Toyota Service Centre | Terbaik!!



Salam semua, ini bukannya entri hendak mempromosi atau iklan percuma..tetapi sekadar pengalaman peribadi yang menyebabkan rasa kepuasan di hati saya hari ini  untuk di kongsi bersama rakan pembaca semua.



Kira-kira 3 tahun lepas, sewaktu saya dan isteri merancang untuk menukar kereta baru isteri. Maka ramai di kalangan rakan-rakan mencadangkan kami membeli kereta Proton Waja, kebetulan pula terdapat promosi dari sebuah syarikat yang datang ke sekolah isteri memberi promosi pembelian tanpa deposit.

Agak menarik, tetapi dari survey yang saya lakukan di kalangan rakan-rakan saya pula, ramai yang mencadangkan kami membeli Toyota Avanza 1.5G kerana khabarnya harga yang berpatutan serta perkhidmatan selepas jualan yang baik. Jadi kami mengambil langkah drastik dengan membeli Toyota Avanza, biarpun pada masa itu ramai rakan di sekolah isteri yang membeli Proton Waja.

Lagi 5 hari mencecah ke usia 3 tahun kereta ini di beli, sudah hampir 10 kali saya berurusan servis di pusat servis Toyota. Dengan layanan yang mesra pelanggan, banyak juga kemudahan yang di sediakan di sini. Dari sarapan pagi dan minuman percuma sehingga kemudahan surau, wi fi dan Astro.

Dalam proses servis sebanyak 10 kali tersebut, ada satu kes cat "skirting" melecet, mereka melakukan proses cat semula secara percuma dan hanya mengambil masa beberapa jam. Pantas dan efisyen..juga selepas setahun, disc brake depan kurang sempurna dan mengakibatkan stereng gegar bila membrake dalam kelajuan yang tinggi.

Pertukaran baru di lakukan tanpa "cakap banyak"..ermmm, mulanya hairan juga sebegitu bagus Toyota menghargai pelanggan mereka? Saya menyampaikan ucapkan terima kasih di dalam laman forum Toyota dan di   anugerahkan voucher servis percuma sebanyak RM 100.

Hari ini saya sekali lagi pergi ke pusat servis selepas membuat temujanji berkenaan gegaran masih terasa bila membrake di kelajuan yang tinggi.Tanpa bersoal banyak, urusan pertukaran disc brake yang baru di lakukan. Dianggarkan harganya di pasaran Rm 700 sepasang, tetapi atas dasar masih dalam warranty, semuanya percuma.
 
Hari ini berani saya katakan, langkah yang bijak telah kami lakukan sewaktu memilih membeli kereta ini dahulu, cuma berbeza harga kereta sekitar RM 15,000, kepuasan benar terasa dengan perkhidmatan selepas jualan yang di berikan pihak Toyota, terima kasih..Wassalam.


Jom Baca Entri Berkaitan:


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 26, 2010

27 Komen:

  1. salam
    hampir 3 tahun pakai mr black..memang setiap kali g sebis...sangat membanggakan..tak pernah rasa kecewa..memang mereka sangat menghargai pelanggan mereka...
    terasa untung disitu =)

    BalasPadam
  2. khidmat selepas jualan sgt penting utk kpuasan pembeli dan mengekalkan daya saing.

    BalasPadam
  3. @cheqna

    ini mesti pakai "BIOHH"
    kan..?he he..

    BalasPadam
  4. toyota service centre mmg d best!!!! my huby 1 of d technician there...body & paint division.. ;)

    BalasPadam
  5. @Zura

    ye ke..?
    semoga menjadi pekerja
    yang cemerlang...bonus
    mesti banyak nanti..he he

    BalasPadam
  6. @piewahid

    Koi setuju
    dengan aok
    Akhi Pie..

    BalasPadam
  7. koi nok kene sebis juga dah ni... bila la pulok nok g, sibbaik bule layan intenet kat situ yerk..

    BalasPadam
  8. alang membeli menang memakai :P

    BalasPadam
  9. @cemomoi

    Koi nampok Avanza aok
    make up lawo ter..?

    BalasPadam
  10. @Asmah bt Mohamed

    Ermmm...setakat ini,
    begitulah rasanya..

    BalasPadam
  11. Salam...

    betul..betul..betul..

    BalasPadam
  12. Salam Zul mmg betul sgt perkhidmatan selpas jualan amat penting jgn jadi sesetgh syarikat lain abis jual abis segalanya. Bila kita tanya dia, dia buat tak tau aje sakit juga.

    Jgn tersalah letok iklan kesan di pak nuff karang lebur :)

    BalasPadam
  13. Dari jenis yg sama dgn cheqna hingga yg sama dgn Isteri BroZul saya setuju sangat !

    walaupun berhabis tapi puashati.


    *kalau awal pagi dapat biskut +air milo. Makan sambil menonton. Tak sedar keta dah siap..

    BalasPadam
  14. Ah aok ni. Terpaksalah koi tukor gune toyota pulok pasni.. hehheheh

    BalasPadam
  15. wah! biar btol!!! kagum jgk sy mendgrnya

    BalasPadam
  16. salam
    kepuasan pelanggan tu yang penting
    lagi pun mereka tak boleh cakap banyak kerana masih dalam jaminan

    BalasPadam
  17. Tak dapat di sangkal..dah banyak member cakap cam tu...cara Toyota memang mesra pelanggan....kemudahan menunggu juga tip-top!

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya...

    Memang Toyota menjaga pelanggannya...

    BalasPadam
  19. t.kasih berkongsi pengalaman ini.

    BalasPadam
  20. Salam zulkbo

    Setuju sangat dengan info ini.. pengalaman kak juga demikian... biar menang membeli asal menang memakai..

    BalasPadam
  21. customer is first, customer is king. kalau ada company berjaya kekal begini, insyaallah customer akan setia

    BalasPadam
  22. amin......mudah2an bonus lbh...hehehe... ;)
    somi thn pas di sg rasah shah alam...now transfer ke sek 19 pj...

    BalasPadam
  23. sales after serice penting ... lagi2 kereta... banyak juga tuh maintaince... huh

    BalasPadam
  24. toyota service yg katne ni?
    Koi salu p shah alam..
    Raya pose aritu siap ade open house,boss Jepun pkai baju melayu layan kami... :D

    BalasPadam
  25. nak beli kereta toyotalah he3..caldina ker he3..

    BalasPadam
  26. Salam...
    Abang zul..
    servis toyota memang terbaik..
    Harga pun terbaik punye..

    tapi teringat kes ayah saya..
    kerete toyota ayah rosak..
    masuk bengkel toyota taman shamelin..
    punyalah lama..
    dekat 2 bulan...
    ayah asik kol toyota tanya pasal kereta sebab risau nanti kena bayar mahal duduk bengkel lame2..
    Orang toyota cakap tak dapat selesaikan masalah kete ayah yang rosak tu lagi.

    bile kete dah kuar bengkel Toyota kenakan bayaran 7 ribu lebih...
    ya allah. tuhan aje yang tahu mase tu.
    Mana nak cekau duit banyak2..
    Terpaksa pakai kad kredit.

    Bape bulan lepas tu kete rosak balik..
    penyudahnye anta kat bengkel biasa..
    baru ok..tapi kene lagi beribu.

    Sekarang ayah dah serik nak anta kete kat Toyota

    BalasPadam