Salam semua..agak tertarik membaca article dalam akhbar hari ini, berkenaan dengan cubaan pihak tertentu yang menyuntik ke dalam air minuman berplastik (rasanya) dengan bahan peransang sex pada teman wanita yang baru di kenali.
Perkara ini bukannya baru saya dengar, sejak dari saya remaja dahulu pelbagai ubatan di gunakan oleh lelaki romeo dalam cubaan mereka hendak menunaikan tuntutan nafsu serakah masing-masing dengan cara segera. Ini termasuklah memasukkan bahan dadah dalam air minuman.
Wanita Diingatkan Waspada Dengan Minuman Dicampur Dadah
Kaum wanita dinasihatkan berhati-hati dengan pelawaan makan dan minum individu yang baru dikenali kerana dibimbangi bahan tersebut telah dicampur dengan dadah perangsang seks.
Yang Di-Pertua Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd Yunus Pathi mendakwa, sesetengah wanita terpedaya sehingga menjadi mangsa rogol.
Katanya, pihaknya mengetahui modus operandi tersebut selepas menjalankan proses temuduga dengan beberapa mangsa yang ditempatkan di Pengasih.
"Kebanyakan mangsa terpedaya dengan rakan-rakan mereka sendiri walaupun mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks.
"Kenalilah pasangan anda, berhati-hatilah dengan orang asing supaya tidak terjebak dalam penipuan ini. Mereka yang berniat jahat sentiasa tunggu saat dan ketikanya untuk memperdaya mangsa. Tip saya ialah berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Aidiladha di sini, Rabu.
Mohd Yunus mengingatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati pelawaan daripada mereka yang tidak atau kurang dikenali.
"Pegang dan goncang botol minuman tersebut untuk memastikan sama ada ia bocor atau tidak. Kalau bocor, bermakna sudah ada usaha untuk menyuntik bahan minuman itu dengan dadah atau bahan perangsang seks," jelasnya.
Sumber: mStar
Buat gadis-gadis di luar sana,berhati-hatilah apabila bertemu dengan lelaki hidung belang yang baru di kenali. Harapan saya janganlah mudah percaya, biar nampak sebaik mana pun lelaki tersebut. Sebaikkan apabila keluar, biarlah berteman dengan rakan mahupun saudara yang lain.
Ini juga salah satu puncanya gejala buang bayi. Berkemungkinan besar lelaki romeo ini pasti tidak mahu bertanggung jawab apabila gadis tersebut mengandungkan anak luar nikah, jadi bertindaklah sebelum terkena.Tepuk dada tanya akal kalian,wassalam.
Ini juga salah satu puncanya gejala buang bayi. Berkemungkinan besar lelaki romeo ini pasti tidak mahu bertanggung jawab apabila gadis tersebut mengandungkan anak luar nikah, jadi bertindaklah sebelum terkena.Tepuk dada tanya akal kalian,wassalam.
ya..harus berhati2...inilah salahsatu punca kerosakan remaja2 perempuan
BalasPadamMoral anak-anak gedik diluar sana jgn jinak sangat pantang nengok kete besor.. ajak kuar terus kuar ajak makan terus makan sudah terkulai jua :(
BalasPadamMcm2 hal je org nak puaskan nafsu serakah..menakut kan jugak kan
BalasPadamsalam zulk..inilah perkara yg merosakkan akhlak muda mudi kita..diharapkan gadis2 berwaspada dgn teman lelaki mereka.
BalasPadamsalam en zul,
BalasPadammemang perkara ni sudah lama dan ada orang sekeliling saya yang menjadi mansanya..
berhati2lah anak2 gadis.. jangan perasan lebih jika ramai yang cuba memikat..
yup..tapi ada kes, dlm berhati-hati pun boleh terkena...mintak dijauhkan lah..!
BalasPadamsalam rodong, cmna nak tau spesies lelaki hidung belang? ada tips? :)
BalasPadamsalam Zul..
BalasPadamBermacam cara org skrg ni..hati2 dgn anak2 kita.
takutnye....kne berhati2 lepas nie..
BalasPadammacam2 la sekarang nie..ish~
BalasPadambg wanita di sana berwasapadalah yer..
1) Buncit Itu Seksi, Buncitkah Korang?
2)10 Cara Korang Boleh Rosakkan Kepala otak Korang Sendiri!
naya ni..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam sdra...
BalasPadamOrang sudah tidak memikirkan keselamatan orang lain, apa yang mereka mahu ialah duit...
salam,
BalasPadamuishhh.... menakutkan!!!
org sekrng susah nak percaya...
Issshhhh.. ade juge yer gini?? Bahaya2....
BalasPadamsalam
BalasPadampergaulan bebas memang mendatang banyak akibat buruk
risiko sangat besar di luar rumah.. tetapi nak simpan anak2 dara seperti mengokong kebebasan mereka pula.. jadinya, dindinglah anak2 daripada kejahatan manusia dan makhluk. kena ingatkan anak2 dara kita supaya sentiasa membaca al-quran, mudah2an menjadi pendinding diri daripada sebarang niat yang tidak baik oleh makhluk lain
BalasPadamErr....nak pergi masak air kat dapor ni. Nak bancuh Milo...
BalasPadam:D
@ckLah@xiiinam
BalasPadamminuman milo memang meransangkan
individu kak..he he
Salam..
BalasPadamMasa blajar dulu, ustaz ada bgtau satu doa...
Baca ayat "Hati Al-Quran" dan tiupkan di makanan atau minuman yg akan kita minum kalau kita rasa was2...
Jika ada santau atau apa sahaja utk kenakan kita, InsyaAllah, benda tu akan timbul, cawan akan pecah atau kita dapat rasakan sesuatu sebelum kita meminunnya...
harap wanita zaman sekarang bijak memilih kawan.
BalasPadamkes begini selalu kita dgr..
BalasPadamtp byk dengar berlaku di kelab2 malam atau disko krn dadah berkesan dgn baik dengan arak..
Aslmkm Zul.
BalasPadamSelamat Hari Raya. Semoga terus dirahmati & diberkati. Amin.
Memang sedih kerana anak2 gadis sekarang masih rapuh & mudah termakan pujukan.
Yang jelas, banyak yg tidak tidak kena dengan sistem pembelajaran & pendidikan kita. :(
risau la pulak kalau dah macam ni...
BalasPadamYa, ini selalunya kes yang malang untuk kaum wanita..Kalau nak sangat tu jangan la libatkan gadis yang baik. Seidh dengan kejadian yang semakin berleluasa ni.
BalasPadamMemang bahan ni byk dijual dipasaran gelap,hanya rm10.00 sebotol,bahan ini dipanggil " spanish fly"..hati org perempuan,kalau nak minum air tu,mintak dalam tin yg belum dibuka,kemudian jgn pergi tandas selagi air belum habis..masa tu lah air dimasukan dalam minuman anda :(
BalasPadamseb baik ku bukan jenis yg suka jumpa org asing. ehehe
BalasPadamsalam..kena berhati hati ye..dalam berjumnpa ngan seseorang ye
BalasPadamsalam....macam2 cara nak naye kat orh nih....
BalasPadam@Spanish Fly
BalasPadamBegitu namanya
Man..baru tahu
he he..