Saya Pantang Betul



Salam semua..macam orang, macam ragam.Ada pelbagai macam perangai dan feel orang di muka bumi ini.Dalam pelbagai ragam manusia itu ada yang lucu, tak kurang yang menyakitkan hati.

Nak kongsi sedikit dengan rakan pembaca sekalian dalam entri yang pendek ini.Saya cukup pantang pada 3 perkara ini:


 Bersin di depan saya dan tak tutup hidung mahupun mulut, bersembur keluar.Di tambah sekarang bahaya penyakit yang boleh di kaitkan dengan demam selesema seperti Bird Flu dan sebagainya.Aduhai..sakitnya hatiku..


Asal lepas makan je cungkil gigi terang-terangan..cover lah sikit dengan sapu tangan atau tapak tangan anda.Nampak pengotor je orang yang sebegini.Lepas tu sisa cungkilan tu, dah sah dia telan balik..he he..uwekks!


Tanpa segan silu kentut di tempat awam.Di dalam lif terutamanya..perghhh! mak aihhh..baunya punyalah pekung.Gamaknya tak buang air besar berhari-hari kut?Pernah juga sekali saya di dalam lif  sekitar 6 orang, kesemuanya perempuan kecuali saya lelaki. Pun ada berbau kentut yang jenis slow ni..baunya ermmm, sendiri mau ingatlah..he he..Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Oktober 12, 2010

25 Komen:

  1. hehehe...byk sangat jumpa orang macam ni...yg best dah kentut buat selamba jer...yg paling tak tahan,pernah nampak lelaki la,nak garu tak cover dah,selamba jer garu bontot dia depan orang,ada kurap kot he3..

    BalasPadam
  2. tentang part kentut ni yang saya suka sangat.. bahaya yang tidak kelihatan tapi kalau dah jenis tak tau adat macam tulah... main lepas aje terutama dalam lift

    BalasPadam
  3. Salam Zulkbo.

    Memang benar ada pelbagai ragam manusia; "Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya".(al-Lail [92] : 4)

    Tapi janganlah berperangai macam ni. Siapapun pantang.

    BalasPadam
  4. salam..semoga kita dijauhkan dari perilaku sebegini huhuhuh

    BalasPadam
  5. hehehe... saya pun pantang 3perkara kat atas tu... pantang benda2 tu terjadik kat saya tp selalu terkena lah... adehhhh kadang2 nak marah tp kawan2.. heran ye takde rasa segan ke, kentut sesuka ati. :(

    BalasPadam
  6. salam en.zul, saya pun pantang juga 3 perkara ini

    BalasPadam
  7. Salam...

    Walaupun bersin itu sangat disukai oleh Allah SWT, namun janganlah bersin sehingga menghamburkan air liur, bersin ke arah muka orang lain atau bersin dengan suara yang kuat.

    Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud)

    BalasPadam
  8. Salam...
    koi tambah lg dua pantang...
    1) org meludah pekat kat tmpt awam...harkkkkkghh ptuihhhh..hehehe...bluwekk.. :p

    2) merokok kat tmpt awam..plg2 sakit ati org mcm ni...dh sah2 asap rokok tu boleh menjejaskan kesihatan org yg menghidunya...akal letak kat bontot gamoknyer..

    BalasPadam
  9. @Abd Razak

    Terima kasih atas penambahan ini saudara..amat di hargai..

    BalasPadam
  10. Betul
    Setuju !

    tapikan..
    saya pun ada buat gak
    kentut time shopping ..
    lalalalaa

    BalasPadam
  11. sungguh kurang sopan, mengganggu ketenteraman awam sungguh

    BalasPadam
  12. salam,
    pantang dengan org merokok tapi suami sendiri merokok... huhuhu

    BalasPadam
  13. salam bro zul :)

    hohohohohoho!!! saya pon pantang semua tu, menci menci tambah2 yang no3 tu, perghhhh leh pengsan! :)

    BalasPadam
  14. Ustaz Love biasa terkentut dlm lif yg kosong... tapi kesian plak org yg masuk dlm lif tu bila Ustaz Love dah keluar... tercari2 dari mana datang baunya..hehe

    apapun, kentut itu sebenarnya untuk kesihatan.. kalau angin tu tak dikeluarkan, takut jadi penyakit lain plak ;)

    BalasPadam
  15. saya pun pantang jugak,
    huhu

    BalasPadam
  16. klu sy jmpa org mcm ni rasa mcm nk sound jer dorg ni xde adap la...

    BalasPadam
  17. salam en zul..
    ingatkan pantang jumpa durian tadi..
    ;)

    BalasPadam
  18. salam abg zul

    eh memang ada gak macam tue lagi kalau yg kentut jenis bunyi tak bau tak ada kan??/

    BalasPadam
  19. Saya pun pantang juga dengan 3 perkara tu tapi apa boleh buat.. Perangai orang kita tidak boleh kawal.. Terima aje la kalau ia terjadi didepan mata :(

    BalasPadam
  20. hahahah......hasheeem..
    excese mee....:)

    BalasPadam
  21. salam..
    err yang no 3 tu.. saya pun pernah berhadapan dengan situasi tu.. nak pengsan dibuatnya.. jenuh tahan nafas...

    no 1 paling saya tak suka... geli laa..

    BalasPadam
  22. Salam...
    Memang cukup pantang 3 perkara ni..
    tak berdisplin langsung...

    BalasPadam
  23. salam
    memang sangat tak sopan kalau disengajakan
    hal bersin dan kentut tu, mungkin tak sempat kawal
    hal cungkil gigi, memang tak patut

    BalasPadam
  24. Assalaamu`alaikum
    saya rasa kalau berhadapan dengan no. 1, saya masih boleh terima. Asalkan tidak lupa mengucapkan syukur kepada Pencipta-NYA. Cuma apa yang saya sendiri tak suka, kentut merata-rata, perempuan pulak tue. Hehe~ tak senonoh betul

    BalasPadam