Video | Hari Pembinasaan



Salam semua..kita sebagai seorang muslim di wajibkan mengimani kebenaran hari pembinasaan, yakni hari kiamat, yang tiada kehidupan lain sesudah hari tersebut.Sering di gambarkan oleh penganut agama lain yang turut mempercayai hari kemusnahan ini dalam filem-filem mereka, mengambarkan betapa di hari tersebut semua kemusnahan menanti manusia dan segala kehidupan di alam ini.

Untuk itu kita mengimani kebangkitan, yakni dihidupannya semua mahkluk yang sesudah mati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, yang maksudnyanya:"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang ada dilangit dan siapa yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka bangkit menunggu (keputusannya masing-masing).” (QS. Az-Zumar: 68)




Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bakal ada tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai di suatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, padahal di situ ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing”.[Riwayat Bukhari Muslim]


Huraian Hadith:

Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang bersalah dan yang tidak bersalah, orang yang baik dan orang yang tidak baik, ia akan mengenai semuanya apabila hari pembinasaan itu berlaku.Di suatu zaman, akan berlaku penyerangan atau pertempuran diantara golongan atau puak terhadap kota Mekah, yang melibatkan ramai terkorban. Dan ramai yang telah cedera akibat pertempuran itu.Sebelum mereka sempat memasuki kota Mekah mereka semua akan di binasakan.

Perhitungan atau balasan diakhirat kelak hanya terhadap mereka yang bersalah. Bagi semua pejuang akan menerima perhitungan menurut niatnya. yang baik akan menerima balasan yang baik manakala pejuangan yang jahat akan menerima balasan kejahatannya diakhirat kelak..wallahualam.Bersediakah kita untuk semua ini?Tingkatkanlah keimanan kita dengan menambah amal ibadat sempena 10 malam ramadhan yang terakhir ini.Semoga kita menjadi manusia yang tidak alpa.Wassalam.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Video :Zaharudin.Net (Facebook)




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, September 03, 2010

33 Komen:

  1. Salam,

    Janji Allah itu benar!terima kasih kerana berkongsi video ini.Ustaz Zaharudin salah satu ustaz kesukaan saya.Mari sama-sama kita renungkan "bersediakah kita untuk itu?"

    BalasPadam
  2. moga Allah menyelamatkan kita pada hari yang dipenuhi dengan tipu daya dajjal dan kuncu-kuncunya

    BalasPadam
  3. salam,
    peringatan yang amat berguna sekali
    err kenapa video tu tak leh tengok pulak..

    BalasPadam
  4. @cemomoi

    Koi setuju dengan aok weii..
    sesamalah kita menghadapinya
    jangan lupa bayar zakat fitrah tahun ni..he he

    BalasPadam
  5. @Mankuchai

    Bagus ustaz Zaharudin ni
    berdakwah melalui FB..
    koi cuma panjangkan sahaja..
    sesamalah kita mengambil
    iktibar darinya..

    BalasPadam
  6. @etomyam

    Saudara..
    ini teknik terbaru
    embed video dari FB
    tak tahu pulak PC
    tuan..saya cuba semua
    browser okey..
    maaflah jika
    tak dapat layari
    jika berminat
    boleh ke FB
    ustaz Zaharudin

    BalasPadam
  7. alamak! xdpt nk tgk video la... xpe2 nnt singgah lagi...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Subahanallah..bertapa takutnya kawan melihat gambaran akhirat drp video ini. Semoga kita dilindungi oleh Allah jua drp segala keazaban ini.
    "semoga kita tidak terdiri drp mereka yang lalai dan rugi utk mengingati semua ini, bertapa hari pembalasan itu pasti akan terjadi"

    BalasPadam
  10. @akuanakpahang|nick irfan

    Moga kita mendapat sesuatu darinya..
    selamat berpuasa untuk hari seterusnya buat kalian berdua.

    BalasPadam
  11. salam.

    kesimpulannya yang paling utama dalam setiap tindakan adalah sentiasa perbetulkan niat kita.

    BalasPadam
  12. @al-lavendari

    Jawapan yang tepat dan padat sekali tuan..semoga anda selalu sihat dan di rahmati Allah jua.

    BalasPadam
  13. Salam Zulkbo

    Semoga kita sentiasa beringat dan mempersiapkan diri untuk bertemu denganNya.

    BalasPadam
  14. @Werdah

    Terima kasih singgah..
    kita persiaplah apa yang patut
    amal yang baik,perbanyaklah bersedekah di bulan mulia ni
    penuh keberkatan hingga ke SANA..

    BalasPadam
  15. yup..betul tu sebagai muslim, kita wajib mempercayai hari akhirat...

    BalasPadam
  16. @zella y

    Video itu tidaklah sehebat kiamat sebenar tapi sudah cukup menggerunkan

    BalasPadam
  17. pada zaman serba moden ini perlunya ada ustaz macam zaharudin berdakwah dengan cara tersendiri.

    New Entry "Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri"

    BalasPadam
  18. salam,
    terasa adakah diri ini sudah cukup amalan nya...

    BalasPadam
  19. salam cik zul
    subhanallah,
    terima kasih berkongsi info di sini
    mudah2an jadi peringatan buat kita

    BalasPadam
  20. dustaz zaharuddin ni pakar dalam islamic banking industry dalam malaysia nih. pernah attend seminar yg uitm buat. best.

    BalasPadam
  21. terima kasih zulkbo..same2 kite persiapkan diri dgn bekalan taqwa..ameen

    BalasPadam
  22. supaya kita dapat menginsafi diri dan bertaqwa kepada Allah SWT..

    BalasPadam
  23. salam ziarah..peringatan begini penting agar kita saling tidak lupe..trime kasih

    BalasPadam
  24. mudah2an kita selamat dari bencana segala2nya aminnn

    BalasPadam
  25. salam...
    terima kasih kerana mengingatkan..
    semoga kita semua sentiasa bersedia..

    BalasPadam
  26. @a kl citizen | ANN

    Menginsafi kematian adalah
    satu perkara mulia di sisi
    Allah..selalulah mengingati
    mati..baru takut membuat dosa..
    wallahualam.

    BalasPadam
  27. @AngahSayang2314

    Bencana kiamat pasti datang
    itu janji Allah..

    BalasPadam
  28. @LiFe KaMi | Saharom

    Beriman dengan Hari kiamat adalah
    satu dari rukun iman..biarpun video
    tersebut tidak sehebat kiamat sebenar..wallahualam.

    BalasPadam
  29. @GaDis CoMeL

    Semoga satu hari saya
    boleh mengenali beliau
    dengan lebih rapat lagi

    BalasPadam
  30. @hafizmd | HANA

    Moga kita semua mendapat
    sesuatu dari entri ini
    sekadar perkongsian dari
    bahan@article yang di
    panjangkan..

    BalasPadam
  31. @pawaka19| MAS

    Semoga kita semua mendapat
    iktibar dan menafaat dari
    video tersebt yang nyata
    tidak sehebat kiamat yang
    sebenar..wallahualam

    BalasPadam
  32. huhu...tnda kiamat pon dh ade..

    BalasPadam