Aku Di Tinggalkan Buah Hati



Salam semua, cuti sekolah hujung tahun yang agak panjang kadang-kala membosankan bagi kanak-kanak. Aktiviti perlu di atur agar sesuai dengan cara hidup aktif mereka.Beginilah yang terjadi bila tinggal di bandar, kesempitan ruang membataskan aktiviti luaran mereka.

Sebagai seorang guru, isteri saya turut bercuti panjang.Seperti selalu bila cuti hujung tahun saya akan menghantar mereka pulang ke rumah ibu bapa isteri saya di Alor Setar.Biarpun di bandar Alor Setar, suasana kampungnya masih kedapatan serta ruang rumah dan laman yang luas sesuai buat kanak-kanak.

Memandangkan cuti saya yang sudah habis, jadi menghantar mereka ke kampung kali ini menggunakan perkhidmatan KTM Senandung Langkawi. Memilih pakej kabin dengan 2 tempat tidur agak selesa buat perjalanan jauh yang mengambil masa 10 jam, selain pengalaman baru buat anak-anak.



Menaiki Keretapi Senandung Langkawi, bertolak jam 9.20 malam dan di jangka tiba di Alor Setar sekitar jam 10 pagi keesokkannya.




Sinki air kabin juga menjadi pilihan si kecil Bakuratul Amani.




Kabin yang agak selesa, di sediakan 2 katil bertingkat selain sinki,TV dan sebagainya. Kelihatan Khair Ilhami bercakap sesuatu dengan Mak Su nya, adik ipar saya sebagai peneman.




Keriangan terpancar di wajah  Khair Ilhami yang pertama kali menaiki keretapi, riuh rendah lah kabin 1A malam ni..he he..Selamat jalan buah hati ku semua, semoga selamat tiba ke destinasi..dan aku kesepian di sini.Wassalam.



Mereka semuanya telah tiba dengan selamat di rumah mertua ku jam 7.30 pagi tadi..alhamdulillah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 06, 2010

35 Komen:

  1. Salam Zul.. adus sunyilah malam-malam anda nampak gayanya :)

    BalasPadam
  2. salam,
    kalau ada cuti lagi mesti best balik kampung bersama-sama kan

    BalasPadam
  3. @::..Dia daYa..::

    realiti nak balik juga lepas ni
    memandangkan ada kenduri di sana
    saya akan menyusul berkereta

    BalasPadam
  4. alhamdulillahh..selamat perjalanan..tak yah bayaq tol kan heheheheh

    BalasPadam
  5. Yahooo bujang kembali heheheh....budok2 suka amat la tu...moga selamat semuanya...

    BalasPadam
  6. balik kmpg...oooo...balik kampung...ati riang..:D

    BalasPadam
  7. salam zulk..makcik n pakcik kalau tak drive keKL selalunya kami suka naik k/api..kabin menjadi pilihan,dapat diskaun untuk warga veteran..selesa..tapi pakcik akan ambil tilam n tidur dibawah..hehe..
    makcik setuju kalau anak2 dihantar kekampung agar mereka dapat merasa suasana kampung n dpaat mereratkan hubungan dgn sepupu spapan..taklah boring tenguk hutan batu.

    BalasPadam
  8. Salam...

    kesiannya keseorangan.jgn risau, blog kan ada.hehe..

    Berbeza dgn saya, kalau dihantar balik kg, bukan ke rumah sendiri tapi ke rumah mertua...

    BalasPadam
  9. best gila tgk kanak2 seronok...
    tp ada pula yg sedih..
    hehehee

    BalasPadam
  10. Salam...

    Koi tingin giler nak naik ketapi..
    Penah skali jek,sggup gi Penang sbb nak merasa naik ketapi..huhuh

    BalasPadam
  11. salam maal hijrah .. semoga anda terus cemerlang walaupun berpisah buat sementara waktu dgn yang tersayang.

    kadang2 perpisahan menyuburkan lagi kasih sayang.

    BalasPadam
  12. ooo...bujang la ni hehehe

    sy xprnh lg merasa naik train yg ade kabin... nmpak selesa je..anak2 en.zul pun ceria... ;)

    BalasPadam
  13. @al-lavendari

    Salam tuan..
    betul sangat tu..
    baru sehari dah rasa
    rindu je nih..he he
    insyaallah..semoga
    tuan juga sihat selalu..

    BalasPadam
  14. Salam BroZul,

    aok bujang lah sekarang ni yea...


    hehehe...

    BalasPadam
  15. SALAM..
    anak2 mmg suka jika kita bawa di jalan2 heee..

    berapa kos pergi tu bro??

    BalasPadam
  16. sebut kampung rindu rasanya nak balik Melaka

    BalasPadam
  17. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

    BalasPadam
  18. Ya...selamat Tahun baru ...mmg sunyi bila ditinggalkan..huhuhu

    BalasPadam
  19. salam..

    koi bese dah kene tinggal dek bini dan anak2...sebab diaorg selalu gi jalan2...

    BalasPadam
  20. salam,
    wahhh... anak2 dah di anto ke kampung mertua... honeymoon lah mak ayah nya ye.. hehe

    salam maal hijrah

    BalasPadam
  21. @Cikgu Jang ..

    Alah tegal,
    menang biasa yak aok ter..?
    he he..

    BalasPadam
  22. @My Little Diary

    Tidaklah saya berhoneymoon
    sesorang cik Adik oii..he he

    BalasPadam
  23. Salam, wah best naik keretapi
    pengalaman saya pertama kali naik kereta api adalah dari Jerantut ke Kuala Lipis tahun 2001 yg dulu semasa program penempatan daerah. hehehe

    BalasPadam
  24. Sorang2 tak daye weh.Zaman bujang dulu lain la.

    BalasPadam
  25. best nye..setiap kali cuti sekolah leh balik kg

    p/s:.Salam MAAL HIJRAH..:)

    BalasPadam
  26. salam,
    untung ada kampung halaman..
    anak saya tiap2 hari boleh balik umah opahnya..
    dalam 5 minit jer..
    kampung tak serupa kampung.. bendar tak serupa bandar..

    jangan nakal2 bila dok seorang tuu.. ;D

    BalasPadam
  27. da ada ubat pengganti lum bro utk hilangkan kesunyian tu?hehe

    BalasPadam
  28. sabo zul....akupun pernah kene...samapai cium2 baju anak..padahal seremban jer...ngan serdang...dekat huhu

    BalasPadam
  29. salam
    anak2 memang seronok berkeretapi terutama kalau diberikan kabin seperti itu
    saya pernah bersama keluarga dari KL ke kelantan dengan keretapi
    memang kecoh dan seronok

    BalasPadam
  30. Bujang sekejap la ni ye ? :D

    BalasPadam
  31. Anak-anak saya bercuti bersama pakcik dan makciknya dikampung. Tinggal lah saya, isteri dengan baby buat seketika sunyi layang baby ajer lah :-)

    BalasPadam
  32. zulkbo: mesti buah hati tu pon rindu kat awak gak!

    BalasPadam