Salam semua, bila pelakon baru yang semakin popular ini tersalah cakap "gila babi" dalam siaran langsung rancangan TV maka ramailah yang terkejut.Saya sendiri pun terkejut..alahai kenapa jadi begitu? Kadang-kala perkara yang selalu kita amalkan dan cakap seharian boleh terbawa-bawa dalam situasi yang kita tidak jangka.
Sebaiknya perkataan menyumpah atau pun kurang sopan ini, janganlah jadi amalan hidup kita. Mungkin di luar kita selalu megucapkan tanpa terakam oleh lensa kamera, bila terlepas satu hari mulalah kita mencari pelbagai alasan menidakkannya..
Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.
Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.
“Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",
“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.
“Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.
“Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.
Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.
Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.
“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.
“Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai peminat mereka,” katanya.
SUMBER:
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2010/12/2/mstar_hiburan/20101201131247Mungkin pada setengah orang perkara ini remeh sahaja. Tetapi pada pandangan saya, sebagai seorang ikon yang meningkat naik dan menjadi remaja contoh, setiap perbuatan dan tutur kata anda di ambil perhatian.
Bukanlah memperbesarkan perkara, cuma mengambil pengajaran dari kesilapan yang tidak sepatutnya di ucapkan oleh beliau.Saya percaya anak saya yang remaja juga tanpa segan silu akan mengucapkan perkataan tersebut di kalangan rakan-rakannya nanti kerana seolah sudah menjadi trend pula.
Jadi janganlah di anggap remeh temeh perkataan "gila babi" tersebut. Kerana sememangnya bukanlah perkataan yang sopan di dengar dari mulut seorang gadis yang berpesonaliti baik dan bakal menjadi contoh remaja sekarang.Wallahualam.
Salam..perkataan itu ke yang diucapkan.Hmm.. kadang-kadang kita terlepas cakap perkataan yang tak sepatutnya.Mungkin dia tak sedar dan terlepas cakap tu.
BalasPadamsalam zulk..makcik sanagt2 bersetuju dgn zulk..bila benda dah jadi sebati dgn diri sendiri ianya akan meluncur keluar tanpa sedar..tulah kita kena selalu berhati2 bila bercakap..dahlah dia tu menjadi pujaan ramai remaja, jadi perkataan tu akan menjadi ikutan mereka nanti..tu yg kita bimbangkan..kan tak setanding dgn personaliti yg kita nampak sopan n cantik..kalau dah terkeluar perkataan yg sekasar tu , terpalitlah juga pada tuannya kan..
BalasPadamSalam...
BalasPadamSetuju dgn en.Zul...
Saya pun tak pernah ajar sebut perkataan mcm tu.
anak saya tak pernah dgr perkataan hang, aku, bodoh dll tp bila berkawan dgn anak2 saudara saya, dia dah mula nk sebut...
orang terkenal inilah bahayanya...bila cakap yang baik orang dengar, bila cakap yang taik baik pun orang dengar....bahkan tersebar
BalasPadamwuahh rancangan apa zulkbo?
BalasPadamem kalau dah terbiasa jdkan amalan mmg bila2 je boleh terlepas.
haish.
salam ziarah-sy angkat tgn! :D
BalasPadamKata org base mulut celupar sesudah sesekali terdampar... moralnya bender tak baik ini usah disebut sgt.
BalasPadam@Sesumpah
BalasPadamcuba baca di sini:
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&file=/2010/12/2/mstar_hiburan/20101201131247
ye kdg3 benda yg salu kta sebut tu mmg akn tekuar le klo cover pn =) mmg x sngaja la dia kuarkan pekataan tu sbb time tu die over excited hehe..pe3pn mmg x patut ler kua pekataan tu sbb 1 malaysia tgk kn =)
BalasPadamas salam..itulah pelakon..memang hebat lakonan mereka sampai kita terpana dibuatnya..boleh ke depa nie remaja jadikan idola??? huhuhuhu
BalasPadamSalam...
BalasPadamPe la...x penah plak dia ni wat kontroversi sblm ni kan? Nampak mcm lemah lembut,terpelajar plak tu..Mgkin dari pergaulan kot...Muke lawa kalau bahasa pun lawa,akan bertambah lawa la nt..
Salam.
BalasPadamOrang tua2 pernah berkate; terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak berkata2? Huh.. tanggunglah sendiri.
Apapun, ambil tu sume sebagai tauladan untuk kita sume..
