Salam semua..terkejut betul saya membaca berita tentang seorang remaja yang mayatnya di sumbatkan dalam beg besar ini.Manusia jenis apakah yang sanggup bunuh dan letak mayat serta humbankan begitu sahaja..?
Foto mStar
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.
"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.
"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau.
Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.
"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA
kejamnya.. ingatkan bukan di negara kita rupa2nya memang di Malaysia..
BalasPadamsemakin takut dengan kehidupan masa kini..
ish, seramnye.. ade jugak manusia macamni ye..
BalasPadamerkkk... kejam sgt pembunuh ni sampai di lipat msuk dalam beg! seksa mayat dia tu... ish... kejam sunggu pembunuh ni! entah manusia ke binatang!
BalasPadamP/S=mayat ni mlyu ke cina?
@NICK IRFAN
BalasPadamentah lah Nick..?
tak di kenal pasti
lagi identitinya..
Astaghfirullahalazim..
BalasPadambro..tergamanm baca entry ni.
salam..
BalasPadamisk... teruknya...
kenapelah. takde hati perut manusia ni...
sedih.. moga kita semua dijauhkan dari perkara2 macamni..
zaman sekarang ni.. menakutkan...
banyak orang yang kejam...
Modus operandi yg 30% hampir sama spt dlm kes pembunuhan Nurul Jazlin 3 thn lalu, kan?
BalasPadam@Jo Qusary
BalasPadamAdakah pembunuh yang sama?
Pembunuh Arwah Nurin sampai
sekarang masih bebas..kawasan
memang berdekatan Wangsa Maju
hmmm ngerinya
BalasPadamSALAM,
BalasPadamSIMPATI KEPADA KELUARGA SI MANGSA. TIDAK ADA BELAS KASIHAN MALAHAN KUTUKAN KEPADA YANG MENJADI PEMBUNUH. SEMOGA PIHAK POLIS DAPAT SELESAIKAN SIASATAN INI DENGAN SEGERA
huhuuhh....jgnla bunuh..ikutla stail bunian..bawak lari sampai gunng jerai udah la huhuhuh....
BalasPadamSadis..!
BalasPadamManusia hari ini telah hilang sifat dan akal sebagai seorang manusia dan jadi binatang.
BalasPadamngeri dan ksian tgk mayat tu..smpai hati org buat dia mcm tu kn...
BalasPadamish..ish...melampau btul la...ade jugak org mcm ni ye..org buh dalam beg utk lipatan2 baju ke kain ke...ni dilipatnya budak tu dlm beg..sugguh brhati kebinatangan manusia ini...ini kalo dpt la kat chip...mau chip lipat dia dalam mesin bancuh simen...huh...!
BalasPadamsalam,
BalasPadambila nafsu menguasai diri, akal dah tak berfungsi.. hukum cincang sampai lumat jer penjenayah ni...
entry terbaru "berlari mengejar cinta"
kejam...
BalasPadamya Allah kejamnya... sampai hati buat macam tuh...
BalasPadamkejam nyer
BalasPadammacam mana laa leh muat dalam beg tu
terseksa mayat
Sangat-sangat kejam.. tidak tahu manusia jenis apa? .. apa agaknya kesalahan yang dilakukan oleh remaja tersebut sehingga dihukum bunuh tanpa bicara?
BalasPadamMenatang pun tau sayang ke anok...
BalasPadamtengok dalam berita semalam....kejam!!
BalasPadamApa nk jadi ngn dunia skrg ni..
BalasPadamKalau marah sgt pun jgn la smpai ambil nyawa org..
Disiksanya pulak mayat tu..Semoga dpt hidayah la
si pembunuh tu..
salam zul...
BalasPadamDunia hari ini..nyawa sudah tidak berharga lagi.
manusia sekarang dah macam haiwan jadian..
BalasPadamgile kejam manusia...
BalasPadamsalam
BalasPadamMasya Allah, semakin hari semakin kejam perangai segelintir manusia
Salam...
BalasPadamMungkin selepas ni ada mayat yg ditinkan dalam makanan dlm tin plak.. manusia sudah semakin kreatif... kreativiti yg tak berfaedah..
kebanjiran warga asing yg begitu ramai sebenarnye banyak menyumbang masalah sosial di negara kita... terlalu mudah utk mereka masuk ke msia disbbkan syarat yg amat mudah dn longgar...
BalasPadam@orang muo
BalasPadamkemungkinan besar juga..??
Salam...
BalasPadamMalaysia dah tak selamat...
salam
BalasPadamtak tau nak cakap apa dah, penjenayah dah semakin ganas dan gila