Bersofa Baru Raya Korban Tahun Ini


Salam semua..kalau nak di ikutkan kerusi ini sepatutnya  sudah menjadi habuan tong sampah,tapi memandangkan nak membuangnya pun memerlukan kos pelupusan maka membuatkan saya berfikir 2 kali.

Jika anda perhatikan terdapat sedikit senget pada yang berkerusi 3 tempat duduk itu.Inilah tempat anakku, zulkbo Jr melompat selalu.. mahu tak patah dan langkah merepair perlu di lakukan oleh zulkbo Sr..he he.


Bermodalkan paku 3 inci dan mereton,selesai saya kerjakan..rasanya setakat berat 100 kg individu itu tak merudum jatuh.Masih berkeadaan baik dan selesa untuk di duduki.


Idea menukar sarung kusyen datang dari Mrs zulkbo yang mencadangkan kami menempah sarung baru.Jika dulu semua sarung adalah bersumberkan fabrik,kali ini separuh fabrik dan separuh PU (sejenis polyester)

Selesai lagi satu cerita,itupun setelah bertegang leher juga dengan apek tukang jahit  berkenaan dengan harga.Tapi semuanya di selesaikan dengan baik oleh zulkbo Sr(terbang RM 400)..he he..

Bukan tak mahu bertukar baru,memandangkan ada 2 anak kecil..setiap barang pun tak boleh nak sayang sangat.Anak-anak ku aktif semuanya..belum bercerita lagi pasal anak kecilku, Bakuratul Amani memecahkan cawan coreal Umienya(Mrs zulkbo).Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, November 03, 2010

34 Komen:

  1. Berjimat cermat membawa berkat..
    Selamat Hari Raya Haji Utk Family Zulkbo :D

    BalasPadam
  2. haha.. budak2 mmg gitu... sbb tu mak sy xnk beli sofa... dia kata kalo cucu balik nnti jenuh la dia...

    BalasPadam
  3. wah bestnya jika pandai bertukang ni hehe.Selamat menyambut hari raya Korban buat Zul sekeluarga:)

    BalasPadam
  4. @Cik SHiNJU

    Tahu tak pe..
    simpan ke Mekah
    lagi baik yak?
    he he..

    BalasPadam
  5. Good idea..langkah berjimat tu..bila anak dah besar panjang barulah tukar yg baru..kalau skrg tukar baru alamat kena lenjan dek anak2 kecik...selamat 4,5K...kan cik zul.

    p/s adusss...pedihnya dgr coreal terpecahkan dik si kecil...sabar je la..

    BalasPadam
  6. Jimat berlanje laa yak idea bgus tu...jimat cermat membawa berkat :)

    BalasPadam
  7. biasa a budak kecik...suka wat sofa maen lompat-lompat

    BalasPadam
  8. Lepas ni boleh repair sofa rumah kita lak ya...hi3

    BalasPadam
  9. Tahniah !
    yang lama jangan dibuang
    dilupa jangan ..

    silakan duduk ....

    BalasPadam
  10. barang lama yg masih elok baik trus diguna..
    jgn membazir, ye dak?

    BalasPadam
  11. selamat raya haji bro koi..kusyen macam tu mmg susah nak cari sarung dia

    New Entry "Selamat Ulang Tahun 1st Pawaka19 blog"

    BalasPadam
  12. salam en zul,
    adat ada anak kecil..
    tu sebab saya pakai kerusi kayu jer..
    tahanlah sebarang keinginan sementara mereka membesar..

    BalasPadam
  13. salam,
    berkat pandai bertukang, banyak yang dapat dijimatkan..

    BalasPadam
  14. salam,
    selagi bebudak kecik tu besar, selagi tu perkakasan dalam rumah berada dlm keadaan 'tak selamat' hehehe

    BalasPadam
  15. salam abg zul..ape maksud zulkbo?? ape kata abg zul buat entri khas kenapa nama ini dipilih...

    BalasPadam
  16. wah pandainya abg bertukang..bagus2 boleh save budget cenggitu.barang lama pon klu masih boleh digunakan apa salahnya kita simpan kan..

    BalasPadam
  17. amboi baru erk bang...bak 1

    BalasPadam
  18. salam zulk..mula2 tenguk tajuk makcik dah kata untungnya mrs.zulk beraya sakan dgn kerusi baru..selalunya orang tukar raya puasa,agaknya malas nak berebut..hehe..bagus zulk,kalau dah boleh guna dan baiki sikit2 n tak membazir apa salahnya kan..langsir rumah makcik dah 16 tahun guna tak pernah tukar..nak tukar tapi dihalang oleh pakcik,masih elok,jangan membazir..

    BalasPadam
  19. Betul dah tindakan bro tu,
    kan nampak baru gak tu..,
    aku pun cadanh nak bungkus balik sofa (single seater) kesanyangan aku tu dah buruk bebenor dah

    BalasPadam
  20. @etomyam
    hehehe memang tepat sekali..

    BalasPadam
  21. Sahrom San - Zulkbo tu Zulkifli bin Othman..
    opss...nape saya lak yg jwb?
    ooooo...sbb saya omeh rupanyer...kehkehkeh.. :P

    BalasPadam
  22. @Cik SHiNJU

    he he..nanti sok
    koi bukak satu entri
    tengah tak de idea ni
    molek la ada satu..

    BalasPadam
  23. kena berjimat.. hurm betul tuh bro... yela minyak dah naik 5 sen..huhu.. pakai selagi boleh..

    BalasPadam
  24. Salam sdra...

    Jika dah ada kemahiran dan mampu membuatnya bolehlah jimat sikit dari membeli yang baru..

    Alhamdulillah..

    BalasPadam
  25. wah
    beraya abg zul kita
    :)

    BalasPadam
  26. Hepi deepavali mr Zulkbo..heh heh! bagus.. satu langkah bijak untuk penjimatan..

    BalasPadam
  27. salam,
    coreal... ohhh, tidakkkk

    BalasPadam
  28. bagus2....xsemestinya semua perlu ditukar br kan?? klu boleh diperbaiki, ape salahnya digunakan semula kn... ;)

    BalasPadam
  29. cantik,,budak-budak biasalah hyperactive, sabar je lah. nanti dah besar dah cerdik baru lah bleh tukar, masa tuh bleh la tersenyum, diorang pun pandai menghargai barang.

    BalasPadam
  30. Sofa zaman sekarang tak sekukuh macam dulu. Saya masih ingat lagi kerusi rotan orang tua semasa kecil dulu masih dalam kedaan baik sehingga dah bercucu pun

    BalasPadam
  31. zulkbo: kdg2 kena fikir 2-3 kali nak buang barang2 ni.....

    BalasPadam
  32. salam abg zul
    ye la kalau budak dah meningkat naik memang la.. tuhan jer tahu..
    tapi cantik apa.. nampak macam baru

    BalasPadam