571 Bukanlah Angka Yang Kita Harapkan




Salam semua, apabila laporan terbaru angka buang bayi di keluarkan kementerian yang berkenaan, 571 kes buang bayi di rekodkan semenjak 2004 melalui repot yang di keluarkan PDRM.

Negeri Selangor mencatatkan angka tertingggi 147 kes diikuti dengan Johor sebanyak 113 kes. Sebagai antara negeri yang paling padat penduduknya angka tersebut menjadi nampak besar berbanding Perlis yang hanya 1 kes sahaja.


Angka 571 jika di hitung bila melibatkan isu pembuangan bayi, adalah satu angka yang besar dan perlu perhatian serius kerana ianya melibatkan nyawa manusia. Dari angka tersebut pasti ada yang terselamat, tetapi apakah kesannya pada masa depan bayi tersebut?

Seperti selalu bila di utarakan perkara ini ramai di antara kita memberi pelbagai cadangan untuk mengatasinya.Tapi saban hari juga, kita tetap mendengar kes ini di dada media mahupun akhbar. Seolah tiada penyelesaian kukuh dan kesedaran masyarakat terhadap kempen yang di canangkan.

Terbaru khabarnya pendidikan sex akan mula di ajar buat pelajar tahun 1 bermula tahun depan.Pelbagai pro dan kontra telah kedengaran, walaupun ianya belum bermula lagi.Tetapi begitulah sikap orang kita, mudah melatah.

Pandangan saya, bolehlah di cuba dahulu memandangkan telah ada kajian mendalam di lakukan oleh pihak yang profesional dalam hal berkenaan psikologi kanak-kanak.Jadi percubaan ini perlulah di teruskan dengan harapan sinar yang lebih ceria menanti buat generasi akan datang. Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 16, 2010

36 Komen:

  1. salam..
    emm.tak taulah mcm mana perkembangannya nanti lepas pendidikan tu diajar..harap ke arah kebaikkanlah..buang anak semakin menjadi2 sekarang ni seolah2 satu hobi..nauzubillah..

    BalasPadam
  2. aduhai.. byk betoi, tak takut dosa kah mereka ni?

    BalasPadam
  3. "Mencegah lebih mudah drp merawat" sepatutnya apa jua yang terarah pada perbuatan sex (zina) sepatuhnya ditegah drp awal oleh semua pihak.

    BalasPadam
  4. salam zul..

    Tak kira negeri manapun yg paling tinggi harapnya kes dr org kita x meningkat.

    p/s - kita dulu x payah ajar pun matapelajaran ni..lain dulu lain skrg..

    BalasPadam
  5. Salam...

    Seriau baca n3 nih...
    Baru td baca paper sal video lucah dua bradik..
    umur baru 11-13 thn...adehaiii...adik ngn kakak plak tu...

    BalasPadam
  6. ajo aje subjek fekah dah merangkumi semua dalam tu

    BalasPadam
  7. koi stuju dgn pandangan en yassin kita tu...

    p/s- pendidikan seks telah ditukar kpd PEERS utk mengelakkan salah faham. betul kata cemomoi tu sbb dh lama diajar dlm p islam, p kesihatan dan biologi. nama saja yg menjadi isu.

    BalasPadam
  8. mak ayah tu kena tingkatkan ilmu dulu...didikan awal bermula dr uma

    BalasPadam
  9. sangat sedih bila terpaksa handle kes sebegini
    emo ni...
    tadi baru je selesai sesi ngan remaja perempuan yang baru melangkah ke alam sekolah menengah..dalam tempoh setahun sudah beberapa puluh lelki dapat merasai tubuhnya..sangat sedih tapi empunya diri berbangga..kalau tak kerana profesionalisme as a kakitangan awam memang teruk r budak tu cheqna hentam..huhuhu

    BalasPadam
  10. yup..setuju. sepatutnya trial & error dulu..tengok keberkesanannya mcm mana..at least usaha & pendekatan membasmi..mencegah sebelum kena itu ada.

