Anda Happy Berblogging?



Salam semua, menyahut permintaan Puan Miza agar menyertai entri berantai anjuran beliau sebagai ukhwah antara blogger. Entri berantai terakhir saya adalah HIDUP SEORANG BLOGGER anjuran saudara Denai Hati.

Ada banyak kebaikan entri berantai pada mereka yang menitik beratkan soal SEO pada sesuatu blog.Anda akan dapat melihat sejauh mana penerimaan blog anda di mata Google Search. 

Apa kata kita layan dulu apa yang di mahukan Puan Miza yang memang manis ini.Sekali pandang macam kekasih lama yang dah kahwin dengan seorang brother kerja Petronas dulu..he he (jangan maree Miza..?)


Jawab soalan ini:

1-Sudah berapa lamakah anda berblogging ?
-Sejak Januari 2008,tapi menyepi..kembali aktif Januari 2010.
 

2-Adakah anda happy berblogging ?
-Sudah tentu saya happy dan sentiasa merindui untuk melayari laman blog saya sendiri.
 

3-Adakah anda mempunyai kenangan pahit selama berblogging...ceritakan.
-Kenangan pahit setakat ini tiada lagi.Tetapi yang manis banyak sangat,antaranya mendapat pengiktirafan dari Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Chik.
 

4-Harapan terhadap blog anda.
-Sudah tentu saya mahukan sebuah blog yang di kenali ramai dan di layari di seluruh dunia,mendapat traffic berjuta-juta sebulan..he he.


Pandangan anda pada blog LM:

1-Entri blog LM yang paling saya suka baca ialah Kahwin Muda yang beliau tulis pada 15 Disember lepas. Ermm..mudanya dah ada 3 anak Puan kita ni.Tahniah..(tanda kemuliaan seorang wanita, cepat kahwinnya dan cepat menjadi ibu).


2-Dari sudut SEO:

A-Jumlah yang blog ini hasilkan di mata SEO bila berblogging 59 %, terdapat bendera merah..ermm, tidak berapa bagus.Boleh di buat penambahbaikan, mungkin dari segi Meta Tag mahupun susun atur HTML, CSS .

B-SEO Flow cuma 11% cukup tidak bagus, SEO memerlukan Flow sekurangnya 50% dan blog ini akan cantik di mata SEO untuk mendapat Page Rank yang lebih baik pada masa akan datang.

C-Jumlah link keluar yang agak banyak di muka depan blog ini 137 link, hanya 100 yang di kira oleh SEO. Sebaiknya  Puan Miza boleh kurangkan mana-mana widget atau link yang tidak berapa penting di blog anda.

D-Backlinks yang ada dalam simpanan yahoo setakat ini agak banyak juga tu melebihi 1000. Cadangan saya Puan Miza kenalah selalu meninggalkan komen di blog mereka yang berpage rank tinggi untuk menambah backlinks blog anda.Insyaallah akan bertambah backlinksnya nanti.

 
3-ALEXA- Mantop!!..trafik masuk ke blog setakat ini, melebihi blog saya..he he, tahniah..semoga terus success dan berjaya dalam dunia blogging. Kekerapan meng updated entri terbaru adalah faktor penyumbang terbesar trafik ke blog LM selain dari aktif berblogwalking.

Buat rakan blogger semua jemputlah ke blog LM yang banyak kisah menarik, suka duka kehidupan seorang surirumah dan ibu di perantauan ( Dubai-Qatar). Buat LM, andai ada tersalah kata dalam entri ini, hanya kemaafan yang saya pohon.Wassalam.
 
 
 
 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Disember 19, 2010

33 Komen:

  1. Selamat maju jaya sahabat ku LM..!

    wa...pandai en zul yer bab blog nie...

    BalasPadam
  2. Salam Zul.. aok mmg best ! semoga kita sama-sama dpt Berblogging dengan secerianya. Selamat maju jaya utk anda :)

    BalasPadam
  3. salam
    wow macam soklan survey ni hehehe
    nanti nak gi ziarah blog tu

    BalasPadam
  4. Semoga blog bro terus berdaya maju! analisa yang baik tu..

