Salam semua..selamat berhari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari.Perbanyakkan salawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Mohamad SAW. Semoga kita semua menjadi umatnya yang mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti.
Pulang dari solat jumaat tadi, saya ke Taman Shamelin atas urusan dengan Pos Laju. Sepanjang jalan pulang ketika berhenti di traffic light, saya terpandang seorang pemuda melayu sedang melayan "stim" nya di tepi jalan.
Manusia yang sebegini memang sudah tiada perasaan malah,tiada kehidupan juga.Setelah mendapat kepuasan dengan najis dadah mereka tanpa rasa malu akan melayan keseronokan dalam alam mereka walau di mana-manapun.Terasa sedih saya melihatnya.
Saya selalu berpesan pada diri saya serta ahli keluarga saya.Biarlah kalian nakal macam mana pun, perkara yang melibatkan dadah jangan lah di cuba.Setelah di cuba akan datang ketagihan,bila ketagihan sampai ke tahap kronik sudah tidak berguna lagi.Anda akan hanya bertuhankan dadah.
Pengalaman saya dengan rakan-rakan sekampung yang terjebak dalam kancah najis dadah ini benar-benar mengajar saya agar membenci perosak manusia ini (najis dadah). Pernah dahulu seorang rakan baik,selepas SPM mendapat keputusan yang cemerlang dan di tawarkan terus ke universiti.
Setelah setahun saya bertemu beliau semula di Kuala Lumpur dan beliau telah di buang dari universiti akibat di tangkap menghisap dadah di dalam asrama universiti.Kerana memalukan keluarga beliau tidak balik semula ke kampung, sebaliknya mencari pekerjaan di bandar dan terus hanyut di sana.
Berita terakhir yang saya dengar beliau masih lagi membujang dan sudah bertuhankan najis dadah.Hidup ibarat mayat hidup dan hanya menanti ajal bertandang apabila di sahkan mengidap penyakit aids akibat perkongsian jarum suntikan najis dadah.
Buat pembaca sekalian, jauhilah najis dadah..katakan tidak kepada dadah, jangan sesekali di cuba. Seandainya telah mencuba, cubalah berhenti sebelum kalian sampai ke tahap tidak boleh hidup tanpanya.Keseronokan hanya sementara,tapi akibatnya membawa ke mati yang hina.Wassalam.
sedih tgk kalau bangsa kita jdk camtu...mintak dijauhkan dari kita serta keluarga..
BalasPadamsalam aok,
BalasPadamlama tak jengok, banyak sgt prob
hukhuk...
saya juga ada pengalaman dgn org sebegini
2 org sepupu saya dari negeri sembilan
meninggal akibat dadah
dua2 disahkan hiv +ve
seorang dibuang keluarga
datang berjumpa ayah saya dgn harapan berubat
tapi
berubat apanya bila dah sah2 +ve hiv
ayah bagi dia tinggal di rumah lama kami
dan akhirnya 2 tahun lepas
dia meninggal dgn azabnya depan mata adik beradik saya
darah keluar mencurah2 dari rongga badannya
dia sempat meraung kata panas dan nak mati rasanya
darah memancut2 keluar dari semua rongga badannya
time dia nazak, adik beradik dia semua tak nak datang,
bila meninggal, keluarga saya uruskan semua pengebumian dia
baru adik2 beradik mereka datang ziarah
kini kuburnya ada diterengganu..
sebab peristiwa itu, saya punya sedikit rasa 'jengkel' dgn sepupu2 saya itu...
rasa kesal dan rasa marah sebab sanggup lepaskan bebas adik2 mereka pada mak ayah saya yg dah tua dan sakit...
tapi semua itu dah takdir tuhan
ada hikmah sesebalik cerita itu...
sekurang2nya ada alasan anak2 sedara ayah datang keterengganu, mungkin ingin menziarah kubur adik mereka...
semoga arwah aman damai dan diterima Allah swt. amin..
aok sihat ke?
dadah bahaya giler. dulu kalo kecik2 banyk iklan mengenai bahaya dadah, jadi takut. bagus betoi iklan tu sampai skang saya ingat.
BalasPadamCampok dlm kandang rimo je org gini....
BalasPadam@blueCITY®
BalasPadamSaya sihat Biru..terima kasih berkongsi sama kisah anda..benar tersentuh saya membacanya..moda aok pun sihat selalu..
salam zulk..baca pengalaman blue city cukup menakutkan...
BalasPadamkenapalah bangsa kita yg ramai menagih ni..
Jangan ada niat pun nak cuba,
BalasPadamsekali cuba abes laaa
Jauhlah najis dadah sekali dicuba merana sepjang usia. Amat simpati dgn nasib anak bangsa kita.
BalasPadamubat bagi puak2 tu tidak lain tidak bukan ialah .............mati aje...baru selesai masalah...
