Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Riwayat Muslim
Huraian Dan Renungan:
1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekalian makhluk di dunia ini.
2. Mencintai baginda tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya dan melaksanakan segala ajarannya.
3. Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda.
4. Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan mempastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
salam,
BalasPadamSinggah sini berjumaat dimana.
@Mankuchai
BalasPadamJumaat saya di masjid
KLCC hari ini..moga anda
selalu sihat di sana saudara
terima kasih untuk Renungan Jumaat ini
BalasPadamsalam zulk..bila baca tazkirah zulk makcik teringat pada datin el yg tak pernah miss menulis tazkirah hari jumaat.kenapakah datin menyepi..risau makcik takut dia sakit.apa pun diharap datin sihat n zulk sebagai pengganti memberi tazkirah pagi jumaat.
BalasPadamsalam..semoga kita dpt syafaat dari baginda..insyaAllah
BalasPadamsalam
BalasPadamsemoga mendapat faedah dan keberkatan di hari jumaat ini
Solawat dan salam ke atas Junjungan Mulia
BalasPadamSalam hari jumaat yang mulia dan penuh keberkatannya selawat dan salam buat Junjungan Mulia s.a.w
BalasPadam@Cik_Noor
BalasPadamSama-sama..
terima kasih singgah
dan komen anda..
@mohdandmeriam
BalasPadamBetul tu Mak Cik,
last entri beliau
pun sebelum puasa
rasanya..kemana
la agaknya?Dah jemu kut?
@sahromnasrudin
BalasPadamInsyaallah..
moga kita semua
memperolehinya..
@etomyam
BalasPadamInsyaallah..
semoga kita
semua memperolehi
keberkatan dan syafaat
dari nabi di akhirat
nanti..
@ashrafi
BalasPadamSesamalah kita..
@akuanakpahang
BalasPadamSesamalah kita
Yassin..Jumaat
penghulu hari..
salam..
BalasPadamterima kasih..renungan yang sangat bermakna pada saya di penghulu segala hari...