Salam
BalasPadamLM sokong dan amat bersetuju.Kita bukan nak suruh hipokrit,tapi..memang patut tinggalkan perkara dan perkataan yang tak elok .Betul kan?
kalau dah biasa bercakap macam tu la...dia tak sedar sape dirinya...jika kita dengar,kita akan beranggapan selalu lah diguna perkataan2 itu dalam hidup sehariannya...
BalasPadamSalam...ntah kenapa saya tergelak bila baca Lisa ni tersebut "gila ba**" ...ntah laaa...
BalasPadamSalam,
BalasPadamwah dalam siaran apa tu keluar benda tu...
agak2 nya true colors dah nak menampakkan diri kot hahaha
btw semuanya bahasa bermula dari amalan dan penggunaan seharian
SALAM,
BalasPadamSETUJU DENGAN ULASAN. YANG KITA KHUATIR MEREKA INI MENJADI IDOLA KEPADA ANAK2 MUDA
Bahasa pasar apabila didalam secara live show tak sedar terlepas kata. Saya maafkan kamu Lisa :-)
BalasPadammuka yang cantik tak semestinya perkataan2nya yg keluar juga cantik...& sebaliknya.
BalasPadamAlangkah cantiknya kalau kedua2nya itu pun cantik juga....
p/s: suka tengok org gila..tapi jijik tengok b**i.
tuh la kan, bila dah jadi personaliti kena la jaga bahasa. silap sikit je, orang akan start la blame kita.
BalasPadamLatest Entri :
Blogwalking Diganti Dengan Bloglarian
excited sgt kot bile dah mula nok popular tu...
BalasPadamsetuju juga.. kena2 artis ni.. ramai peminat.. ramai yang jadikan sebagai idola.. risau jika anak2 terpengaruh..
BalasPadam@MiSs TOrA
BalasPadamhahaha
betul tu Miss..
macam orang mabuk juga, bila dah mabuk terus keluar sifat sebenar dia :D
@MiSs TOrA
BalasPadamhahaha
betul tu Miss..
macam orang mabuk juga, bila dah mabuk terus keluar sifat sebenar dia :D
ehh...
BalasPadamawal2 tadi saya dah komen tp takde...
terlajak perahu boleh diundur; terlajak kata mana nak letak muka bila sana-sini orang bercerita..
Aslmkm Zul.
BalasPadamKak G tak concentrate billa tengok rancangan cenggitu, so tak perasan la!
Sama2lah kita saling mengingatkan untuk kebaikan semua. Insya Allah diberkati.
Semoga Lisa mengambil iktibar, segera insaf ... semoga juga dia mendapat petunjuk supaya menjadi seorang Muslimah sejati! Amin.
Bahasa kita akan mencerminkan biasa kita...
BalasPadamJika baik tutur kata kita, maka baiklah pemikiran kita...
salam akhi YB...
BalasPadamtu ler yg takut sangat , anak2 akan ikut 100% apa yg depa tengok dr tv.... harap2 Lisa dpt mjadi contoh yg bagus untuk remaja2 lain....
salam akhi Zul ...
BalasPadamtersilap tulis akhi Yb td...
manusia xlari dari silap
BalasPadamSalam
BalasPadamBahasa jugak melambangkan diri kita
Assalamualaikum...
BalasPadamApa yang kita cakap melambangkan peribadi kita..
oh lisa....well nobody's perfect...sebab te mulut kene biasa sebut mende molek...kan dah terkantoi..
BalasPadamheheee
dia cakap gitu sbb masa tu dia teringat ke koi...abis lupa skrip! he3
BalasPadamp/s- dia ni awek koi yg ke 555 ni zul!
terkejut jugak mule2..tak sangke dia pun reti nak sebut mende2 gitu..huhu, pengajaran utk sape2 yg nak masuk tv jgn buat mcm lisa.. :)
BalasPadamsalam
BalasPadamalah bisa tegal biasa
harap2 pemiat tidak akan terikut2 dengan sebutan artis nanti
Salam..
BalasPadammemang betul cakap abang zuk tu..
kekadang mulut bila dah terbiasa cakap kasar2 tu yang terlepas cakap tu..
kalau boleh kena latih mulut ni cakap perkataan yang baik2 je..
biasa lah artis..mula2 kena nampak sopan coz nak tarik peminat sampai sejuta kat facebook. Lama2 nampak ler true color yang sebenar... Lisa kata dia tak sengaja. Tapi, aku rasa dia dah terbiasa sebenarnya... paper pun, aku salute Datuk Siti, tetap sopan dari dulu sampai sekarang..
BalasPadammungkin lisa terlepas cakap tu
BalasPadam