Salam semua..sekadar berkongsi kisah saya dengan beberapa pelancung dari Arab Saudi. Kisah berkisar sekitar tahun lepas dan beberapa minggu sebelum ini sahaja.Bukan mengata sesiapa sekadar pengajaran dan iktibar buat kita semua.
Kisah pertama sekitar tahun lepas,sekumpulan pelancung dari Arab Saudi anak beranak, kelihatan seronok bermain air hujan ketika saya dan rakan melarikan diri dari hujan tersebut untuk mencari tempat berteduh.
Bersembang antara kami dan ada yang mengata kata-kata sinis," keluarga arab tesebut ibarat "jakun" yang tidak pernah jumpa hujan, tanpa malu lagi berseronok main hujan di tengah kesibukan orang ramai" [sindir rakan].
Pada saya, mereka mensyukuri nikmat hujan yang jarang sekali mereka dapat di tanah air mereka,sementelah lagi setahun sekali sahaja khabarnya hujan di sana.Berlainan dengan kita bila hujan mengeluh..di tambah musim banjir kebelakangan ini.
Kisah 2.. terjumpa seorang pak arab yang bersolat jumaat di masjid KLCC, berseluar pendek bawah paras lutut.Berkemungkinan, kebetulan lalu dan masuk waktu solat jumaat, jadi terus sahaja beliau bersolat tanpa menukar seluar.
Yang menjadi persoalannya bolehkah solat dengan seluar begitu?Ternyata bila beliau rukuk dan sujud jelas sekali seluarnya menjadi singkat menampakkan lutut.Ermm..di tegur oleh jemaah lain,entah apa jawapannya.. macam bunyi tidak berpuas hati pulak.
Realitinya, tak semua Pak arab itu maksum.Setengahnya menganggap diri mereka moden dan pandai belaka, kerana bahasa Al-Quran bahasa ibunda mereka.Jadi anggapan mereka adalah bangsa yang perlu di hormati oleh semua muslim, tanpa boleh di tegur kesalahannya.Wassalam.
salam..
BalasPadamorang arab suke datang bercuti kat malaysia..
gamaknye teruje sangat bile hujan turun..
tu yang dia main hujan tu :)
err.. mazhab dorang lain2..
kekadang dah bertentangan dengan ajaran islam.
tu yang pelik tu.
ade yang bawak anjing masuk mcD kat mines..
anjing tu dia letak dalam beg kertas..
pelik2 aje..
salam,
BalasPadamjgn eksen ler pak arab oii... semua manusia mati pun nanti malaikat tanya dlm bahasa arab, so dgn sendirinya kita pun ckp arab jugak dlm kubur... wallahualam
salam zul...
BalasPadamOrang Arab pun bukannya betul sgt..mcm2 cerita kita blh dengar dari mrk yg berkunjung ke sana.
x terbayang pak arab main ujan...apapun...sy juga suka main hujan...apa salahnya kan...ngeheheh
BalasPadamsalam itu..setuju itu..mereka hanya sebuah bangsa..kerana itulah nabi kita diturunkan di kalangan bangsa arab yakni untuk membimbing mereka ini
BalasPadamMCM2 JNS MANUSIA KAN...SKRG ARAB DA RAMAI YG MODERN..KAT MSIA NI TAK RAMAI ARAB YG BERPURDAH..RAMAI YG DAH FREEHAIR
BalasPadamSalam...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya...
Memang mereka (orang Arab) pun ada yang kurang ilmu agamanya...
pak arab ni selalunya ikut kapla diorg aje, sesukasuki dia je
BalasPadampnah gak nampak minah arab dengan tutuip mukanya, tetiba selamba dekk je mengembusss... merokok. cet!
BalasPadamSalam...
BalasPadamBest kan dapat tgk gelagat org...dapat hiburkan hati jgk...
Salam...
BalasPadamBangsa arab adalah bangsa paling sombong dan kasar..mujur majoriti beragama Islam..klu dorg semua kafir bygkan jelah dunia ni cemane..tgk org arab Israel tu sudah..
macam2 pesen ye pak arab ni semua.
BalasPadamsalam zulk..makcik setuju dgn zulk..bukan semua orang arab tu warak,tahu bab ugama..mereka ni keluar je dari tanah air mereka,berlagak lebih barat ..tak segan silu tunjuk kebaratan mereka..masa makcik di us dulu,berkawan dgn mat salih dan berlagak macam mat salih tanpa segan silu kissing depan orang..wp tak semua tapi menjejaskan imej arab mereka..yg herannya berugama islam..yg kristian tu tak kisahlah kan.
