Kenangan Haji Dulu- Dulu

Salam semua, belumlah sampai lagi saya ke sana..sekadar berkongsi pengalaman orang lain yang dapat dijadikan renungan kepada kita semua. Di ceritakan sewaktu awal 60 an dahulu arwah Tok Wan saya ke Mekah menggunakan kapal laut dan belayar sehingga berbulan-bulan berbanding sekarang yang hanya sepertidur sahaja sudah sampai ke Mekah.


Seperkara menarik lain yang saya dengar, seandainya ada kematian sewaktu pelayaran ke tanah suci tersebut maka jenazah akan di kebumikan di laut sahaja. Selepas jenazah di mandi, dikafan dan disembahyangkan, jenazah tersebut di semadikan di  laut.
Orang zaman dulu memang bersungguh-sungguh apabila bersiap untuk ke Mekah setiap kali tiba musim haji. Pelbagai persiapan di lakukan termasuk menjual tanah untuk mendapatkan bekalan wang yang cukup seandainya terkandas di tanah suci.


Maka tergadai tergoloklah kebanyakan tanah-tanah yang ada kerana kebanyakan yang ke sana seolah mengharapkan mereka meninggal di sana dan di kebumikan dekat dengan Kaabah.

Terdapat juga ramai di kalangan jemaah haji yang meninggal dan di kebumikan disana. Tok wan saya juga pernah menceritakan ramai yang kematian isteri di sana akan pulang semula ke Malaysia dengan beristeri baru..ermmm,macam-macam..

Dalam Lipatan Sejarah

Peristiwa

670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.

Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.

Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.

Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.

Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.

Sumber:Berita Harian

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, November 14, 2010

26 Komen:

  1. Baru2 ni ada membaca buku travelog catatan haji semasa zaman kapal laut tu. Tak ingat tajuknya...


    Pada tahun 1974, ckLah ingat lagi...menghantar aruah atuk di Pelabuhan Klang. Macam2 bekalan, siap dapur minyak, beras, ikan bilis...

    BalasPadam
  2. Salam Zul insyaallah suatu hari kita akan sampai kesana berkat doa dan usaha kita. Banyak kelebihannya jika meninggal disana yak.

    BalasPadam
  3. @akuanakpahang (AAP)

    Salam Yassin..
    kabornya arwah ayah aok
    di kebumikan di Mekah..Al-Fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  4. Salam zul ,

    Mencabar sungguh org dulu2 kans..
    rasa insaf sangat .

    BalasPadam
  5. Salam sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Sdra rancang nak mengerjakan haji bila agaknya ya? Buat haji masa usia muda-muda ni sangat seronok dan mudah...

    BalasPadam
  6. salam
    jauh sangat bezanya nak dibandingkan dengan zaman skang kan??
    moga2 kita juga akan terpilih untuk kesana..amin

    BalasPadam
  7. xpenah tahu pon..sampai berbulan2 belayar..
    hmm..mcm tu cara diorng kebumikan jenazah..hmm

    Hah ! Keyword Paling Panas Di Malaysia, Semuanya Lucah?

    BalasPadam
  8. Salam ...

    A'ah...baru2 ni tgk kat astor oasis org dulu g haji naik kapal..6 bulan baru sampai..kalau org meninggal kebumi di laut jelah..

    BalasPadam
  9. @Abd Razak

    Terima kasih komen saudara..
    insyaallah..niat tu dah ada..
    selainnya takdir Allah..

    BalasPadam
  10. berita baru2 nh...tambang haji akan dinaikkan lagi tahun depan..

    BalasPadam
  11. Aslmkm Zul.
    Kak G sempat merasa suasana 'keseronokan' menghantar orang pergi haji naik kapal laut di Penang - Rasa macam pergi untuk pesta di Padang Kota tu. Ya la masa tu masih kanak2 lagi ... tahu seronoknya saja la. :)
    Juga seronok dengar cerite arwah Tok mengenai perjalanan dengan kapal laut tu serta pengalaman mengerjakan haji era itu.
    Bila pergi sendiri di era ini dengan kapal terbang pun penuh rasa seronok, penuh syukur & insaf!

