سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Yang bermaksud : Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin, ayat 36)
Perkara Wanita Yang Lelaki Patut Tahu
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Sumber: Facebook
Salam semua..ada seseorang add "Petua Mengenal Pasangan Anda"di Facebook, bagi saya seorang lelaki, sudah tentu pada seorang bernama wanita..tapi sekarang sudah menjadi isteri saya.
Pada anda yang berjaya melebur hati seseorang wanita yang sekeras kerak nasi itu, janganlah mengecewakannya kemudian pula..tak baik,jika dah jemu katakan dengan sebaiknya agar si dia tidak berdendam..(ada ke?)
Pada anda yang berjaya melebur hati seseorang wanita yang sekeras kerak nasi itu, janganlah mengecewakannya kemudian pula..tak baik,jika dah jemu katakan dengan sebaiknya agar si dia tidak berdendam..(ada ke?)
Secara realitinya tidak semua petua itu boleh di guna pakai..bergantung pada situasi dan keadaan juga. Pada pengalaman saya, 25 dari 30 perkara di atas boleh diatasi..cuma 5 je, sampai bila pun saya tak faham...he he..selamat mencuba,wassalam.
salam,
BalasPadamcair cam cekelat... hehe
Moralnya sayangilah pasangan kita terutamanya isteri kita. Ayat power kalau kita nak di kasih, kita kena mengasih org lain tak gitu zul?
BalasPadamsaya suka yg 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
BalasPadamtp jgn lps kawen..hilang smua tu heheheh
oh i like! hehehe
BalasPadamsalam
BalasPadamsihat???
tips yang baik
thanks....
salam
BalasPadamsihat ker??
tips yang baik untuk lelaki :)
laki y mulut ckp syg tp tgn kt muke??...
BalasPadam@Nadia Abdullah
BalasPadamUikkks..ada yang kena ke?
kesiannya..mmg tak patut..
salam....
BalasPadamangah suka yg no 1 tue kena ngan angah
sob..sob.. hehehee
huuu slalunya baik ada maknaaa
BalasPadamyup betul2...saya sgt bertuah mempunyai seorang suami yang sangat2 memahami dan menghargai diri ini yang tak seberapa ni..
BalasPadambgus tips ni..barulah wanita memahami situasi lelaki..cayalah bro koi..
BalasPadamNew Entry "Cara-cara Buat 'Toyol' Dalam Exam"
salam abg zul..superb entri ini...muhasabah diri saya membaca entri ini..terima kasih..
BalasPadamHari Wanita ke ni? hihihi
BalasPadamSalam
BalasPadamterbaik..nak kena semak semula situasi semasa ni :D
Salam bro zul.. kalu boleh Ustaz Love nak tambah satu...
BalasPadam"Wanita kat jalanraya suka-suka nak masuk lane orang walaupun baru bagi signal.. asal nampak mcm kosong je, masuk.. tak rajin nak tgk side-mirror"
just kidding.. hehe
WOMAN, BORN WITH A HEART THAT RICH WITH LOVESS
BalasPadamsalam...keknyer kalo wanita x memahami suami, payoh jugak si suami nak fahami isteri...
BalasPadamtips yg baik
BalasPadamSalam sdra Zul.
BalasPadamBagi setiap jodoh pertemuan itu bermakna sudah ditetapkan bahawa pasangan dapat saling melengkapkan .. cuma manusia terlalu lemah mencari penyesuaian. Ibarat kata:
Jika ada kasih sayang, maka ia menjadi penyeri;
Jika ada belas kasihan, maka ia menjadi penawar;
Jika ada kesabaran, maka ia mejadi pengikat;
Jika tiada salah satunya, maka sentiasa menjadi racun virus yang pasti memunah-ranahkan pertalian & jambatannya!
@DANZ
BalasPadamSetuju dengan anda..
terima kasih komen
bernas ini..
Kita ambil nisbah 60:40 dari petua. Perempuan ni unik susah lelaki memahami moodnya
BalasPadamtips yg baik sgt....suka...
BalasPadamAslmkm Zul.
BalasPadamHmmm, Kak G hanya memikirkan: jika satu pihak, ie lelaki saja patut tahu pasal wanita, belum la dapat diseimbangkan untuk mendapat kebahagiaan & keharmonian seandainya wanita tidak tahu pasal lelaki juga.
Kak G setuju benar kata2 DANZ tu, ya bernas!
Salam...
BalasPadamMacam pernah ku baca kata2 seperti itu tapi di mana ya?
Terima kasih pada yang sudi ziarah dan komen..
BalasPadambadan tak berapa sihat..tidak dapat berziarah semula..nak tidur awal sedikit..semoga Allah jua yang membalas jasa baik kalian..jazakumullah..
InsyaAllah suami tak ada berniat lain dan siisteri perlu kurangkan prasangka..
BalasPadamisteri kita bersusah payah menyayangi kita ,
BalasPadamhargai lah kasih sayang dia selamanya.
baru rumah tangga bahagia hingga kehujung nyawa..:)
Kalaulah semua para suami mcm awak,
BalasPadamalahaiiii...
pastinya sang isteri merasa bahagia kaans..
setuju dgn kelima2 diatas..
SALAM,
BalasPadamTIPS INI BAGUS DAN BOLEH MEMBANTU. TAPI MASALAH KITA NI, BANYAK PERKARA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK LAKUKAN ! MENGAPA AGAKNYA?
salam...
BalasPadampetua yg baik..akan koi praktikkan...
Cinta sebagai Roh..baru rasa mendalam kepada pasangan kita..
BalasPadamSalam,
BalasPadamYa Allah i like this entry!!
pernah jugak terbaca tmpt lain.
alhamdulillah terbaca lagi...suka sangat!
thanks for sharing :)
www.yanmieonline.com
indahnya cinta sukar dimengertikan..
BalasPadamada cinta perlu di hargai..cinta pada yang Esa di lupa jangan sesekali.