Salam semua..pengalaman menjadi mangsa banjir? Rasanya belum pernah lagi dalam hidup semenjak boleh berfikir sendiri, saya mengalaminya. Bagaimana dengan anda? Semoga bersabar atas dugaan yang Allah kurniakan pada kita,pasti ada rahmat di sebaliknya.
Emak pernah menceritakan pada saya sekitar tahun 1971, sewaktu saya baru di lahirkan dalam usia masih hari lagi, banjir besar telah melanda semenanjung Malaysia.Ini turut melibatkan negeri Pahang dan kawasan Jengka amnya.
Peristiwa tersebut sedikit sebanyak emak ceritakan walaupun "ingat-ingat lupa".Mak ada menceritakan sewaktu banjir melanda kawasan Jengka mangsa di pindahkan ke kawasan selamat oleh pasukan penyelamat Angkatan Tentera Malaysia dan menggunakan pesawat nuri.
Tidaklah mak nyatakan secara terperinci,tapi yang nyata mak katakan saya yang masih dalam hari umurnya telah bersama dengan mak menaiki helikopter tersebut ke kawasan penempatan mangsa banjir. Ermmm..pernah juga naik helikopter rupanya saya ni..he he.
Semenjak itu, kawasan Jengka 3 belum pernah mengalami banjir besar lagi setelah hampir 40 tahun peristiwa itu berlaku.Sesungguhnya setiap kejadian yang Allah jadikan pasti ada rahmat di sebaliknya,semoga kita menjadi orang yang sabar.Harapan saya biarlah berterusan di lindungi kawasan Jengka 3 dari segala mala bencana.Wassalam.
salam zulk..dikelantan banjir besar seingat makcik ialah dalam tahun 1967..ada cerita yg telah makcik poskan..penduduk kampung makcik keluar beramai2 bersembahyang hajat mohon Allah hentikan hujan..kalau tidak semua kawasan ditenggelami..kaw rumah makcik sudah jadi pulau waktu itu..
BalasPadamSaya tak pernah menjadi mangsa banjir...
BalasPadamTapi pernah menjadi mangsa kebakaran hingga tinggal sehelai sepinggang....
alhamdulillah tak penah merasa apa2 bencana lagi..mintak2 dijauhkan..amin..~
BalasPadamSemoga banjir terus surut bagi kawan tertentu... bagi Negeri Pahang sesama kita doakan semoga banjir tak jadi :)
BalasPadamsalam, saya juga ada banyak pengalaman banjir sewaktu kecil dahulu maklumlah penduduk tetap kelantan..tapi sejak akhir2 ni banjir dah jarang melanda kamoung kami..apapun saat banjir atau BAH memang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan
BalasPadamkome kala banjir besor, abislah zul...
BalasPadamkwsn kome duduk ni rendah. koi pulok xdaya ngangkat barang sakit tulang pongkeng.
1971 kawan baru darjah satu..masuk sekoloh je kena bawa berus..nak berus lantai..sekoloh habis masuk lumpur kena banjir..
BalasPadamzulkbo: pnh ada pengalaman umah dimasuki air tp bkn banjir besar!
BalasPadamSalam....
BalasPadamBanjir besar mmg bahaya terutamanya di kawasan berdekatan sungai...
Bestnya naik helikopter...bila la nak berasa naik helikopter....
Salam...
BalasPadamSaya pun pernah mengalami banjir hingga air masuk ke dalam rumah tapi taklah sampai kena pindah..
dulu2 punya banjir lg dahsyat..
BalasPadamdalam berita semalam mengatakan pahang akan dilanda lipahan air hujan yg banyak dlm pertengahan bulan 11 nih...harap2 tidaklah seburuk tahun 2007 dulu yg mana kome tak banjir tetapi terkepung takleh keluar....
BalasPadamdah 40 thn umr kita yek hehe.. sy pun bru lahir gaknya time tu
BalasPadamsalam en zul,
BalasPadamsaya pun tak pernah berhadapan dengan banjir dan berharap tidak perlu menempuhnya.. mudah2an..
pnh berlaki banjir ke? sy xthu plak? thnkz sbb beritahu dpt sikit info pasal banjir ni...
BalasPadamrumah saya pun pernah di tenggelami air pada tahun 2003...kita tahu dan dapat merasai keperitan hidup semasa banjir
BalasPadamalhamdulillah abg zul..stkt nie sy lum pernah alami lg huhuhuh
BalasPadamalhamdulillah walaupun cm orang pantai timur tapi kawasan rumah cm tak pernah kena banjir.Mak cm pernah kata "kalu rumah kita kena banjir,semua kat kota baharu ni tenggelam"
BalasPadambila pindah tinggal di putrajaya ni..anak anak tak kenal/tengok banjir lagi.Semoga mangsa mangsa banjir kat utara tanah air bersabar menempuh ujian...
salam... banjir 1971 merupakn antra memori indah yg ditinglkn arwah ayah utk emak ana swk2 awl pernikahan mrka.. t'syum ana mingtinya...
BalasPadamAl-fatihah buat ayah ana...
hmmm memang ada dengar cerita dari org2 tua..tebing sungai pahang air naik sampai bumbung rumah..ada sedikit mitos..ada naga keluar dari sungai pahang...
BalasPadamsop pun x pernah rasa banjir teruk (perlu berpindah).. dulu kampung selalu juga banjir ttp sekadar biasa sahaja.. selalu awah yg ditengelami air..
BalasPadammasa tu seronok main air, pergi memukat dan sebagainya..
skrg dah tak kot.. sbb peparitan tak baik..
salam,
BalasPadamwah baru beberapa hari dah merasa naik heli bro..hehe
sekarang ni bermula musim hujan dan banjir, kena sentisa berhati-hati
setakat ni di KL takde banjir besar sebegitu..
BalasPadamsemua itu ada hikmahnya..
harap mereka tabah menghadapinya..
semoga banjir lekas surut diutara ya..kita sama2 doa...
BalasPadamSalam BroZul,
BalasPadamMinta dijauhkan keluarga kita dari banjir.
setakat nie masih tak merasai dan pergi ke kawasan banjir.....lalu pernah lah..
BalasPadamate le cari surat kabo zaman tu mana le tau kot ada gambo posing kat heli ter
BalasPadamSalam...
BalasPadamPekan la yg banjir sokmo tiap2 thn..
Dok ujung sungai,dh nak masuk muara..
Abeh jer banjir di hulu air turun ke Pekan..
Tapi umah koi x pnah la kena teruk sgt kecuali thn 2007 baru ni jer...