    BalasPadam
  12. lama jugak la 6bulan baru sampai,kalau sekarang 9jam sahaja..itupun ada yg dah mampu tak nak pergi he3..

    BalasPadam
  13. Menonton pihak Tabung Haji menguruskan jemaah haji memang berbeza pada zaman dahulu. Tengok ceiling bangunan Tabung Haji di Mekah siap pakai plaster ceiling

    BalasPadam
  14. @mankuchai

    Ermmm..ye la Man,lagi
    mudah lagi orang tak
    hargai..iman pun kurang
    bila ada yang haji express
    pun ada..macam-macam???

    BalasPadam
  15. susahnya zaman dlu kan.. zaman sekarang byk kemudahan.

    P/s : kpd semua blogger.. jom support sy and berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah juga..

    Join tau ... :(

    http://miraclesoflifeonline.blogspot.com/2010/11/support-saya-and-anda-berpeluang.html

    BalasPadam
  16. heee dapat aji dan mak aji skali yea...

    BalasPadam
  17. salam...

    zaman dah berubah....jgn heran 50 tahun nanti jemaah pegi haji dgn menggunakan roket pulok..

    BalasPadam
  18. salam
    pengorbanan dalam mencari keredhaan Allah

    BalasPadam
  19. berbeza walau niat yang sama..
    semoga kita berkesempatan sebelum lanjut usia..

    BalasPadam
  20. Salam zul,
    Saya juga masih ingat tentang kapal air nie yang membawa jemaah haji ke Mekah. Semasa kapal mula belayar kita melambai-lambai tangan, ada yang bertangisan..

    BalasPadam
  21. Salam...

    Ustaz Love teringin nak pergi Mekah lagi... tapi bajet sangat terhad... semoga dapat la peluang menunaikan haji sebelum mati...

    BalasPadam
  22. Salam..

    Teringin jgk nak ke sana kalau ada rezeki, InsyaAllah..

    Dulu Ustaz di sekolah pernah cerita ttg haji zmn dulu. Kalau ada kematian dlm perlayaran, mayat akan diikat dgn batu dan dibuang ke laut supaya tenggelam...

    BalasPadam
  23. zulkbo:ada jg dgr citer dr nenek ttg org dulu2 yg pegi naik kapal ni...tp smgt diaorang kuat kannn nak enunaikan ibadah haji ni....:)

    BalasPadam
  24. Tiba tiba timbul isu naik haji dengan kapal laut,sewaktu berbual selepas solat Asar petang tadi di Surau Al Firdaus Sungai Lalang.Walaupun ini post lama,tentu masih bolih kita bincangkan kerana ilmu tiada terhad masanya
    1-Jangka masa tu tak lah sampai 6 bulan,tetapi paling lama 3 bulan saja.
    Bapa Pakcik antara jemaah terakhir dengan kapal laut pada 1974.Walaupun sudah lama,tetapi dari semakan diary,itulah jangka masanya.
    2-Tambang waktu itu sekitar RM970.00 sahaja.Ada tanbahan lagi yang akan diminta olih Sheikh yang menguruskan jemaah disana.
    3-Setiap jemaah akan membawa tong yang dinamakan "tong sarah" merujuk SARAAN untuk perbelanjaan disana.Berat sampai 4 orang memikul.
    4-Perjalanan dari Jeddah ke Madinah masih menggunakan unta dan kalau ada lori pun jumlahnya kurang.Sekurang kurang,kalau nak tengok contoh,tengoklah apa yang Jemaah Iran lakukan sekarang,bas tanpa bumbung.
    5-Walaupun alami kesusahan untuk mengerjakan Haji,tapi manusia belum ramai.Jadi ibadat dapat dilakukan dengan lebih sempurna.
    6-Bawa balik isteri baru selepas isteri meninggal di Mekah mungkin gurauan Tok Wan adik sahaja,kerana orang zaman dulu ke Mekah dengan itiqamah dan kasih sayang yang padu antara suami isteri

    BalasPadam