Mengimbau kembali sejarah pemilihan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, terdapat tujuh jenis bunga yang dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan sejurus negara merdeka pada 1957 iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya.
Namun setelah melalui proses pemilihan yang ketat, Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinensis diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara, diperkenalkan pada tahun 1970, yang merupakan tunjang utama dalam penyatuan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Setelah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya terus menjadi inspirasi dalam membentuk identiti negara yang melambangkan kemegahan negara.
Nama dan rupa bentuk Bunga Raya dijadikan simbol dan perlambangan Negara sebagaimana yang terdapat dalam Jata Negara malah nama Bunga Raya turut diabadikan di beberapa tempat dan bangunan penting seperti Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Rais Yatim dan isteri, Masnah Rais melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Bunga Raya Bunga Kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya telah didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
[Bernama]
Di Malaysia setiap benda yg diilhamkan ada maksud tersendiri,
BalasPadamBunga Raya memang sesuai dijadikan bunga kebangsaan kita..
SALAM,
BalasPadamBUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN. TETAPI TAMAN2 TAK BANYAK TANAM POKOK BUNGA RAYA ! MENGAPA ? DI PUTRAJAYA SENDIRI TAK BANYAK POKOK INI.
Kadang nak cari dalam bandor sepokok pun payah bunga raya nei kalau ada pun terbiar aje :)
BalasPadamsalam zulk..bunga raya bunga kebangsaan tapi ianya tidak ditanam secara menyeluruh disemua bandars.sepatutnya tanamlah dgn banyak tanda kebanggaan kita terhadap bunga kebangsaaan ini..tak gitu ..
BalasPadamsalam en zul,
BalasPadammasa hari kebangsaan hari tu.. saya ditugaskan untuk memantau pertandingan mewarna dan melukis bunga kebangsaan peringkat sekolah..
anak2 sekarang.. nak lukis bunga kebangsaan pun tak tahu..
bunga raya memang cantik, ingat masa pi cameron highland, kt tepi2 jln tu mcm2 spesis bunga raya ada..yg besar sekali pun ada, ingatkan dulu ada 1 jenis je..ehehe :P
BalasPadamwww.yanmieonline.com
@mohdandmeriam
BalasPadamBetul tu mak cik..
agaknya tiada nilai komersial
jadi di abaikan sahaja.
@cikgu isza
BalasPadamTahniah cikgu..
memang sedih bila
anak2 kta tidak
di dedahkan langsung
@yanmie
BalasPadamBetul..
saya pun dengar begitu,
byk jenis dan warna..
tapi yang warna merah je
Malaysia punya..he he
@akuanakpahang
BalasPadamBetul tu Yassin..
sebab tak de nilai
komersial,sebab deme
pun tak mboh tanam
gamaknya..
@luahfikiran
BalasPadamMemang sedih..
sambutan untuk 50 tahun
tapi bunga pun dah hampir
pupus..sedih..
@LiFe KaMi
BalasPadamErmmm..harapan saya
juga puan..
bunga raya cantik.. ada yg warna warni lagi
BalasPadampemilihan bunga pun bukan senang.. masa nak pilih tu mesti dok berdebat juga kan.. agak2 lah.. :)
BalasPadamSalama,
BalasPadamoh tak tahu la pulak ada hari ulangtahun bunga raya ni heheh...lemah betul sejarah saya ni hehe
salam..
BalasPadambunga raya.. saya suka bunga ni.
kat rumah banyak tanam pokok bunga raya..
tapi liat nak berbunga...
Daun & bunga raya ni saya suka sapu kat rambut..
nanti rambut halus & lembut :)
cube abang zul try..hehhe
@annfrendly
BalasPadamYe ke Ann..
nanti abnag try..
elok di komersialkan
ni..he he..
salam..walau dah abes raya, bunga ini tetap beraya kan
BalasPadamSalam zul .
BalasPadamBenar kata ann.
Seminggu sekali saya sapu kat rambut ..
rambut lembut dan cantik beralun .
@etomyam
BalasPadamTak buta aihhh..
cuma lupa la tu...
hu hu..
sekarang bunga raya ada banyak warna... yang tahu putih jela...
BalasPadamAslmkm Zul.
BalasPadam:) Rayakan saja. Honor ala Msia ni!
Bunga pun jarang ada, jadi ramai orang terlupa!
Kak G ada juga tanam yg jenis merah & 'creamish orange' di seberang rumah dekat pokok mangga harum manis tu. Senang hidup, so tak payah nak jaga.
Ur system dah OK?
patutlah dia ambik bunga raya rupanya ada maksud tersndiri selamat dorg x ambik bunga taik ayam... hehe
BalasPadamnamboh seri di hari raya dengan bunga raya
BalasPadambunga raya boleh buat mcm2...sy pernah dgt org buat jus bunga raya...hurm...
BalasPadamDaun bunga raya boleh ramas ramas buat ubat luka..
BalasPadam@relevan
BalasPadamYe ke weiii..?
koi ingat daun pokok
kapal terbang je..he he
@zella y
BalasPadamJusss...ada juga ye?
kenapa tak di komersialkan
ye..mesti sedap..ala-ala
ros gitu..huhu
pemilihan bunga raya nie sebagai bunga kebangsaan pun mencabar juga...aritue terbaca kat mana tah..siap ada selection tuk bunga-bunga lagi~
BalasPadam