Cara Pengiklanan Klasik Yang Di Perbaharui.



Salam semua..iklan sering di kaitkan dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih.Media elektronik selalunya memainkan peranan yang berkesan dalam melahirkan sesuatu kualiti pengiklanan.Bermula dari situ, setiap iklan yang di paparkan mempunyai nilaian tertentu bergantung pada waktu siaran.

Amat jarang sekali kita lihat manusia kembali kepada sesuatu yang manual atau di katakan kembali semula ke belakang.Perkara ini kemudiannya menjadi sesuatu yang baru pula buat generasi yang sudah terbiasa dengan kemudahan teknologi yang semakin tanpa batasan sempadan.

Berkongsi gambar yang saya snap lepas makan tengahari tadi sekitar Jalan Ampang, segerombolan "robot" berkepala besar membawa papan mesej pengiklanan dari sebuah bank terkenal di Malaysia dalam usaha mereka mengiklankan produk syarikat mereka.


Benar-benar menangkap setiap mata yang memandang, sehingga tertoleh-toleh untuk melihat kumpulan ini yang berjalan di dalam kesesakan orang ramai .Termasuk ada yang seperti tekejut mahupun ketawa melihat gelagat mereka yang selamba sahaja berjalan dalam barisan tanpa bersuara.

Dua kali pandang nampak macam makhluk asing mana yang berhelmet besar berjalan di sekitar bandaraya.he he..Pada pandangan saya iklan ini benar-benar menarik dan berkemungkinan besar mesej yang ingin di sampaikan mudah sampai ke pengguna.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 11, 2010

26 Komen:

  1. iklan bank ape yer? menarik jugak konsep iklan macam nie...

    BalasPadam
  2. Benda yang menarik selalu buat kiter pandang 2 3 kali
    memang berkesan , aneh jew tgk kepala dia

    BalasPadam
  3. hohoho! ini betul2 ufo turun ke bumi =p

    BalasPadam
  4. Iklan bank ape ni rodong. Doh mcm alien nok tawan bumi doh gayenyer...

    BalasPadam
  5. salam zulk..eh makcik rasa baru je baca ,dah ada yg terkini.hehe macam tv3 je..
    kalau iklan nampak tu tentu menarik perhatian dan sampailah maksud tuan punyanya ya..

    BalasPadam
  6. @maslinamansor

    Bank yang mula dengan huruf R**

    BalasPadam
  7. mmg aneh! lawak pun ada.... hehhee

    BalasPadam
  8. Kalau terserempak diwaktu malam hari emboh tercabut jantung kita hehehe.....

    BalasPadam
  9. Lumayan upahnye tu bro..
    mau cecah ratusan rm sehari..
    panas nk pkai bju tu tgh2 panas..

    BalasPadam
  10. menarik jugak.. yg pasti kita akan mahu lihat sbb jarang kita jumpa camni

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.
    Iklan yang penuh inovasi sebenarnya.
    Saya selalu tengok pekerja pasaraya 'Gulatis' kalau tak silap, bawa banner kat belakang macam bawa beg sekolah.

    Saya terfikir juga, sejauhmana iklan seumpama ini dapat menarik perhatian dan seterusnya meraih pelanggan?

    Apa pun yang pasti ia merupakan pendekatan yang menjimatkan, jauh lebih murah.

    TQ

    BalasPadam
  12. hidup memang perlu kreatif.. tak gitu?

    BalasPadam
  13. wow..kalau jadi patungtu sehari rm50..saya nak la..

    New Entry "Kapal Terbang Yang Terbang Seperti Burung"

    BalasPadam
  14. salam
    idea yang kreatif ni
    memang dapat menarik perhatian orang ramai

    BalasPadam
  15. jgn smpai FBI dtg suda..xpn NASA ke..nk buat kajian..haha...
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

    BalasPadam
  16. Memang menarik perhatian pun kala dah gini

    BalasPadam
  17. Aslmkm Zul.
    Dalam dunia perniagaan yang mengaplikasi konsep 'dynamic management' misinya ialah:
    Apa yg terutama ialah mesej sampai kepada 'all potential customers' & diterjemahkan kepada kemahuan yang dapat menjanakan semaksima jualan.
    Jadi cara canggih, atau cara tradisonal disesuaikan dengan suasana.
    Chewahhh!!!

    BalasPadam
  18. hehe macam2 ragam org buat iklan rupanya...:)

    BalasPadam
  19. Ingatkan alien mana yang turun kebumi tadi..

    BalasPadam
  20. Salam,

    Wah,menarik sekali strategi pemasaran mereka :)

    BalasPadam
  21. salam..
    memang bagus buat iklan macamtu.. orang mesti tengok sebab nak tau ape benda yang pelik pakai helmet besar macam tu..hehehe...

    BalasPadam
  22. Assalaamu`alaikum
    strategi orang burger (kalau tak silap) memang berkesan. Pada saya lagi pelik cara pengiklanan kita, maka makin laris hasil jualan kita kelak.

    Boleh tak saya letak komen membina? Terdapat kelewahan ayat dalam artikel di atas, iaitu "Amat jarang sekali kita lihat manusia kembali kepada" ia sepatutnya dibaca -Amat jarang kita lihat manusia kembali kepada-
    Minta maaf di atas sikap kurang ajar saya

    BalasPadam