Salam semua..gempaknya tajuk entri ni? Jangan salah sangka pula ye? Tidak pernah lah seumur hidup saya buat yang tak baik dengan gadis-gadis sebegini.Sekadar berkongsi kisah dalam2-3 hari ini dalam hidup saya.
2 hari lepas seorang gadis dari Myanmar menalipon talipon bimbit saya bercakap dalam bahasa Inggeris dan bertanya apa khabar. Dah tentu saya cakap okey dan bertanya khabarnya juga.Saya perhatikan nombor talipon yang keluar adalah nombor panggilan antarabangsa.
Sikap saya yang tidak mahu kurang ajar walaupun saya tak pernah kenal beliau dan saya layan sahaja. Akhirnya beliau dalam nada menggoda meminta saya menalipon beliau semula bila saya senang dan berkelapangan, mengunakan nombor yang tertera di talipon bimbit saya.
Tidaklah saya jenis yang mudah di tipu kerana saya tahu pasti ada yang tidak kena, inikan orang yang tidak kita kenali dan saya pun tidak pernah ke Myanmar. Jadi panggilan semula saya abaikan, sehingga hari ini satu panggilan antarabangsa dari nombor yang lain pula.
Kali ini dari seorang gadis yang mengaku beliau dari Vietnam dan inginkan pertolongan dari saya.Memang manja betul suaranya dalam bahasa Inggeris yang agak pelat.Ermmm..saya bertanya seorang rakan cina saya, katanya memang ada sindiket menipu lelaki yang mudah lemah dengan perempuan sebegini sekarang.
Persoalannya kini, di mana mereka mendapat nombor talipon bimbit peribadi saya yang hanya boleh di dapati oleh kenalan rapat mahupun agensi yang berkaitan sahaja contohnya, bank ataupun agensi kerajaan? Buat rakan semua, pernahkan kalian mengalami sebegini? Apakah tindakan bijak dari anda agar tidak di ganggu lagi? Wassalam.
setakat ni org luar salah no ada le..
BalasPadamkalau bab menipu ni dalam email byk kami dpt..
zaman skang kena selalu waspada..
panggilan dari luar negara tak pernah pulak sy dpt..sms mengatakan sy berjaya memenangi wang ringgit berbelas ribu adalah..tp sy abaikan je..mungkin ada org kurang siuman cuba2 nk belajar menipu..
BalasPadamhati2 sajalah supaya tidak tergoda dn tertipu..
salam...
BalasPadamisk.. bahaya ni.. macam2 cara orang sekarang nak menipu... lain kali kalau dia call.. gertak dia nak buat report polis..
salam
BalasPadamlain kali cakap je 'sedang meeting'
siang ke, malam ke, pagi, petang... cakap sedang meeting je
hehehe
@tehr
BalasPadamCadangan yang baik saudara..
nanti dia call lagi saya cuba..he he
@annfrendly
BalasPadamTakut juga lagi galak dia
mengacau pulak..
@Idalara
BalasPadamMemang macam-macam taktik
sekarang ni..semoga anda juga
berhati-hati..
@LiFe KaMi
BalasPadamEmail jangan cerita lah..
bab menang berjuta dah acap
laki sangat saya dapat..huhu
hehehe..abg zulkbo...sy pernah di telefon oleh org indon yg ngaku melayu....cakap melayu tapi pelat indon masih ada...'bisa' 'ngomong'
BalasPadamsalam cik zul
BalasPadameh kena hati2 ni
memang ada sindiket mcm tu skrg
kalau saya, waktu jawab tipon tu bunyi bising2, saya jawab sorry i can't talk, i'm driving..
kalau sedang sunyi sepi, saya jawab,'sorry, i can't talk..i'm in library or i'm meeting..
dan selalunya memang lepas lah..hehhee
salam abg zul..byk kali sy terkena cenggini..kebetulan wife sy duk sebelah, sy bagi wife sy layan..pas tue..tenkiu la jawabnya hahahah
BalasPadamamboiii...
BalasPadamkena goda uuu..
hahahaha
hati-hati ok !
