Koleksi Barang Antik Ku



Salam semua..bila bercerita bab barang antik pasti ramai yang selalu menganggap barangan tersebut pastilah berharga dari segi "comercial value" nya.Tapi pada saya barangan yang benar-benar tahan dan "value for money"saya anggap barangan antik dan mempunyai nilaian tertentu yang sukar di gambarkan.


Jersi Barca ini saya beli sekitar 1997 dan yang original. Dahulu saya begitu berminat dengan corak permainan Luis Figo sebelum beliau menyertai kelab Real Madrid.Masih berkeadaan baik jersi ini dan saya cuma pakai beberapa kali sahaja kerana ada simbol "cross kristian" di dadanya.Jika anda perhatikan saya telah memadam satu palang agar tidak terlalu ketara kelihatannya.Saya simpan sahaja jersi ini sebagai kenang-kenangan.


Haaa..gambar ini jangan ada siapa yang ketawa pulak yek?Hee..he..jangan terkejut jika saya katakan yang periuk nasi ini berumur hampir 20 tahun.Saya beli dan gunakan semasa saya masih bujang dahulu dan masih berfungsi dengan baik.Berjenama NATIONAL, rasanya dah tak ada jenama ini lagi kerana syarikat ini telah di ambil alih oleh  PANASONIC. Jika dahulu periuk nasi agak mahal harganya berbanding dengan sekarang,tapi anda lihatlah kesannya.Benar-benar berharga di sisi saya sekarang..Alah membeli,menang memakai..hu hu.


Kipas berjenama NATIONAL ini juga, saya dapatkan selepas membeli periuk nasi tersebut.Jadi sudah hampir kira-kira 18 tahun usianya.Nampak kan?Bagaimana kualiti barangan dahulu dengan sekarang..Benar-benar antik tetapi tetap berharga kerana masih boleh di gunakan.

Ini hanya sebahagian sahaja,akan saya utarakan lagi gambar-gambar barangan antik koleksi saya yang tersimpan dengan baik.Jika barangan elektrik kebanyakan masih boleh di gunakan dan berfungsi dengan baik.Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Oktober 02, 2010

27 Komen:

  1. Salam Zul Oit antik betul periuk nasi tu...
    Tul tu kawan suka juga menyimpan barangan lama ini ada kepuasan tersendiri.

    BalasPadam
  2. Salam Zul..

    Kawan ada Tv antik berusia 19 tahun..masih guna sampai sekarang..

    BalasPadam
  3. Salam zulkbo.periuk nasik tu tol2 antik.hehe.hehe.yang kipas 2 biase da,tapi periuk nasik memang antik lo..hehe

    BalasPadam
  4. peminat bola rupanya>>:)
    dulu mmg jenama National tu popular, kami pn ade satu kt umah still bepusing wlpun kdg2 bole ter off sendiri..hehe

    BalasPadam
  5. salam zulk..makcik setuju dgn pendapat zulk.barang2 dulu tak kira aaplah tahan lasak n lama.conton periuk n kipas nblender jenama national sampai sekarang masih boleh digunakan.barang2 sekarang gaya je yg lebih tapi tak tahan lama.

    BalasPadam
  6. salam
    wah....
    banyak gak erk barang2 lama
    caya la periuk nasi n kipas tu..lama usianya..
    betul tu...barang2 ni kalau kita jaga elok..mesti akan tahan lama kan...

    BalasPadam
  7. salam bang, barang2 jenama National mmg tahan lama kot coz nenek lissa punya fridge yg ntah baper tahun tu pon still berfungsi dgn baik.dr lissa kecik2 smpi da tua pon ada lg..hahaha

    BalasPadam
  8. salam
    20 tahun dan masih elok
    kagum dengan barang lama [termasuk orang lama]

    BalasPadam
  9. antik mksudnya dh lama dan bernilai bagi tuannya kan. so kalau tuan rasa ianya bernilai, antik la tu ehehe. eh nak pinjam periuk jap, nak masak nasi! lapar! ehehe

    BalasPadam
  10. salam...tak ramai yang mengubah salib pada jersi barca tu.Syabas saudara. Bukan itu saja..banyak lagi jersi2 antaranya portugal,brazil, ac milan,england (sekadar beberapa pasukan). Itulah propoganda kristian..dilambaknya jersi2 sedemikian rupa untuk mengenakan kita.Kita tak boleh memakai salib tapi mereka pakai kan kita salib pada baju2 sebegitu tanpa disedari. Nauzubillah....

    BalasPadam
  11. betul..brg elektrik dulu mmg tahan lasak berbanding skrg...mak lang msh simpan periuk mcm en zul nyer (msh bo guna pun)..usia nyer melebihi umo sy skang he3

    BalasPadam
  12. salam..sy suka jersi AC Milan

    BalasPadam
  13. barang2 elektrik dulu mmg than..lbh2 lagi yg national..umah mijie ada juga tv jenama national, bru je rosak..2 pun rosak sbb jarang guna. lagi seterika jenama national sampai skrg lagi elok dan msh digunakan..

    BalasPadam
  14. salam zul
    saya pun ada kipas dan rice cooker national ni, beli masa bujang dulu, masih lagi berfungsi hehe...barang dulu-dulu sangat berkualiti dibanding dengan sekarang....

    BalasPadam
  15. salam en zul,
    saya mungkin tiada koleksi antik kerana saya suka beri pada orang bila benda tu terperuk lama tersimpan..

    valuenya.. biarlah dalam ingatanku sahaja..

    BalasPadam
  16. kalau tengok Zulkbo punya barang 20 tahun...he3x saya punya lagi lama la ! saya ada tv kecik lebih 20 tahun masih boleh guna lagi...lain2 barang usah kira la...semua masih digunakan lagi

    BalasPadam
  17. brand national ni begitu famous suatu masa dulu kan?

    BalasPadam
  18. agak agak dah berapa guni beras yg ditanak dgn periok ini.

    BalasPadam
  19. 20 tahun lagi...tinggi nilainya tu

    BalasPadam
  20. salam, wah peminat barca tu...memang steady :D

    BalasPadam
  21. salam,
    barang antik ni lebih berguna kalau dapat dipakai.. macam barang elektrik tu..
    cukup cermat pemakainya..

    BalasPadam
  22. Salam sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Saya pun suka dengan barangan keluaran dari National, walaupun mahal sikit tapi worth buying..

    Now dah tukar ke Panasonic tetap juga menjadi pilihan...

    BalasPadam
  23. wah memang antik betul tuh bro.... iron pakai arang tuh pun antik gak...

    BalasPadam
  24. Barang paling lama di rumah ckLah adalah mesin jahit yang guna tangan dengan guri lama berusia 70 tahun. Suami minat sangat kumpul...

    BalasPadam
  25. salam..
    bagus brand national ni nampaknya...
    tahan lama.. mungkin diguna dengan cermat...

    BalasPadam
  26. syabas pd pgumpul brg2 antik..trskn usaha anda

    BalasPadam