Salam semua..berkemungkinan banjir yang melanda semenanjung Malaysia sekarang yang menyaksikan negeri di utara semenanjung sedang bersusah payah menghadapinya, akan turut di terima oleh warga Pahang berdasarkan amaran yang di keluarkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail hari ini.
Pahang Hadapi Kemungkinan Banjir Lebih buruk Tahun Ini, Kata Exco
KUANTAN: Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas berasaskan keadaan banjir di utara Semenanjung sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti 594 pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 128,528 mangsa jika berlaku banjir.
Selain itu, bekalan juga telah dihantar sejak Oktober lagi ke 92 buah pangkalan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Seramai 9,138 pesakit berisiko tinggi di kawasan yang mungkin terlibat banjir turut akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk kanak-kanak di bawah satu tahun, pesakit mental, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada tempoh banjir, golongan istimewa dan lain-lain," katanya.
Kerajaan Pahang juga kata beliau, telah mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sekiranya pusat sedia ada terlibat dengan banjir.
Muhammad Safian berkata sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.
Cuti penjawat awam juga dibekukan bagi tempoh 15 Nov hingga 15 Jan, kata beliau. - BERNAMA
Harapan saya agar semua warga Pahang tabah dan bersedia dalam apa kemungkinan yang bakal berlaku.Sediakanlah apa yang patut untuk menghadapinya.Selalulah mendengar berita dan amaran yang di keluarkan oleh pihak yang berwajib.Wassalam.
Kesian lah mana yang kerja gomen
BalasPadamtak boleh nak ambik cuti hujung tahun ni..
apakan daya keutamaan perkhidmatan di utamakan..
zulkbo: harap2 semua persediaan yg sepatutnya dh dibuat.....simpati juga dgn penduduk di sana....
BalasPadamSalam...
BalasPadamOwhh.....siap la bekanan mknan byk2.moga2 tak terputus bekalan nanti....sediakan payung sblum hujan tp kalau dah bah, ada rahmat disebalik tu...
semoga kita dilindungi..
BalasPadamslm abg zul, tak silap saya dia ni YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan bukannya EXCO kan??? betulkan jika sy salah....
BalasPadamsalam sdr Zul
BalasPadamAmaran tersebut untuk mengingatkan supaya rakyat Pahang bersedia menghadapi apa2 saja kemungkinan..mudah2an semuanya dilindungi Allah swt.
@sahromnasrudin
BalasPadamWaalaikumsalam..
ermmm..sepengetahuan saya
ahli majlis mesyuarat kerajaan
negeri semuanya di lantik exco
dan ini termasuk Menteri Besar
Pahang,SUK dan sebagainya..
info:
http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=17&Itemid=2&lang=bm
Dengarlah amaran sdr Zulkbo ini wahai warga Pahang...
BalasPadam:D
@Idalara
BalasPadamAmaran awal..maka bersedialah..
kita tak mahulah ada yang tak mahu
berpindah bila masanya tiba nanti..
Salam Zul.
BalasPadamHarapan dan doa bersama semoga ianya tidak terjadi seperti tahun 2007 dahulu (kalau tak silap) naya ke org yang duduk di tepi sungai pahang.
@iza
BalasPadamSediakan bekalan bihun,mee kering,ikan masin dan sebagainya..tapi di Malaysia ni musim banjir mewah makan di pusat penempatan..cuma tidur tak berapa selesa macam rumah sendiri..
@cikgu isza
BalasPadamaminnn...!
@ckLah@xiiinam
BalasPadamTahu tak pe..!
jangan main banjir
wabak kencing tikus
di 'lubuk yu' itu hari
masih menghantui..
he he..
Nampaknya kawan-kawan yang nak pergi outstation ke daerah didalam Pahang terpaksa tangguh dulu gamaknya. Ada seorang otai siap nak tukar dari Honda city vtec ke Honda CRV sebab kata dia senang nak harung banjur
BalasPadamsalam
BalasPadamjangkaannya memang semua negeri akan mengalami banjir yang lebih besar tahun ni
perhatikan anak2, sentiasa utamakan keselamatan
Harap warga Pahang bersedia dengan sebarang kemungkinana yang bakal terjadi,
BalasPadamPs: harap taida yang jadi korban
janganla banjir time nak balik raya nie..huhu..
BalasPadamCuaca sekarang mmg tak boleh dijangka dan semakin teruk..
BalasPadammungkin dunia dah akhir zaman..
semoga keluarga mangsa banjir tabah menghadapi dugaan..
@LiFe KaMi
BalasPadamWallahualam..
"back to mother nature.."
kita sendiri yang merosakkannya..
entri di blog anda saya bagi
kredit "backlink" entri saya
ini..TQVM
@~AmyLiana8886~
BalasPadamRasanya kita ramai-ramai
beraya di Kolumpo je
tahun ni.he he.
@tehr
BalasPadamBetu tu saudara Tehr..
anak-anak suka banjir ni
kita jangan alpa..nanti
menanti dalam tangisan
dalam usaha "pencarian"..
salam zulk..terima kasih berkongsi maklumat..nampaknya makcik dikelantan pun kena bersiap sedia dgn bekalan banjirlah ya..pakat2 doalah jangan banjir besar tahun ni..
BalasPadambimbangnya ..rumah makcik dipauh kena banjirlah..baru je dibaiki..
@mohdandmeriam
BalasPadamsemoga mak cik dan pak cik
tabah selalu..ermmm..saya belum
pernah mengalami banjir lagi
dalam hidup..kecuali banjir besar 1971 itupun masa kecil lagi..dah lupa..huhu..
salam zul...
BalasPadamKalau banjir kita pun x lepas balik nanti ni..
Rumah kome atas bukit..
BalasPadamyang mana belah kuantan dan tebing sungai pahang tu kena berjaga-jaga..
BalasPadamkena sentiasa berwaspada ni
BalasPadam