Salam Aidil Adha 1431 Hijrah semua, menunaikan haji ke Mekah bagi yang berkemampuan adalah ibadat yang terkandung dalam Rukun Islam dan mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah dahulu.
Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah juga disebut Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Bagi yang tidak mengerjakan haji sudah tentu sibuk dengan persiapan melaksanakan niat korban yang diraikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Bagi yang sudah biasa dengan ibadah haji dan korban, mungkin tiada kemusykilan. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan ibadah korban ini sudah tentunya banyak kemusykilan dan persoalan yang bermain di dalam hati. Berikut terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.

Umur haiwan korban dikelaskan begini:
1. Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.
2. Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.
3. Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.
Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula ialah haiwan al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak cacat. Cacat yang dimaksudkan termasuklah:
1. Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit,
2. Buta sebelah mata atau kedua-duanya,
2. Buta sebelah mata atau kedua-duanya,
3. Gila atau berpenyakit,
4. Berkudis walaupun sedikit,
5. Tersangat kurus atau terlalu tempang,
6. Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.
Daging korban pula terbahagi kepada dua iaitu korban wajib atau nazar, dan korban sunat. Daging korban wajib atau nazar wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut.
Bagi korban sunat pula, sunat hukumnya bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripada daging tersebut.

Dalam berkorban juga terdapat beberapa pantang larang yang telah digariskan dalam syariat, iaitu:
1. Haram menyedekahkan daging korban kepada orang kafir.
2. Orang yang melaksanakan korban atau warisnya tidak boleh menjual daging, kulit, bulu atau mana-mana bahagian haiwan korban tersebut.
3. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan dengan jalan sedekah atau hadiah.
4. Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan hendaklah ditanam. Elak dibiarkan bersepah sehingga dimakan haiwan lain seperti kucing atau anjing. Ini adalah satu adab dalam pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Jika tidak disengajakan, maka tidak berdosa.
5. Jika telah bernazar untuk korban haiwan yang sudah ada kecacatan, maka wajarlah dilaksanakannya juga.

Semoga dengan panduan ini dapatlah kita sama-sama menjadikan ibadah korban sebagai amalan tahunan kita, wassalam.
- Rujukan
Banyak manfaat disebalik Ibadah Qurban ini sebenarnya
BalasPadamsalam
BalasPadammasyarakat kita di malaysia biasa dengan lembu je sebagai binatang korban
salam aidil adha! :)
BalasPadamSalam Aidiladha buat en zul sekeluarga juga..
BalasPadamsaya pernah sekali jer menyaksikan aktiviti korban dijalankan.. anak saya along nampaknya masih ingat tapi adik sudah lupa...
esokpun hanya sempat beraya waktu pagi hingga petang jer.. malam suami dah kerja balik.. itulah pengorbanan suami untuk keluarganya...
selamat hari raya kurban :D
BalasPadamperkongsian ilmu yang bagus bro.. tq
BalasPadamTerima kasih zul berkogsi info yang baik. Salam aidil adha! :)
BalasPadamSalam Aidil Adha,
BalasPadamBro tak buat korban ker tahun ni..
Salam Aidil Adha. Berkorbanlah seikhlas mungkin
BalasPadam@mankuchai
BalasPadamTahun lepas sudah..
tahun ni tiada..
mungkin tahun depan pula..
insyaallah..
selamat hari raya..
BalasPadamsalam aidil adha,
BalasPadambaru tau ada korban wajib & korban sunat..
entri yg bagus, info yg berguna ;)
BalasPadamslmt hari raya :)
Salam bro zul...
BalasPadamNice info.. Jazakallah ;)
salam aidil adha untuk anda sekeluarga!
BalasPadamsalam aidil Adha buat Zul sekeluarga
BalasPadam