    BalasPadam
  11. geram pada mereka2 yg buang bayi!

    BalasPadam
  12. mak oiiii kenapa la diorang macam tueeeee

    BalasPadam
  13. Titik beratkan agame ter yang penting

    BalasPadam
  14. Dalam...

    dunia dah sampai ke penghujungnya...

    BalasPadam
  15. @cheqna

    Semoga Cek Na selalu bersabar
    dalam menangani kes sedemikian..

    BalasPadam
  16. @siti murni

    Yuppp...kita kena cuba dulu
    kerana boleh di praktiskan
    dan diterima pelbagai kaum..
    jangan takut,tetap ada unsur
    islamic di dalamnya..

    BalasPadam
  17. tak salah mencuba kan?
    tapi.. apa yang diharapkan ialah persediaan kita menghadapi pro dan kontranya.. jangan cuba aje..

    BalasPadam
  18. situasi semakin meruncing sekarang ni...memang perlu buat sesuatu

    BalasPadam
  19. @Anak Ulu Cheka | Etomyam

    Memang benar ada pro dan kontra
    dan kita perlu lakukan sesuatu..setidaknya kita mencuba dahulu di samping panduan dan garis panduan yang ketat..ibu bapa di galakkan melihat proses pembelajaran ini dalam sesi persekolahan agar ada apa penambahbaikan..demi anak-anak kita juga...

    BalasPadam
  20. @piewahid| Yassin | Cemomoi

    Demi masa depan anak-anak kita dan cara budak-budak remaja sekarang sesuatu perlu di lakukan..kita tak boleh tangguh,setidaknya ini cubaan pertama..kita tak mahu kes MAIN KAWIN-KAWIN baru-baru ini menyebabkan satu kanak-kanak perempuan menjadi mangsa kerana kedaifan mereka tentang bahayanya salah laku..

    BalasPadam
  21. Salam...

    Itu kes yg dilaporkan, tak termasuk lagi yang terlepas pandang.
    Remaja skrg sudah hilang kualiti tp sbg sebahagian dr masyarakat, apa kita blh buat jika sering dikatakan jangan jaga tepi kain org?

    BalasPadam
  22. walaupun byk kempen2 dan usaha dibuat, masih terjadi kes ini..iks iks iks

    BalasPadam
  23. minta2 ahli keluarga kita dijauhkan dari melakukan perkara2 memalukan macam ni...

    BalasPadam
  24. salam, zul
    harapan kita memang besar agar segala perancangan dan tindakan menjurus kepada kebaikan

    anak2 perlu ada perasaan takut kepada Allah

    BalasPadam
  25. ermmm...
    Apa nak jadi zaman sekarang nie...

    BalasPadam
  26. as salam abg zul..semoga kita semua berganding bahu untuk atasi masalah ini

    BalasPadam
  27. kesian pd anak2 yg menjadi mangsa...

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Pendidikan Agama perlu dititikberatkan kepada semua umat Islam...

    BalasPadam
  29. harap2 mcm tu la..
    bila dh diajar..dan diterapkn nilai2 moral n agama..harap2 berkurang la kes2 mcm ni... amin...

    BalasPadam
  30. 571 satu angka yang membimbangkan banyak tuh bakal human resource untuk negara. Murahnya maruah dan keimanan seorang manusia

    BalasPadam
  31. macam mana angka2 nie semakin meningkat... ish2.. itu yang dilaporkan.. yang sorok2 tuh tak tahula....

    BalasPadam
  32. 571 kes buang bayi? Mengejutkan!.

    BalasPadam
  33. Bagi kahwin awal je. Memang kahwin awal ada kemudaratannya jika tersalah perancangan. tapi mudaratnya tidaklah sebesar mudaratnya jika kita biarkan anak2 muda bebas berhubungan tanpa ikatan yang sah. Sekurang2 dari sudut positif, kahwin awal dapat mengajar pasangan tersebut untuk lebih matang, kerana bila dah kahwin, nak atau taknak, matang atau tak, kena matangkan diri juga.

    BalasPadam