Pelajar Di Kejutkan Subuh Dengan Seterika Panas



Salam..tertarik dengan berita ini..perlukah sampai mengejutkan bangun solat subuh dengan seterika panas? Rasanya dalam mendidik anak-anak memerlukan pendekatan yang berhemah.Inikan pula di asrama yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat buat anak-anak yang di tinggalkan ibu bapa untuk belajar.






PASIR MAS: Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas.

Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

"Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.

"Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat," katanya.

Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.

Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.

Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.

"Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul," katanya.

Katanya, dia turut ke sekolah tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada pengetua serta guru terbabit, namun mereka bukan saja tidak memohon maaf bahkan pihak sekolah turut mempertahankan tindakan guru berkenaan.

"Saya hanya mahukan keadilan, sekurang-kurangnya guru tersebut meminta maaf atas kejadian tersebut tetapi sebaliknya mereka mempertahankan tindakan tersebut serta memarahi saya dan meminta saya menarik semula laporan polis yang dibuat," katanya.

Katanya, Muhammad Fairuz yang merupakan anak kelapannya kini berada dalam keadaan trauma sehingga kadang kala enggan bercakap dan bertemu sesiapa serta takut untuk ke sekolah selepas peristiwa tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner (ACP) Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 13 Oktober lepas dan polis telah menahan guru terbabit yang berumur lingkungan 40-an untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata merbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atausebatan," katanya. 

BERNAMA



.
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 02, 2010

25 Komen:

  1. Seterika ke dia pulok baru tahu hehehe...
    Moralnya tak kena lalu buat gitu :(

    BalasPadam
  2. aduhaiii...macam2 sekarang nih

    BalasPadam
  3. subhanallah
    bakpela jadi gitu....
    allah kurniakan akal pada kita kan....
    mintak jauh lah...

    BalasPadam
  4. salam zulk..makcik terkejut cara cikgu tu..takkan tak ada cara yg lebih berhemah..kan susah kita juga..
    tugas guru sekarang banyak zulk..paperworks dari PPd terlalu banyak..yg tak berfaedah pun..agaknya dijadi barang simpanan bilik stor je..
    lagilah tugas nak menghabis sukatan pelajaran dan kerenah pelajar2..hai syukur zaman makcik dah tamat..dengar keluhan rakan2 sungguh bersimpati.

    BalasPadam
  5. salam,
    apa punya sengal laaaa... hilang kepercayaan makbapak kalau dah jdk camni... ish3x.. akai takdak...

    entry terbaru "mencari identiti blogger yang hilang"

    BalasPadam
  6. Ikut la cara Rasulullah berdakwah..
    Xde la kijam gitu gaye..

    BalasPadam
  7. Melampor warden ni..elok bubuh je sterika panas kat perut dia pulak..

    BalasPadam
  8. Kalau guna seterika memang kejam,kalau rotan tu biasa lah..

    BalasPadam
  9. pergh...lebeh arr tu...kejut je la bebaik....

    BalasPadam
  10. koi penoh jugek kene rotan masa di asrama dulu. seterika panas tu memang melampau la..

    BalasPadam
  11. mak aiii..pas nie nak ajak solat pun pakai seterikalah...huhuhuh

    BalasPadam
  12. salam,
    hairan jugak kenapa boleh terfikir nak guna iron nih.. nak kena tunggu full report dulu. bila seterika sudah ambil alih

    BalasPadam
  13. bengong cikgu tuh... pakai rotan sudah..

    BalasPadam
  14. salam..
    sgt tak patut..
    huhu..

    BalasPadam
  15. xfaham dgn guru sekarang...kalau tak guru wat hal...student plak wat hal...sungguh tak bleh buat contoh langsung tuh..

    BalasPadam
  16. sate pon ade bc cite ni...
    mb penjaga dorang ni ade sakit mental kot...
    tp harap2 akan diambil tindakan keatas manusia begini...

    BalasPadam
  17. agak2la..takkan la sampai guna seterika..melampau betul...nie yg menyebabkan budak2 takut nak gi sekolah..dah cikgu pon tak leh nak harap...banyak lagi cara boleh buat kan...ermm..

    BalasPadam
  18. Salam Zulkbo,

    ke cikgu ni ada mental prob.

    BalasPadam
  19. kerana seorang guru ini,
    sekali lagi nama semua guru jadi kelabu

    BalasPadam
  20. salam,
    mana boleh buat cam tue. banyak taktik lain yang boleh digunakan untuk gerakkan bebudak tue...

    BalasPadam
  21. Salam..

    apapun, kisah ini perlu dilihat daripada 2 sisi.. sisi cerita murid dah dengar.. kena dengar sisi cerita cikgu tu gak..

    anak murid skrg ni ramai yg dah pandai mereka cerita. kalau betul, biarkan undang2 yg menentukan.. buatnya cerita tu tak betul, tak ke namanya menganiaya? ;)

    BalasPadam
  22. kurang asam punya guru..

    BalasPadam
  23. teruk kan cikgu tuh,,banyak cara lain untuk mengejutkan pelajar, bukan dengan cara menyeksa, menekap guna seterika, kena api sikit pun dah sakit, nih kan plak sengaja ditekap.

    BalasPadam
  24. MMaYa Allah nape sampai jd gitu...tp apa2 pun kena siasat perkara ni..cari kebenarannya.

    BalasPadam
  25. ya allah gilar tul la cikgu nie... tak ada cara lain lagi ke?? nak suruh budak bangun iskk..isk...

    BalasPadam