Salam berhari Isnin semua, semoga di rahmati Allah jua hendaknya kita sekalian.Sekadar berkongsi berita yang berlaku semalam.Tarikh 10-10-2010 adalah hari yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi,namun ada peristiwa yang tersemat di dalam hati setiap individu.Baik peristiwa gembira mahupun sedih.Kita mulakan;
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam.Antara pasangan yang mengambil kesempatan dari tarikh 10-10-10 untuk mengabadikan kisah cinta mereka.[Gambar mStar]
Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha tentunya boleh berbangga apabila telah mengakhiri zaman bujangnya sebagai selebriti tanpa sebarang kontroversi.Gadis pilihan hati Noor Baizura Mohd Sabri, 26 secara sah telah menjadi isteri kepada pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu itu, selepas selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis serba sederhana di kediaman pengantin perempuan di Sungai Besi [Gambar Murai Dot Com]
Malaysia ditimpa kekalahan ketiga berturut-turut malah lebih besar, kali ini kepada Australia 7-0 dalam perlawanan Kumpulan A hoki Sukan Komanwel XIX Delhi di Stadium Kebangsaan Mej. Dhyan Chand, semalam.Anak buah Stephen van Huizen yang sudah terlepas tempat separuh akhir dan sebarang pingat, kini cuma mampu menduduki tempat kedua tercorot kumpulan selepas empat perlawanan[Utusan]
Berita paling menyedihkan..Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.[mStar]
Salam hari Isnin zul.. gitulah warna-warni kehidupan ada suka dan duka salam takziah buat keluarga mereka yang terlibat didalam kemalangan tersebut.
BalasPadamsalam,
BalasPadam10.10....anak keduaku lahir kedunia ini...
@ahmad humairi
BalasPadamErmmm..ada memori juga yak aok ter?he he..tahniah!
@akuanakpahang
BalasPadamBegitu lah gayanya kehidupan ni Yassin..gembira @ sedih lumrah kehidupan..
SAlam,
BalasPadamMacam-macam terjadi untuk mewarnai 10.10.10 nie.
suka duka lumrah alam
Salam...
BalasPadampasukan hoki Malaysia dh jd mcm bolasepak...
dulu jagoan skang dh mkin malap...
salam
BalasPadamtahun depan 111111 plok kan??
erm..nak kahwin r..laalalalalalala
salam,
BalasPadam10/10/10 satu tarikh yg sesuai untuk dijadikan kenangan...
Sangat menginsafkan ..
BalasPadamAda suka - tahniah pasangan pengantin
dan duka ..
alfatihan buat keluarga yang terbabit
101010 - saya tdo dirumah, heheheheh
BalasPadamsalam akhi Zul...
BalasPadamsegala2nya telah berlaku semalam , ada suka ada duka ...hanya Allah saja yg tahu hikmah disebalik kejadian...
Alhamdulillah ...
masyaAllah
salam,
BalasPadampasal eksiden tu sy tak perasan pun, tapi lepas penjaga tol cakap eksiden tu berlaku 10-10-10 baru lah sy perasaan
apa2pun takziah buat keluarga mangsa
tahniah buat dua pasangan di atas
Salam sdra...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya...
10-10-10 Jemputan Majlis Akad Nikah dari Mohd Farid Mohd Rashidi seorang pelajar di Universiti Azhar dan seorang blogger. Majlisnya di Dungun, Trengganu. Tak dapat hadir, jauh. Tahniah!
Sila ke blognya : http://www.faridrashidi.com
semuanya datang dari-Nya... baik dan buruk milik Allah...
BalasPadamSalam Zul,
BalasPadamKehidupan.. yang dalam suasana kegembiraan di ucapkan Tahniah dan yang yang berada dalam kesedihan diucapakan takzian. Besabarlah semuanya dugaan Allah..
byk peristiwa yg berlaku smlm...
BalasPadamksian tgk mangsa kemalangan tu...sedih dan ngeri...takziah...
smlm saya tgk maher zain... ;)
salam..saya tunggu 13.13.13..siapa berani buat????
BalasPadamada apa pada tarikh?
BalasPadamhanya meninggalkan sebuah memori..
pahait atau manis..
salam zulk..makcik tak tenguk pun majlis tu dalam tv ..entah tak minat kahwin2 glamour ni...
BalasPadamkahwin pada tarikh2 apa2 pun tak penting ..yg penting kasih sayang tolah ansur dan menerima pasangan seadanya agar rumahtangga kekal hingga akhir hayat..
Macam2 perkara berlaku pada tarikh tu. Ada suka ada duka. Semoga kita semua dihindari dari segala bala dan bencana....
BalasPadamsalam..
BalasPadampaling menyanyat hati pasal tragedi bas ekspress tu.. ramai yang terkorban..