BalasPadamtugas kita untuk mentarbiahkannya :-)
BalasPadamsemoga suatu hari mereka2 ini kembali ke pangkal jalam..
BalasPadammudah2an..
amin~
pernah lihat orang macam ni....habis duit gaji ! cara hidup tak tentu....dah tahap kronik...alhamdulllah Allah swt amat menyayangi - selamat kembali kerahmatullah
BalasPadamSalam bro..kesian tengok kehidupan diorang macam ni, hidup bergantung pada dadah..
BalasPadamsalam...
BalasPadamsedih.. ramai betul yang hidupnya musnah angkara dadah...
kalau dah mula hisap dadah memang payah @ takde harapan nak berhenti..
Salam,
BalasPadamSedih,kecewa,marah pun ada,bila lihat mayat hidup ni,kalau dah tahap tu..mmg susah nak berhenti.
Salam.
BalasPadamDah Dadah tu musuh nombor satu negara. Sebab bahayanya hingga boleh membunuh dan melumpuhkan ekonomi negara. Time sya pigi KL dulu, nampak banyak dorang ni di tepi sungai. Macam takde orang AADK tangkap pun.
Aslmkm Zul.
BalasPadamKita mampu mendidik anak-anak dengan baik.
Pastinya memerlukan asas negara yang kukuh & dokongan masyarakat yang teguh. Barulah segalanya akan utuh.
Tiada apa sangat yg dapat kita lakukan selain berdoa agar menutup segala pintu hati manusia kepada najis ini.
Memang sedih sekali. Anak-anak bangsa Melayu yg paling ketara terjerumus ke dunia hina & keji ini kerana bangsa Melayulah antara paling mudah ikut2an. Sekarang terlalu ramai yang menjadi sampah di merata2 tempat.
apabila mereka da ketagih memang sukar skali ingin melepaskannya.. jangan sesekalai ade perkataan ingin mencuba akibatnya merana seumur hidup..
BalasPadamSalam...
BalasPadamMoga dijauhkan dr kalangan kita semua dan keturunan drpd terjebak dgn najis dadah...
Salam en zulkbo.
BalasPadamDadah ni menular bagaikan barah dan bangsa kita kian parah menunggu rebah di bumi bertuah.
salam
BalasPadamsaya turut sedih dengan keadaan sekarang
si penagih memang sukar berfikir tanpa bantuan orang yang waras - mereka perlukan bantuan
kesalahan lebih besar ada pada pihak pengedar kerana mereka memang dapat berfikir dengan baik
masyarakat perlu membenci PENGEDAR DADAH bukannya PENAGIH DADAH
Bila dah jadi "sayur reput" begini hidup tidak ada apa-apa makna lagi.Malah menyusahkan diri sendiri,keluarga dan masyarakat.
BalasPadamsalam akhi Zul...
BalasPadamkalau perkataan dadah bg org utara, ada lg satu maknanya...
jom kita ikuti dialog ini,yg diceritakan sendiri oleh jiran ummi suatu masa dulu..
jiran bersama sorang rakan dia bhijrah ke negara jiran di selatan tanahair untuk mcari rezeki sbgai buruh binaan...
sblum masuk kerja diorang berdua berbual l/krg gini ayatnya " jom kita hisap dadah rokok nie" (jom hisap siap2 rokok nie) apalagi terus mereka kena cekup n masuk lokap ....
he he he memang cerita betul tau
salam,
BalasPadamdadah membawa padah,
mendedah aib,
diri sendiri.
@Ummi Humaira
BalasPadammesti ada yang tak faham..
makdud "hisap dadah rokok"
bagi orang Utara.."hisap dulu rokok"
he he..terima kasih ukhti Humaira..
memang lawak..hu hu
salam
BalasPadamsemoga terpeliharalah keluarga kita dari ini semua.. dan moga anak bangsa kita cepat sedar dengan kelaialaian yg merugikan diri sendiri
Salam...
BalasPadamSedih, kesian dengan bangsa sendiri...
Sudah terlajak susah nak berundur kembali...
dulu mak sop takut sgt sop terlibat dgn dadah..
BalasPadamsiang malam dok berdoa agar sop tidak terlibat..
maklum anak dia nih aktif lepak2, keluar malam..
berkat doa mak, sop memang tidak terlibat (ada cuba yg ringan2 tp skdr mencuba)
kat kampung, ramai kawan yg terlibat dgn dadah. kawan2 yang terlibat memang hanyut habis.. ada yg 1 keluarga terlibat pun ada (adik beradik)..
skrg bila blk kg, mesti ada cerita kawan yg tu meninggal, ini meninggal kerana aids..
moga dadah ini dapat dihapuskan :)
salam
BalasPadammintak jauh dari perkara2 sebegini...sedih melihat manusia seagama sebangsa jadi sebegini rupa...
dadah harus dijauhi.... musuh negara no1!!
BalasPadam