Makin Lama Makin Melampau | Sikap Orang Malaysia



Salam semua..sikap orang kita yang suka membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya amatlah di kesali.Sikap yang hanya menjaga kepentingan sendiri tanpa menghiraukan kebajikan orang lain selalu menjadi perkara pokok yang harus kita tangani.

Pembuangan sampah di tempat yang tidak sepatutnya sering di lakukan sesuka hati.Jika di kawasan perumahan saya, di sekitar simpang jalan menjadi mangsa tempat pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Bermula dari sampah yang kecil,sekarang mereka semakin berani melambakkan tilam-tilam lama beserta perabut rumah yang terpakai di kawasan simpang jalan tersebut.

 Gambar di ambil dari tingkat 4 apartment saya di Ampang,Selangor.


 Api yang marak akibat pembakaran tilam dan perabut mengeluarkan asap hitam yang berkepul-kepul sehingga ke dalam rumah.

Kali terakhir dilihat mereka semakin berani dengan melakukan pembakaran terbuka di kawasan tersebut tanpa menghiraukan penduduk sekitar.Pembakaran terbuka sebegini bukan sahaja salah di segi undang-undang malah mengundang bahaya kepada penduduk seandainya api tersebut merebak ke kawasan parking kereta yang hanya beberapa meter sahaja dari kawasan pembakaran tersebut.

Amatlah di kesali sikap mereka ini yang menurut penduduk setempat, bukanlah orang di kawasan kami tapi penduduk luar yang datang membuang sampah-sampah besar  menggunakan lori dan di lakukan di waktu subuh.Ada saksi yang melihat sebelum ini menyatakan adalah tindakan seorang melayu dan beberapa rakannya.

Bukan menuduh sesiapa, mungkin juga atas arahan dari pihak tertentu (boss) yang mungkin berbangsa lain.Apalah  salahnya di buang di tempat yang sepatutnya di tempat pembuangan sampah di Hulu Langat yang hanya beberapa KM sahaja.Sikap lepas tangan ini amat di kesali.

Mungkinkah jika kita membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang sepatutnya (contoh Hulu Langat) kita di kenakan bayaran?Ada sesiapa rakan pembaca yang boleh memberi pendapat?Rasanya pasti tidak kan?Adakah memang ini sikap orang Malaysia kita?
Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 10, 2010

26 Komen:

  1. hoho.
    apa lagi bro, silalah report pada penguatkuasa.
    ehehehe.

    BalasPadam
  2. Memang banyak tabiat orang Malaysia yang menyakitkan mata...

    BalasPadam
  3. ye..buat aduan. bukan ke sepatutnya disaman? baru2 ni ada buat semakan dgn majlis perbandaran..kos mengangkut dikenakan untuk mengangkut sampah (selain sisa makanan) ke garbaga collection centre, dan kos tu tak lah membebankan pun. alam sekitar kita jauh lebih berharga.

    BalasPadam
  4. salam
    bakar tilam??
    uiks...sangat2 tidak suka ok...

    BalasPadam
  5. sikap manusia yg pentingkan diri sendiri..
    kita yg mnjadi mangsa...jgn berdiam diri dgn org mcm nie..

    BalasPadam
  6. Salam...
    Begitu lah sikap orang kita..Pentingkan diri sendiri..Begitu juga ditempat sy..Sampah ditinggalkan disimpang jalan..mencemarkan pemandangan dan udara yg disedut tiap-tiap hari...

    BalasPadam
  7. Sampah pukal mmg dorg buang merata jer sbb lori sampah mmg x angkut punye..kena ade sistem yg btl2 berkesan utk pelupusan sampah2 pukal...tgk contoh negara maju..

    BalasPadam
  8. Jgn tinggal diam ambik gambo deme masuk dlm blog dan laporkan pada pihak berwajib.

    BalasPadam
  9. Salam,

    Bro,ditempat saya pun sama,mereka buang sampah,dicerun bukit,semakin hari semakin byk dan membusuk!sikap mcm ni menyusahkan semua orang,pencemaran bau...dan juga masalah lalat mula timbul

    ENTRI TERBARU :GANJA !

    BalasPadam
  10. orang yang bakar tu satu hal tapi yang buang tu punca utama yer..

    kalau takda siapa longgok takda ler orang nak bakar..

    bila masing-masing suka ambil jalan mudah untuk lepas tangan.. itu sikap sebenar orang kita..

    BalasPadam
  11. rasanya rata2 meenghadapi masalah begini...andai tiada kesedaran sivik begitulah jadinya..tak lama lagi kita ni hidup dalam sampah kalau tak diambil tindakan wajar.

    BalasPadam
  12. Salam...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Rasanya di mana-mana pun takder tempat khusus untuk membuang sampah2 seperti tilam tu...

    BalasPadam
  13. Assalaamu`alaikum
    inilah yang dinamakan lempar batu sembunyi tangan. Yang peliknya kenapa tak buang semua sampah tue dalam kawasan kejiranan sendiri? Lapor jer dekat pihak berkuasa, tak larat layan orang macam tue.

    BalasPadam
  14. SALAM,
    YANG MELANGGAR UNDANG2 PERLU DIKENAKAN TINDAKAN ! PIHAK PENGUATKUASA PERLU MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA.

    BalasPadam
  15. Melampau !
    tiada kesedaran sivik !

    BalasPadam
  16. dah la membuang merata, pembakaran terbuka pula..
    semoga teknologi kitar semula terus berkembang di negara kita

    BalasPadam
  17. sikap ambik mudah.. ditambah dengan hanya pentingkan diri sendiri..

    BalasPadam
  18. ini kalau masuk aduan rakyat baru diorg tau..
    kena brkerjasama dgn penduduk bro tk bole dibiarkan lagi..

    BalasPadam
  19. Dah la buang sampoh merate.Dia bakor pulok ter.Berape punye saloh ter...

    BalasPadam
  20. owh tidak bumi hijau ku yang semakin tercemar....

    BalasPadam
  21. salam..itula sebabnya aedes mudah menjadi wabak huhuhuh

    BalasPadam
  22. salam
    gitulah perangai org malaysia...tahap civilization masih jauh ketinggalan

    BalasPadam
  23. isk..
    bahaya.. kalau api tu merebak... tak pun buat2 ada tin aerosol kat situ.. boleh meletup..

    kat area umah saya pun lebih kurang macamni.. dorang buang tilam, sofa merata2 sesuka hati.. kekadang buang depan umah orang...

    lepastu paling tak tahan..
    saya selalu nampak sorang pompuan naik moto dengan anaknya.. anaknya pegang sampah dalam beg plastik.. nanti maknya berenti kat tepi parit besar.. anaknya pulak akan hanyun sampah tu dalam parit tu..
    geram betul saya tengok..

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama18 April, 2011

    Bagi seseorang yang beriman.. sikap pengotor amatlah dijauhi sama sekali. Jadi.. tidakkah anda mahu menjadi sebahagian daripada mereka2 yang beriman??

    BalasPadam
  25. Anyone know where to report this kinda cases?

    BalasPadam