Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan enam pegawai tinggi mereka yang baru, di antaranya ialah;
Ketua Polis Kuala Lumpur: DCP Datuk Zulkifli Abdullah (bekas Ketua Polis Perak).
Ketua Polis Selangor: SAC Datuk Tun Hisan Hamzah (bekas Ketua Polis P.Pinang).
Ketua Polis Pahang: SAC Datuk Sharifuddin Abd Ghani (bekas Tim.Ketua Polis Pahang).
Ketua Polis Kedah: DCP Datuk Ahmad Ibrahim (bekas Tim. Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman).
Pesuruhjaya Polis Sabah: SAC Datuk Hamzah Taib (bekas Tim. Pesuruhjaya Polis Sarawak)
Tim. Ketua Polis Kuala Lumpur: SAC II Amar Singh Ishar Singh (bekas Komandan Pusat Latihan Polis).
Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas mesyuarat Suruhanjaya Polis di Bukit Aman. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dalam pada itu, Ismail turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk menaikkan gred tiga pengarah jabatan Bukit Aman kepada Jusa A. Mereka ialah,
Pengarah Cawangan Khas, Datuk Akhil Bulat; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar.
Lain-lain nama, katanya, yang tidak diumumkan hari ini untuk tujuan kenaikan dan pengesahan pangkat atau pertukaran akan diumumkan pada pertengahan bulan November nanti apabila Suruhanjaya Polis bersidang semula.
NOTA KAKI: Dengan perlantikan ketua polis negeri dan kenaikan pangkat ketua-ketua pengarah yang baru ini di harap jabatan polis akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi kebaikan dan keharmonian negara. Tahniah buat Datuk Khalid Abu Bakar yang saya mengenali beliau secara peribadi.
Tabikk Datokk..!
BalasPadamKPP Phg tukar mane erk?
BalasPadamBangga sbb dia KPP wanita pertama..
@Cik SHiNJU
BalasPadamEntah..?
nanti koi siasat..
la la la..
Moge polis makin mantap menjage keamanan...
BalasPadamSalam...
BalasPadamSelamat bertugas di tempat baru kepada Datuk Hamzah Taib (bekas Tim. Pesuruhjaya Polis Sarawak).
Hilanglah seorang jemaah di Masjid Mujahidin Polis Di Raja Malaysia, Kuching.
moga polis menjaga maruah dan agama...Polis dan melayu tak dapat dipisahkan..huhu
BalasPadamsemoga Malaysia terus aman dan makmur.
BalasPadamKPP Pahang tu tukar ke Bukit Aman kan..dah ada pengumuman dulu.
Tabikk Datuk :)kecik2 dulu berangan juga nak jadi Polis tak kesampaian :(
BalasPadamDiharapkan pentadbiran polis dapat dijalankan dengan telus dan cekap..:)
BalasPadamsalam,
BalasPadamsemoga Malaysia terus aman dan makmur, dengan di barisi pemimpin yang adil, bekerja kuat dan berdisiplin..
ow...kawan en zulkbo upenya...hehe
BalasPadamsemoga perkhidmatan polis lebih cekap, pantas dan mesra..huhu
cekap, pantas, dan mesra...ada tambahan lagi...tak miang...lepas tu adil...jujur...
BalasPadamtahniah kepada semua yang terlibat...Melaka tak tersenarai...sy hanya mengenali Timb. Ketua aje...sebab anak dia di sekolah saya ( mantan sekolah lama ) ! he3x
BalasPadamtahniah kepada ketua polis negeri yang baru... wah kawan baik bro nie...
BalasPadamTahniah buat semua yang telah di lantik...
BalasPadam@zulkbo
BalasPadambila dah naik pangkat lg, rasanya duk atas bukit la..tapi since dia jd kp phg, ramai dia tarik oghe kelate keje dgn dia..hehe
Semoga semakin Cekap dan Cepat
BalasPadamsalam..
BalasPadamtahniah pada semua..
tanpa polis memang huru hara negara kita.
wah abang zul kenal Datuk khalid abu bakar..
tahniah dan syabas...
BalasPadamsemoga tugas dan amanah yg dipertanggjawabkan dapat di galas dengan sempurna
@aRoL
BalasPadamOh ye ke?
Tak tahu pula saya..
mesti naik pangkat
juga kan?
@etomyam
BalasPadamHarapan kita semua..
@annfrendly
BalasPadamAlhamdulillah..
berkawan biar beribu..
kenape masih menggunakan pangkat SAC utk KP Kedah... KP Kedah berpangkat DCP..
BalasPadamDCP Dato' Ahmad Ibrahim
Kenapa Ketua Polis Kuala Lumpur diambilalih oleh orang lain? Kemana perginya Datuk Zulkifli Abdullah? Ada sesiapa tahu dan bole berikan jawapannya...
BalasPadamSetinggi2 tahniah.Semuga Tan Sri,Datok2 masih memperjuangkan PGM.Ingat sejarah Bukit Kepong.Pgm adalah terlalu relevan.Kerajaan telah mengeluarkan berbillion RM utk melatih mereka jadi pakar di laut.Agensi lain belum berkeupayaan untuk menguasai ilmu pelayaran.Jangan sampai berlaku kemalangan laut berpunca dari agensi penguatkuasaan yg tak mempunyai sijil kecekapan.
BalasPadamstill sama lg ke or dah berubah ye..
BalasPadamGooood
BalasPadam