Salam semua..saya dan anda pasti tertanya-tanya berkenaan misteri kereta Kia dalam gaung yang di temui seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di situ.Kemalangan seandainya berlaku terdapat kesan-kesannya, tetapi ini tidak? Ermmm..memang kita semua di selubungi misteri...
KUALA LUMPUR: Polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta jenis Kia Spectra dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 35.4 Genting Sempah dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata ini kerana polis tidak menemui sebarang bukti untuk dikaitkan unsur jenayah dengan penemuan kereta itu. "Kalau ada berlaku kemalangan mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar atau jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata polis masih cuba mengenal pasti pemilik kenderaan itu dan masih meneruskan usaha mencari bukti di kawasan berkenaan."Kereta tersebut tiada nombor pendaftaran menyebabkan pemiliknya sukar untuk dicari dan kita sendiri tidak ada menerima sebarang laporan tentang kehilangan ahli keluarga," katanya.
Kereta itu ditemui pada 3 petang semalam oleh seorang pemandu trak tunda yang kebetulan lalu di kawasan itu. - BERNAMA
Lagi berita bergambar anda boleh dapatkan di laman blog ini:
Salam zul mmg pelik juga bender ini, apapun kita kena tunggu hasil siasatan pihak Polis nanti.
BalasPadammacam2 terjadi..tunggu dan lihat saja
BalasPadampelik..hurmm
BalasPadam1)(Tutorial) Cara Mudah Print Screen Penuh Pada Web / Blog
2)5 Coklat Yang Termahal Di Dunia
Salam BroZul,
BalasPadamAda yg nak claim keta hilang kottt..
Tapi apa-apa pun kena tunggu siasatan polis.
ade nengok kat tv td..
BalasPadammcm pelik jer...tibe ade kat dlm gaung tu...
baca juga berita tadi..
BalasPadamkete jer ada..
pas tu tiada kesan terbabas plak..
kes buang kereta nih... huhuhuh
pelik betul.
BalasPadamharap2 jumpa la pemilik kreta tu
Salam zul,
BalasPadamMacam2 kisah manusia sekarang, mungkin ada mulihat tertentu.. yang diluar pengetahuan kita..
salam,
BalasPadamtak dak mayat lak dlam keta tue...?
macam2 ada......ish3
BalasPadamKot dia banyak sangat kereta dak..buang sebijik dalam gaung..
BalasPadam@relevan
BalasPadamRasanya jemu dah buang
je la..ha ha
Keta Kia x laku jual balik..
BalasPadamcampok dlm gaung jelah gamoknye..huhuh :p
CSI yg menarik ni...misteri sbb tiada sbrng tanda kete tu melanggar penghadang jln...@ dicicirkan ke bawah ole trak tunda lain...???mgkn jenayah terancang...claim insurans,cubaan menghapuskan bahan bukti..tunggu hasil laporan selanjutnya...
BalasPadamJenuh meneka dalam kesamaran tapi masih tidak mampu merungkaikan dengan logik akal....
BalasPadamharap2nya bukan sebarang jenayah pun.. banyak sangat jenyah sekarang ni..
BalasPadamSalam sdra...
BalasPadamInsya Allah lepas ni boleh kesan si pemilik kereta tu kalau dpt nombor chasisnya...
salam Bro
BalasPadamngerinya cam ni
suspend lah
harap2 everything ok
maaf lamabta membalas kunjungan saudara
sibuk raya,:)maklumlah kat Pahang raya aidil adha kan meriah sangat bagi saya
bz sgt sampai tk sempat baca paper..daripada dibuang kan ke bagus bg kat sy yg takde kereta ni kan...
BalasPadamNgerinya!
BalasPadammisteri betul.... curam pulak tuh...
BalasPadamsalam, zul
BalasPadamkalau tiada kemalangan, mesti ada yang buat hal
takkan jatuh dari langit begitu je
rasa2nya makhluk asing tak guna kereta