Datuk M. Daud Kilau Dan Aku






Zapin Datuk Temenggung | Datuk M.Daud Kilau

 Lirik lagu

seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung


wahai adikku si bunga bangsa
hormatlah pada ibu dan ayah
pakai nasihat simpan didada
itulah suluh dihari muka
pakai nasihat simpan didada
itulah suluh dihari muka


seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung


tekun belajar setiap hari
jangan kau malas nanti kau rugi
tiang agama engkau tuntuti
supaya senang di akhir nanti
tiang agama engkau tuntuti
supaya senang di akhir nanti


seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung


akhir skali abang berkata
nasihat abang jangan kau lupa…
pada negara jangan derhaka
agar hidupmu aman sentosa


Asyik dengar lagu ini di tv setiap malam,teringin juga nak masukkan dalam blog.Inilah antara penyanyi kegemaran ayah saya dan ada kenangan manis kami bersangkutan dengan Datuk M.Daud Kilau 33 tahun dahulu.

Kisah bermula semasa kecil dahulu sekitar umur saya 7 tahun.Ada show M.Daud Kilau di Jengka 4,dan kami tinggal di Jengka 3.Tidaklah sejauh mana, tapi kisah 33 tahun dahulu bayangkanlah..tentu menarik untuk di kongsi di sini.

Ayah yang peminat tegar M.Daud Kilau masa itu pasti tidak melepaskan peluangnya.Kami sekeluarga seramai 5 beranak menaiki motosikal honda 90 ayah sekali harung.Nasib baik badan kecil belaka.Bayangkan,ayah ,mak,abang Din,adik Ani dan saya.Minat ayah punya pasal kita orang ikut sahaja.

Secara realitinya saya berumur 7 tahun, mana lah minat perkara sebegini,tapi pernah terdengar lagu penyanyi ini bila ayah pasang kaset di rumah maka ikut teruja sekali.Lagipun tak kan ayah nak tinggalkan anaknya seorang di rumah, jadi angkut semua..he he.

Biasa dah, bila show zaman dulu di kelilingi tembok zink dan pentas di dirikan di tengah padang Sekolah Rendah Jengka 4. Punya lah ramai yang hadir, sampai bersesak.Almaklum penyanyi popular datang ke Jengka, seluruh warga Jengka yang berkesempatan hadir rasanya.

Harga tiket saya dah lupa, lagipun ayah yang belikan.Show bermula, dalam keramaian orang tu perut lapar la pulak..ermm, cuit ayah kata nak beli kacang kuda.Ayah cakap sekejap nanti.."M.Daud Kilau nak nyanyi dah lagu Cek Mek Molek ter..." leka benar  orang tua tu..SAYA MERAJUK..

Bawak diri pergi tempat ayah parking motor, duduk tunggu di sana..kononnya nanti ayah datang pujuk.Mak pula sibuk nak jaga abang Din dan adik Ani, maka harapan mak  ayah akan jaga saya.Dalam keramaian orang tu ayah tiba-tiba terperasan saya hilang.

Makk aihhh...panik orang tua ku,orang ramai..mana nak cari anak jantan sorang yang suka merajuk ni.Tapi akal ayah ku ada, di beranikan diri naik ke pentas cuit M.Daud Kilau yang tengah menyanyi tadi..he he..panik pulak M.Daud kilau bila ada peminat melompat naik pentas.

Masa tu mana ada body guard macam sekarang, orang dulu-dulu semua bersopan.Jadi yang melompat naik pentas di kira pelik dah.M.Daud Kilau salam tangan ayah seraya bertanya "kenapa encik?"Ayah jawab..ANAK SAYA HILANG..alahai, di sahut ketawa orang ramai..(kesian ayah..)

Setelah "out off microfon" dan ayah terangkan, M.Daud Kilau dengan senang hati membuat pengumuman yang "pada sesiapa yang terjumpa kanak-kanak seperti saya sila pulangkan pada ayahnya.."dan saya yang terdengar pengumumam tersebut dengan sendirinya cari ayah di pentas.

