk jd la suspek tu xde perasaan kesian ke?

    BalasPadam
  15. @abah_izz

    Bersam kita renungkan
    bila akidah dan didikan
    agama kurang beginilah
    akibatnya..

    BalasPadam
  16. @Zikri Husaini

    Cemburu dan hilang
    pertimbangan la nih..

    BalasPadam
  17. kenapa jadi cam tu?
    iks iks iks..

    selain cinta kepada Pencipta, cinta juga semasa manusia dan juga bumi.. :)

    BalasPadam
  18. @sop

    Betul tu Sop..
    selagi akal menguasai nafsu
    jangan pula jadi hamba nafsu..

    BalasPadam
  19. salam singgah sahabat..cinta itu buta..tapi ati tak butakan.....huhuhu

    BalasPadam
  20. @Abu Luqman

    Insyaallah,
    hati terang selalu....
    amin..

    BalasPadam
  21. salam..
    berita yang amat menyedihkan hati...

    rasa takut nak bercinta huhu..

    simpati dgn mangsa tersebut.. mmg budk llki seorang yang kejam..harap hukuman yang setimpal akan di terimanya kelak

    BalasPadam
  22. Cinta berlandaskan agama adalah cinta yang sebaik-baik cinta, kerana si dara dan si teruna melandaskan cinta kepada DIA Yang Maha Esa. Dari laporan Berita Harian yang saya baca hari ni, Ain ni rupanya mengandung 6 bulan. Kandungan meninggal sebab dia tercedara ditikam 19 kali. Semua ini terjadi, untuk kita ambil pengajaran darinya.

    BalasPadam