Anda Mahu Kuat ? | 18sx


Salam semua..anda pernah lihat iklan ubat kuat untuk lelaki-lelaki yang tidak berapa kuat di Malaysia ini ? Jangan marah lah ye? Jika ada yang terasa..memang niat pengiklan itu pun hendak menarik perhatian lelaki-lelaki yang mungkin kurang "kuat".Tak tahulah dari segi apa?Samaada dalam hubungan kelamin atau untuk pekerjaan yang memerlukan tenaga yang kuat.

Kalau nak di ceritakan ada pelbagai ubatan kuat untuk lelaki di Malaysia ini.Dari tongkat ali hingga ke biawak pasir "dhap" yang amat terkenal satu masa dahulu.Di tambah lagi dengan penggunaan minyak lintah, gambir Sarawak serta minyak kelapa dara..he he, tahu belaka Encik zulkbo kita ni ye..? la la la..orang lelaki..!

Tahukah kaum hawa di luar sana lelaki memang rasa agak malu kerana keegoan mereka tinggi seandainya kurang memuaskan pasangan mereka? ( itupun jika jenis lelaki yang bertanggungjawab). Jadi mereka ini pasti akan cuba mencari penawar untuk memuaskan pasangan masing-masing. Bergantunglah pada diri sendiri, pasti ramai yang tidak mahu di katakan mereka kurang "jantan".

Merujuk iklan di atas, yang sebenarnya bukanlah bermaksud ubat kuat tenaga batin. Iklan tersebut lebih merujuk kepada masyarakat cina yang menganggap wang adalah segalanya.Wang pada mereka "ubat kuat" tersebut.Bila ada wang semua boleh buat, badan yang sakit pun jadi sihat. Iklan tersebut di iklankan oleh "along-along" pencekik darah dalam usaha mereka untuk mengaburi pihak berkuasa. 
 
Dari info yang saya dapat ada sesetengah along ini didalangi golongan yang bergelar Datuk dan mereka merasakan berkuasa.."semuanya boleh kautim.."Mereka dengan sesuka hati menggantung banner mahupun iklan di tiang-tiang lampu, malah tempat-tempat awam yang lain.Buat sahabat sekalian berhati-hati dengan tektik mereka.

Jangan mudah terpedaya berhutang dengan golongan along-along ini, sudah banyak cerita tak elok kita dengar terpapar di media-media sebelum ini, Jangan jadikan diri kita dan keluarga termasuk di dalam statistik yang ada di dalam rekod polis.Jadi tepuklah  dada tanyalah akal..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Oktober 07, 2010

22 Komen:

  1. salam
    betul jugak tu, ada duit semua boleh jadi kuat hehehe

    BalasPadam
  2. Oit kawan ingat aok nok menjual ubat kuat tadi hehehe..jangan cari pasal dgn along nei.

    BalasPadam
  3. kawan saya ahh kwat mmmg kuat sungguh...dia boleh kuu wat kan ape yg tak kuat..nak menuntut ilmu dgn dia pengerasnya ubat koh watt...huhuhuh

    BalasPadam
  4. Salam zul..

    ubat kuat lelaki dimana2 ada..
    semuanya mengaku kuat kann..

    BalasPadam
  5. taktik ah long ni macam2 cara nak menipu org..jangan terperangkap

    BalasPadam
  6. huuhuhu!! duit adalah ubat kuat ku, opsss heheheh

    BalasPadam
  7. boleh percaye ker...
    iklan jer mcm menarik,jgn terpengaruh..silap2 memudaratkan diri..jgn nak cari penyakit...

    BalasPadam
  8. salam,
    baik berubat kampung atau hospital jer. Takut nanti bila guna ubat2 yang pelik2 nie... lain lak jadinya

    BalasPadam
  9. salam abg zul..

    betul tue angah ada perasan gak..tapi kan??? dalam berita dah saran jgn percaya benda2 nie?? kan???

    BalasPadam
  10. btl tue..tepuk dada..
    ubat kuat nie bleh mghancrkan rumah tngga..

    BalasPadam
  11. ohh ada dua maksud rupanya..hehe
    bole buat org salah kol ni..:)

    BalasPadam
  12. tak cukup kuat le koi selama ni... tapi taknak cari along

    BalasPadam
  13. Salam sdra..

    Saya ternampak iklan tu tergantung di merata tempat semasa di KL pada penghujung minggu lepas. Dalam hati, lepas ni adalah nanti di kalangan bloggers akan masukkan dalam entri mereka.

    Ubat kuat pun kalau kudrat dah tak kuat, tak kuat juga jadinya...:)

    BalasPadam
  14. @Abd Razak

    Salam saudara ku..
    akhirnya saya orangnya..
    he he..alhamdulillah..

    BalasPadam
  15. tengok iklan tu ingatkan ubat kuat yang tettttt tu...hihi

    BalasPadam
  16. Salam,

    Bersepahkat trafic iklan macam ni he3...oh iklan along rupanya :)

    BalasPadam
  17. Salam Zul,
    Yang betul2 iklan ubat kuat secara terbuka macam tu pun banyak. Memalukan kita kaum lelaki je...

    BalasPadam
  18. lah...ingatkan kuat ape..along?? mcm2..malang ler laki2 y kal sbb nk kuat he3..along y angkat kal :P

    BalasPadam
  19. patutnye along nih penyayang..
    sbb dia anok sulung...muahahaha..
    ni tdk,men baling cat ke umah peminjam la...
    kurung la..tetak la...eee..ngeri

    BalasPadam
  20. Mule kuat lepas ter ke lahad...

    BalasPadam
  21. salam zulk..sekarang ni kalau berduit semua boleh dilakukan..jangan cari pasal dgn along seorang ni..nanti menyesal sepanjang hayat..

    BalasPadam
  22. salam..
    iklan ah long rupenyee...
    ish.. jauhkan diri dari ah long.. nanti tak pasal2 jari kene potong.. umah kene simbah cat... takott..

    BalasPadam