Salam semua..moh mengeteh kita?he he..ngajak ayam je bunyinya??Tak de lah,saya ikhlas.. mana-mana blogger yang nak mengeteh dengan saya, anytime je..asalkan bukan masa saya nak tidur sudah lah..hu hu.Ada member yang bertanya saya minum apa yang boleh turun berat badan?Jadi saya nak berkongsi dengan anda semua teh apa yang di minum oleh saya kebelakangan ini.
Haa..ni dia nya,GREEN TEA made exclusively for Prince Of Peace Enterprise USA.Itu yang di tulis di kotaklah, mak cik pembuat teh di tempat kerja saya selalunya buat setekoh besar begini supaya senang sesiapa yang nak minum.Dah la free kan? nak minum ambil sahaja, gula pun jimat sebab teh ini di minum tanpa gula.Tak pernah pulak saya dengar orang minum teh hijau bergula..??
Bukannya iklan ataupun promosi,tiada niat nak meniaga pun..rasanya teh ini pun tak mahal mana,dalam sekotak ada dalam 20 bag kecil.Rakan saya beli di kedai farmasi ubatan cina.Harganya dalam anggaran RM7.50 sahaja sekotak.Ada tanda logo halal South East Asia dan saya yakin halal.Di buat dari 100% teh yang di tanam secara organik.
Antara kelebihan teh ini yang ketara,bila kita buang air besar terasa beserta dengan lebihan minyak makanan yang kita makan sebelumnya di buang sekali.Terbaik di minum panas-panas selepas anda makan makanan yang banyak.Selain itu bila anda membuang air kecil pun terasa lawas sahaja,tak sangkut-sangkut..hu hu.Selamat mencuba..Wassalam.
Elok buang toksin tu....
BalasPadamckLah nak mengroti canai sekali, boleh?
@ckLah@xiiinam
BalasPadamBoleh je cikgu
mengeroti telur lah sekali
he he..
Salam,
BalasPadamBoleh cuba nanti,selalu minum chineese tea kat pantry office...
@Mankuchai
BalasPadamTeh cina pun bagus juga Man
menyejukkan badan kita yang
selalu pans ni..he he..(orang muda
la katankan..)
salam zulk..makcik nak cubalah kalau hanya boleh dibeli dikedai ubat cina.
BalasPadamKami pun suka minum teh, bole cuba try test ni..hehe
BalasPadam@mohdandmeriam
BalasPadamSelamat mencuba Mak cik..
minuman herba sebegini
elok di amalkan..
@LiFe KaMi
BalasPadamMoh kita..sebenarnya ada byk
jenama teh hijau ni..khabarnya
lipton dengan boh pun ada dah
sekarang..minum yang tu pun okey..
salam..ini bukan iklan percuma kan, bro zul????
BalasPadamnampak macam menarik jer..
BalasPadamboleh usha nanti..
@sahromnasrudin
BalasPadamIklan buat kengkawan je..
sapa nak beli kena beli
sendirik di kedai..he he
Nampak gayanya kawan kena carik kat bandor kawan nei kut ada ... boleh kurang buncit sikit perut nei, pun dah ok.
BalasPadamoo..saya penggemar teh..bila2 boleh la cari teh ni. baru je semalam minum teh detox...heee....perisa pudina..
BalasPadamTeh o memang pilihan saya..skrg suka minum teh berperisa apple dan peach..nyaman damai rasanya bila berbuka puasa kena teh o panas2..nak try green tea pulak yg ternyata bnyk kebaikannya..
BalasPadamOooo..
BalasPadaminilah rahsianya..
lalalala
teh utk kesihatan ni. tp tekak ni tak leh nak telan selain dr teh biasa tu (lipton or boh) yg ade perisa strawberry pun tak lalu. jakun btull sy ni.hehehhe
BalasPadami luv tea...say no 2 coffee he3
BalasPadamsalam
BalasPadamjarang2 je minum teh hijau
mungkin mulai sekarang perlu lebih kerap
Aslmkm Zul.
BalasPadamPerkongsian yg baik.
Kak G pun minum juga bila orang serve chinese tea/green.
Bila beli, dah ler jarang2 sekali buat. Masa Kak G p Beijing ratusan renmimbi/yuen juga ler selamat! :)
Tapi banyak Kak G bg kat sedara & friends.
teh hijau nie bagus... tak letak gula kan??
BalasPadamsalam cik zul
BalasPadamhana pon minum green tea... mula2 rasa xbest sb mcm payau2 aje tp lama2 ok
boleh cari untuk mak nanti
BalasPadamwah kalau macam tue angah bole kurus seperti dulu laaa thanks abg zul
BalasPadamsalam..
BalasPadamnak cubalah... bagus ni.. saya suka minum teh tanpa gula..hehehe
boleh tanye beli teh tu kat mane? i mean location kedai tu..hehehe..tngah cari the best green tea nie..minum teh hijau boh pahit sgt..
BalasPadam@shazwanie abu talib awecool
BalasPadamBoleh..
kawan bangsa cina saya belikan
di ChinaTown Jalan Petaling