Kesian ayah jadi malu la pulak di sebabkan saya yang merajuk ni..he he..sampai sekarang kisah ini dalam memori dan lawak ayah bila kami sekeluarga berkumpul.Terima kasih pada ayah yang sabar..tak marah pun kat saya, malah lepas tu bukan kacang kuda,buah tembikai pun di belikan.Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 04, 2010

27 Komen:

  1. salam,
    oooo kecik2 kuat merajuk rupa2nya... hehe... glamoo lah ayah awak ye... naik pentas, pastu dpt bersua muka dgn penyanyi fofular masa tu...


    entry terbaru "aku dan 3 lelaki"

    BalasPadam
  2. Ya Allah, hakir dah lama mencari lagu ini, baru sekarang hamba ketemu, terima kasih ya tuan zulkbo...

    Bila baca coretan tuan dan membanding-bandingkan dengan orang sekarang, hamba hanya mampu mengeluh, aduhai anak bangsa...
    Terpegun hamba bila membaca bahagian tentang kesopanan orang dulu-dulu...

    BalasPadam
  3. salam zulk..ketawa makcik membacanya..time lompat pentas tu lucu sungguh.
    oh kuat merajuk ya..cuba lari sekarang ,dibawa lari ke orang pula..hehe..
    janganlah merajuk tu sampai sekarang,tua2 begini tak ada yg nak pujuk nanti.

    BalasPadam
  4. 1 ringgit 2 ringgit 3 ringgit ampat ringitttttttt...sploooo ringit!

    BalasPadam
  5. @Ibnu Jamaluddin

    alhamdulillah..
    kesukaan saya juga
    Tuan Ibnu..sesamalah
    kita berkongsi..

    BalasPadam
  6. @relevan

    ha ha.lagu GILA JUDI
    tu memang behhh..koi
    pun suka..pengajaran
    buat kaki judi..

    BalasPadam
  7. salam zul..

    Banyak kenangan manis masa kecik2 dulu yg tersimpan dlm memori..
    kuat merajuk juga aok ye hehe..

    BalasPadam
  8. Zulkbo...
    Pakcik ni berjiran dengan rumah mertua saya di Bagan Datoh...Selalu juga makan sekawah masa kenduri kendara. Hi..hi...

    Lama dulu rumahnya jadi lokasi penggambaran Man Laksa...Lagu2 dia memang meriah.

    BalasPadam
  9. senyum lah senyum la ahai cik mek molek...buas juga deme yek heheheh

    BalasPadam
  10. ni kegemaran bonda melor ni n melor pun suka gak

    BalasPadam
  11. Popalit yak kuat ngat merajuk hehehe...jgn sampai ke tua susah org rumah hehehehe:)

    BalasPadam
  12. salam en zul,
    jangan lepas ni isteri tercinta kena buat pengumuman pula sudahlahh..
    :D

    BalasPadam
  13. SALAM,
    SERONOK BACA N3 INI. MASA DULU2 KALAU HILANG, MASIH BOLEH CARI. TAPI SEKARANG, JANGAN BUAT MAIN. NAMA KENA MASUK AKHBAR ESOKNYA !

    BalasPadam
  14. m daud kilau....nama yg sinonim dgn tarian gelek....yg takde lawannya kat malaysia ni...

    BalasPadam
  15. Salam...

    Oooo..kuat merajuk rupanya...
    La ni jenuh si isteri nk kena pujuk....

    BalasPadam
  16. saya pun suka lagu ni...

    BalasPadam
  17. salam,
    wah sesekali dengar lagu dud kilau memang best, rilek dan santai...saya suka lagu2 dia

    BalasPadam
  18. salam
    saya suka dengar lagu 'gila judi'
    peringatan untuk diri agar tidak cuba2 libatkan diri dengan judi

    BalasPadam
  19. ALAHAIII TAK MINAT LA PLAKK DAUD NI..;)

    BalasPadam
  20. salam abg zul...mak aiii..klasik betul kisah diatas..tergelak sy

    BalasPadam
  21. Salam BroZul,

    kenangan sentiasa segar dalam ingatan...


    *Baju lip-lap kilat2 yang tak tahan tu..

    BalasPadam
  22. kenangan mengusik jiwa

    BalasPadam
  23. cek mek molek..tak masuk carta ker?? huhu

    BalasPadam
  24. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I enjoy seeing websites that understand the value of providing a prime resource for free. I truly loved reading your post. Thanks!

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama08 Ogos, 2011

    I just added your website on my blogroll. I may come back later on to check out updates. Excellent information!

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama10 Ogos, 2011

    I just added your website on my blogroll. Really enjoyed reading through. Excellent information!

    BalasPadam