Dapat drp mana kadang tu mungkin dia org main tembak aje...:) apa pun kawan mudah aje skg nei kalau nombor tepon pelik2 kawan bairkan aje tak nak angkat sebab macam2 dah kena :)
BalasPadamsalam
BalasPadamcheqna tak bagi pun nombor enzul pada sesape..hehehehehehehe
kena hati2 skang ni..
moga sihat selalu ye
ooo...en.zul xtergoda la ye?? hahhah
BalasPadamsetakat ni xde sape2 call mcm tu lg tp kena sebarkan info ni kat kwn2 takut ade yg tergoda,trus msuk perangkap...
Cuba ajak dating dulu..hehehe!
BalasPadamSalam Zulkbo.
BalasPadamKak pernah dapat panggilan dari pak indon banyak kali org berbeza.. malas layan ckp salah nombor je. letak.. alasan dia nak berkenalan.. ish
salam & slamat pagi... abg zul
BalasPadamuitt terkejut angah dengar tak pernah lak angah malah bukan angah tapi keluarga angah pun tak pernah berlaku...apa yg perlu abg zul jgn call balik & jgn layan diorang jer..
angah takut diorang nak nie jenis nak telan duit phone kita la... ada cek tak lepas tue????
time ni nak test iman..hehe
BalasPadamsalam zulk..yalah kan macam mana mereka dapat no.telefon kita ..mesti ada sendikit ni..kena lebih hati2..jangan mudah tergoda dgn suara manja2 yg nak menkikis tu..
BalasPadamsalam zul..
BalasPadamZaman sekarang mcm2 cara org nak menipu..kalau dah gitu terang2 nak menipu la tu...abaikan aje atau blok no dia tu
Salam...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Saya pun banyak kali juga dapat panggilan dari luar negara tapi saya tak pernah jawab kerana jika nombor yang tertera kat handfon saya tidak tersenarai dalam phone book saya, tak berapa suka nak layan...
cam tu pun ada?
BalasPadamsop biasa no yg pelik2 mmg tak angkat..
kadang no malaysia yg seperti bank, syarikat pengiklanan pun x angkat
kalo koi le.....biar dier bercakap sorang2 dulu...sambil tu kita wat keje lain...
BalasPadamsalam,
BalasPadamzaman sekrng mmg byk penipuan dah... tapi masih ada jugak org2 kita tertipu jgk kan.
entry terbaru "kekasih gelapku"
Klu jenis yg mudoh tergoda mmg licin la baki dlm akaun bank gamoknye yek...
BalasPadamKoi dulu sokmo orang telepon kabo koi dah menang ratus2 ribu.Tapi bile koi kabo nok jumpe dia beri macam2 alasan.Mempedooh saje...
BalasPadamKalau dapat call daripada no yang tidak dikenali.. reject jer call tersebut! Tak perlu nak rasa bersalah..
BalasPadamSalam Zul,
BalasPadamSaya pun pernah mengalami keadaan ini, abaikan sahaja.. jangan di layan.
Saya jarang angkat telefon jika no tidak didikenali secuali sms terlebih dahulu..
SALAM,
BalasPadamBILA ADA CALL DRPD NOMBOR YANG KITA TAK KENALI, JADI SERBA SALAH NAK JAWAB ATAU TIDAK. BIASANYA LF JAWAB JUGA. KALAU LF RASA LAIN MACAM JE, LF AKAN TAMATKAN SAMBUNGAN.
KALAU LF SENDIRI NAK CALL ORANG YANG TAK KENAL LF, LF AKAN HANTAR SMS DULU MEMPERKENALKAN DIRI DAN BERITAHU AKAN CALL SEBENTAR NANTI.
@luahfikiran
BalasPadamTerima kasih Saudara LF
nanti saya cuba praktikkan
bahayanya... bro nie orang besar... so selalu jadi target kot??? setakat nei tak pernah..cuma kena suruh masuk insurance, register astro adalah...
BalasPadamsalam
BalasPadamwah ni baru punya style ni. Setakat ni saya tak pernah kena lagi camni, kalau setakat menang cabutan bertuah (palsu) tu ada 2 3 kali...
tapi tu lah, sapa yg dok jual nombor telefon kita ni ek?
Macamana hal macamni boleh terjadi sepatutnya privacy customer kena jaga tidak boleh dipihak ke 3
BalasPadamsah, kaki pembohong tu...ada macam macam panggilan saya terima. maleh nak jawab
BalasPadam