BalasPadamSalam Zul..mmg kawan sokong juga.. bukan semua Pak arab ini molek perangainya dalam erti kata lain terkadang dia lagi teruk drp kita :)
BalasPadamsy pernah bekerja sbgai salesperson di satu kedai...tetibe minah arab yg btol2 moden dgn berpakaian seksi masuk ke kedai tu... berlagak betul..pandang mcm sy ni bertaraf rendah konon2nya hanya bekerja as salesperson... bila sy speaking...trus terkulat2 dia nk menjawab... padan muka... buat hati org panas je...
BalasPadambila sy bc blog2 minah arab..ramai yg dh berfikiran liberal... dorang islam tp bela anjing...berpakaian seksi dan sebagainya....
@zella y | Mak Cik Yam
BalasPadamadusss,sedihnya kadangkala
modennya mengalahkan orang barat
besetuju juga dengan kata2 Mak Cik Yam..
Main judi kat Genting Pak Arab banyak juge..
BalasPadamnama pun manusia , walau apa bangsa pun ada yang baik ada yang tidak...cuma mereka agak beruntung kerana al-quran diturunkan dalam bahasa mereka.
BalasPadammmg ada kan yg solat bg pompuan plak tak pakai telekong.. lain tmpat lain plak caranya..
BalasPadammemang pelik org arab nih...
BalasPadamkat tempat diorang semuanya bertutup linkup...keluar je dari negaranya....macam dunia ni diorang punya! dalam jubah pakaian mengalahkan kita!
BalasPadamyg kisah 1 mmg kita patut contohi arab sbb syukuri nikmat hujan yg kisah 2 tu mmg xptut ikut ade plak pakai seluar pendek? adoi...
BalasPadamwanita arab cantik2..
BalasPadam:)
salam bro.. orang arab ni memang kasar sikit.. gurau diorang pun lain macam.. nanti sy pun nak tulis pasal ni lah kat tubelawak.. dah ada bahan2 dah nak tulis.. adat + tradisi + mentaliti orang arab ni tak sama ngan melayu kita.. hahah.. melayu kira ok lagi.. tertib sikit..
BalasPadamarab ngan yahudi tu sepupu je, nasib baik Allah utuskan nabi MUHAMMAD SAW tuk betulkan dorang
BalasPadamassalamualaikum bro zul
BalasPadamsaya pernah berkerja dgn masyarakat Arab.
rasanya, tak semua mereka macam tu,kan.
Betul cikgu Isza cakap,wanita Arab
cantik,:)
mungkin pada cerita 1,mereka mensyukuri
nikmat Allah yang bernama hujan.
salam
BalasPadammemang benar sekali, puak2 ni antara yang tak boleh dipercayai... banyak juga kes yg didengar, abang saya pernah buat part-time bawa teksi, macam-macam cerita dia kongsikan pasal puak2 tu huhu
huhu..
BalasPadampak arab bab solat memang belasah jer..
ade yg siap bertatoo lagi tuh..
-_-"
tak pastilah... mungkin mazhab lain.. tak pasti ??
BalasPadamsalam zul
BalasPadamAllah tidak melihat asal keturunan tetapi melihat ketaqwaan seseorang
arab ke melayu ke, sama
salam.
BalasPadampengalaman saya juga, orang arab ini cukup teliti dalam menjaga akidah terutamanya bab syirik tetapi bab fiqh mereka agak longgar sikit kerana memang banyak mazhab dan fahaman yang sering khilaf antara satu sama lain.
kita pula cukup teliti tentang bab fiqh dan agak longgar dalam akidah .. tu yang suka jumpa bomoh tu.
sedangkan dosa syirik itu tidak di ampunkan Allah kecuali bertaubat yang sebenar2 taubat.
wallahua'lam.
Salam Zulkbo.
BalasPadamBenar agaknya di tempat mereka jarang hujan, jadi ambil peluang menikmatinya.
Bab solat berseluar pendek tu, dia tak hayati adab-adab bertemu Allah.
biasalaaa...tp kadang2 ada juga minah arab yg slumber sound org kita bila dia tgk cara kita solat seakan tak kene pada mereka..ni pengalaman adik saya sendiri masa solat di masjid UTM skudai..
BalasPadamsalam....abg zul
BalasPadamermmm pelik memang pelik tapi kan??
mazahab diorang kan tak sama ngan kita tul tak??
entah la wallaualam...