    BalasPadam
  5. @etomyam

    A_salam..dah aih bro..
    soklan peksa PMR
    ada ABC tu..main
    tembak je..he he

    BalasPadam
  6. @akuanakpahang

    Terima kasih Yassin..
    anda pun mantop sokmo

    BalasPadam
  7. @Anip™

    Tahnak Anip..
    nanti saya bagi link

    BalasPadam
  8. salam zul..

    Moga terus success..lipat gandakan usaha utk terus berjaya & menjadi terkenal.

    p/s - jika kita minat & berusaha insyaallah akan berjaya

    BalasPadam
  9. semoga terus happy berblogging selamanya.. :)

    BalasPadam
  10. salam en zulkbo..ni nama betul ker?

    complete ee, nak buat camtu jugak camana?

    ..seo..backlink..yang mcm saudara arrow2 kan tu?

    BalasPadam
  11. Salam Zulkbo..
    saya pun suka berblogging..cuma bnyk benda lagi yg sy kurang tahu dan kurangpandai..insyallah nanti sya pun nak singgah blog Pn Miza.

    Selama maju jaya dalam dunia blogging!

    BalasPadam
  12. Salam hari minggu.
    Bagus la kalau rajin di laman.
    Kalau saya tak terlayan pula .. cukuplah dengan sekadar ikut mengenali maya ni. :)

    BalasPadam
  13. @DANZ

    Sekadar mencuba sesuatu
    yang baru dalam hidup..
    terima kasih saudara singgah
    dan komen di sini..

    BalasPadam
  14. @Idalara

    Boleh perlahan-lahan belajar
    demi kebaikan blog anda juga
    Ida..ermm TQ

    BalasPadam
  15. @mrs jamal

    ZULKBO adalah singkatan nama
    penuh saya Zulkifle Bin Othman,
    anda boleh panggil saya ZUL sahaja,terima kasih singgah dan komen di sini..

    BalasPadam
  16. @eiela

    Jom..sesama kita join,
    boleh tengok prestasi
    blog kita di SERP

    BalasPadam
  17. @Akasia Maya | Cikgu Isza

    Terima kasih singgah
    dan komen kalian berdua

    BalasPadam
  18. salam,

    bagus sbb awak happy berblog... saya pun happy jgk ni.. hehe

    BalasPadam
  19. assalam..
    sy jugak yg on off hehe

    BalasPadam
  20. wah! dapat tag plak? hehehe

    BalasPadam
  21. salam...

    bergantung kpd mood dan kerajinan seseorang....semua bende boleh wat kalo minat dan ande mase...

    BalasPadam
  22. salam
    saya memang happy dengan blog
    dan sedang mencari ramuan tambahan untuk menambahkan rasa happy
    hehehe

    BalasPadam
  23. indahnya kawna di dunia maya..tak sama seperti kawan2 yang sllu kita jumpa ;)

    go! go ! semoga sahabat akan maju ke hadapan lagi.Amin

    BalasPadam
  24. happy blogging bro! ganbatte

    BalasPadam
  25. @tehr

    Semoga tercapai hajatnya
    saudara..insyaallah

    BalasPadam
  26. @suri

    Saya gembira sahaja
    bila ada rakan blogger
    yang berjaya..

    BalasPadam
  27. @Cikgu Jang ..

    Koi setuju dengan aok..
    kalau malas tak jadi
    juga..satu lagi minat

    BalasPadam
  28. @Syafiq Rosli | Maiyah | Nick

    Terima kasih..
    sesama lah kita
    berblogging
    dan maju jaya

    BalasPadam
  29. Thanks for sharing brother Zulkbo, saya panggil Zul saja ya. Saya baru ketahui nama blog puan Miza ni dari sini. Pasti saya akan masukkan blog dia dalam senarai 'must read' saya. Blogging jadi indah, bila persahabatan terbina.

    BalasPadam