Hikmah Dalam Wuduk





Salam semua..sengaja nak berkongsi aktiviti harian kita yakni berwuduk yang kadang-kala kita terlupa nak mengucapkannya sesuatu..mungkin dalam keadaan nak cepat berwuduk dan kita terlepas peluang ini yang sebenarnya amat mudah bagi kita..jom kita amalkan.


1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap 
benda-benda yang tak berfaedah. 


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih 
berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan . 


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri . 


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.. 


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang 
mengumpat, memfitnah dll. 


7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali. 


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Sekadar renungan bersama..Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 22, 2010

19 Komen:

  1. terima kasih diatas perkongsian... berwudhuk tentunya dapat menghilangkan dosa2 kecil...

    BalasPadam
  2. thanx for sharing..
    1 ilmu yg sgt bermanfaat utk semua..:)

    BalasPadam
  3. Salam Zulkbo.

    Kadang-kadang terlupa tentang doa ini.. sebab itulah kita kena sentiasa bersedia lebih awal menunggu seruan azan.. jika dah selesai azan baru tergesa-gesa selalunya terlupa.. Terima kasih kerana ingatkan..

    BalasPadam
  4. Terima kasih byk berkongsi ilmu yang bermanfaat ini. Salam hari jumaat yang penuh kemuliaan.

    BalasPadam
  5. Salam ziarah hari Jumaat..
    Semoga Jumaat anda dilimpahi ribuan rahmat..

    BalasPadam
  6. trima kasih kerana sudi berkongsi...
    btul tu, ape yg dituntut islam tu pasti ade hikmahnya....

    BalasPadam
  7. salam,

    Ketika kali pertama saya membaca artikel yang bermaksud sama, saya terus mengamalkanya....dan dah semakin melupainya. Kini bersua kembali dam berazam melafazkannya. Terima kasih atas ingatan.

    Terbaru : "Dunia Baru Heliconia"

    BalasPadam
  8. salam,
    manusia sering lalai & terlupa... terima kasih atas ilmu yg diberi.. semoga bermanafaat utk semua, dan semoga en zul mendpt pahala berpanjangan.. amin


    entry terbaru "susahnya menjaga hati"

    BalasPadam
  9. bagus jugek gini. selalu cepat je amik wuduk tau² dah siap.

    BalasPadam
  10. salam zulk..terima kasih berkongsi..satu article yg baik untuk semua.

    BalasPadam
  11. salam
    setiap kelakuan yg dianjurkan oleh islam mempunyai tujuan dan hikmah yg tersendiri
    siapa yg rajin, dialah yg dapat

    BalasPadam
  12. salam jumaat...
    abg zul thanks ye atas penjelasan & hikmah2nya
    moga kita manfaatnya bersama2 amin...

    BalasPadam
  13. Salam sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya di sana..
    Terima kasih berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  14. terima ksih info yg bermanfaat utk kita semua... :)

    BalasPadam
  15. Salam,

    Banyak hikmah berwuduk ni. 1 lagi jimatkan air, ada yang bila berwuduk, buka paip air sebesar-besarnya. melimpah2 air tu.

    BalasPadam
  16. Salam..sebaiknya kita hendak lah sentiasa dalam keadaan berwudhu..

    BalasPadam
  17. salam..
    sejuk hati baca hikmah2 mengambil wuduk pada setiap anggota.. terima kasih share ilmu yg bermanfaat.

    mak saya kalau nak tido pun dia ambil wuduk..
    dia pesan suruh buat macam tu jugak..
    tapi saya kekadang terlupa.

    BalasPadam
  18. salam,
    sungguh indah dan sempurna sekali setiap ibadah dalam islam tu

    BalasPadam
  19. Salam..terimakasih berkongsi pengetahuan yg sangat bermanafaat ini...juga buat ingatan bersama..setelah amalkan niat2 tersebut apa kata cuba amalkan diri sentiasa ada wuduk..

    BalasPadam