Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.Harganya yang murah dan senang di dapati di mana-mana.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Begitulah banyaknya khasiat pisang dalam hidup kita, jadi rasa menyesallah pada sesiapa yang alah memakan pisang . Bagi rakan cina di tempat kerja saya, mereka selalu memandang enteng dengan buah pisang ini kerana beranggapan murah dan makanan orang biasa. Hari ini saya pula makan banyak sangat,sampai dah 2 kali ke tandas..he he..Wassalam
salam zulk..wow banyak sungguh khasiat pisang ni ya..baguslah sebab kita dapat membelinya dgn murah dan boleh dapat sepanjang tahun.kalau yg rajin tu dapat tanam sendiri debelakang rumah.
BalasPadammemang banyak khasiat buang pisang ni..lagi2 masa bersukan..saya biasanya kalau ada tournament futsal or bola mesti bawa seikat pisang..kire mcm pemberi tenaga la.. :)
BalasPadamhaaa... betul tu... saya mmg suke makan pisang, tiap2 minggu mesti beli sesikat...
BalasPadamPempuan xleh mkn pisang byk2..
BalasPadamSkali skala xpe la..ade baca dlm
magazine aritu..Pisang,labu,tembikai n ciku
pempuan xleh mkn kerap2.. :)
@Cik SHiNJU
BalasPadampuloks..??
cer kabor apa masaalahnya ter?
@My Little Diary
BalasPadamsesikat mana cukup..
jom beli setandan..
huhu..
salam...
BalasPadambanyaknye khasiat pisang rupanya...tapi org kata sape2 yg ade kencing manis jgn sekali2 makan pisang ia meningkat lagi kadar kencing manis serta merta, iye ke tidak tak tau la...
ompuan x leh mkn byk2 pisang kerana sifatnue sejukkkk heheheh
banyak betul khasiat pisang ni kan...tp yg paling sy tak tahu pasal kena gigitan nyamuk tu...baguslah dapat info mcmni...so pasni hari2 kena beli pisang...
BalasPadamSalam zul mmg kena betul N3 ini sebab kawan baru aje makan pengat pisang nangka :) mmg best.
BalasPadambagus info ni tapi kalau kencing manis, jgn carik pasal dgn pisang!
BalasPadambak kata doktor, ketahui apa yg anda makan.
salam.
BalasPadampatutlah abah selalu beli pisang.hekhekhek :D
Salam sdra..
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Biasanya kalau saya pergi jogging saya bawa sebiji pisang embun. Dalam masa jogging tu nanti berhenti rihat kejab utk minum dan makan pisang sikit...pastu sambung balik jogging :)
salam en zul,
BalasPadammemang buah pisang dilarang keras untuk pengidap kencing manis kerana mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa tuuu..
Tak sangka pisang mempunyai khasiat untuk memulihkan tenaga
BalasPadamsuka makan pisang emas...erm...gambar pisang nampak menyelerakan sekali...
BalasPadamfavret saya ni.
BalasPadampernah buat n3 pasal pisang juga dulu.
semasa mengandung anak2 ; makan 3-4 sisir seminggu.
Malu nak kabo..huhuh..
BalasPadamtakut pisang buah dua kali
BalasPadamsalam,
BalasPadambanyak khasiat rupanya pisang ni. anak2 saya gemar makan pisang ni:D
salam
BalasPadamsaya memang sangat suka makan pisang
setakat 3, 4 biji hanya dalam kereta je [selepas beli]
hehehe
Sop pun pernah buat entry ttg pisang nih.. :)
BalasPadammmg bagus makan pisang
salam...
BalasPadambanyak khasiat pisang..
saya suke makan pisang berangan & tanduk..
sy mmg suka mkn pisang ngan apple...hehhehe ;)
BalasPadamsalam
BalasPadampak mentua Hana hari2 dok amal pisang sjak muda..patotlah dia awet muda.. sb toxin dibuang hari2..hehehe
oleh itu, Hana dh ikut jejak langkah dia juga sekarang..
nmpak tak Hana awet muda?
la..la..la...
makan kalu ada je...
BalasPadamkalu orang dok beli dok makan
hehehehehehe
Salam....
BalasPadamSedapnya pisang....tp xleh makan byk la.sakit lidah...lidah nipis.kalau makan nenas lg teruk...
dua biji pisang bertenaga sampai 90 minit.
BalasPadamtak payah le beli ubat lain untuk kuat tenaga.
Kome suka kulit pisang tanduk..
BalasPadamوعليكم السلام ورحة الله
BalasPadamTerima kasih semua kerana
sudi singgah dan mencoretkan
komen anda di sini..amat saya
hargai..jazakumullah khairan..