- BEKAS ISTERI SAYA MASAK LAGI SEDAP: Anda memang menempah masaalah kedua seandainya membandingkan masakan isteri anda dengan masakan bekas isteri anda.
- CANTIKNYA KAWAN PEREMPUAN AWAK: Nilai cemburu tetap ada dalam setiap hati wanita.Jangan sesekali mengatakan rakan isteri anda cantik di hadapannya,walaupun memang di akui sendiri oleh isteri anda bahawa rakannya cantik.Cukuplah mengatakan " ye ke?"
- AWAK PERLU KURUSKAN BADAN: Seandainya isteri anda berbadan besar,janganlah menyatakan secara terus-terang yang anda tidak suka beliau berbadan semakin gemuk.Bunyi perkataan "gemuk' ini adalah ibarat sakit migrain bagi kaum wanita.Nyatakan dengan manis mulut dalam kedaan santai.."sayang.. you nampak makin cantik dan gebu sekarang,tapi saya suka kalau you sihat".Pasti dia akan faham-faham sendiri.
- AWAK SELALU BUAT JADI INI TAPI TAK BUAT SEPERTI INI: Saya ambil contoh,rutin harian seorang isteri yang kadang kala dah sebati dalam jiwa mereka dan anda rasa tak sesuai dengan jiwa anda.Mungkin isteri anda tidak mencapai sesuatu tahap dari segi masakan kegemaran anda,janganlah anda mengomel kerana semua manusia ada batasan dan tidak sempurna.Dia pasti rasa di hargai dan akan cuba menambah baik satu hari nanti.
- SAYA LAGI BIJAK DARI AWAK: Jangan sesekali memperlekeh IQ mahupun kepandaian isteri anda.Kadang-kala kepandaian mereka mungkin lebih dari anda cuma mereka tidak tunjuk untuk menjaga hati anda,jadi berpadalah bila menilai kebijaksanaan isteri anda.
Tip Rumahtangga | 5 Perkara Pantang Anda Katakan Pada Seorang Isteri
Posted by: Zulkbo zulkboCom
Zulkbo Blog
Updated at :
Rabu, September 22, 2010
mmg lelaki wajib tau psl menda2 ni...
BalasPadamxla nanti wife tersentap bila suami kluar ngan statement2 mcm tu hahahahah...
salam
BalasPadamkena bagitahu kat bakal suami ni
err...cheqna ada ke??
hehehehehe
thanks 4 sharing
sihat???
@cheqna
BalasPadamSihat..alhamdulillah
terima kasih..
ieda mmg pantang bila suami kata begitu, selalunya bersabar je lahh...*pasrah*
BalasPadamsalam,
BalasPadamBetul sangat tu,satu lagi kalau masakan isteri saya terlalu masih saya akan kata "kat tepi jalan tadi ada lori garam terbalik" dia kata "yer ker bang" saya jawab "yer,sampai melimpah dalam gulai awak ni" isteri saya tersenyum,sengeh dia tau la tu gulai dia masin he3...
salam zul..
BalasPadamBetul lah tu..jaga perasaan isteri utk kerukunan rumah tangga
Jangan kata begitu pada isteri..nanti kita juga yang susah..mana tau kot ada yang nak menambah lagi..
BalasPadamTerkadang perbandingan itu niatnya mungkin utk mempercantikkan lagi akan sesuatu itu, jgn niat kelain dok gitu :)
BalasPadambagus tips ni, moga2 ada kaum adam yang terbuka minda mereka :)
BalasPadamSalam tuan, semoga tuan sekeluarga sihat selalu...
BalasPadamkalau kita hayati lirik lagu "For The Rest Of My Life" nyanyian Maher Zain nie insyaALLAH kita akan sentiasa memastikan hati pasangan kita tidak terluka...
"You're my wife and my friend and my strength...and I pray we're together in Jannah..."
hmmmmmmmmmmmm tapi selalu jadi gini la....
BalasPadamoh...bahaya jgk klu nk kata2 sesuatu ni,.
BalasPadamsalam bang, nasib baik lum terkeluar lagi ayat tu dari mulut suami...lalala
BalasPadamsalam..perbandingan itu yg paling bahaya huhuhuh
BalasPadamsalam,
BalasPadamaku..kengkadang cakap ikut suka ati aku...dan memang aku xde maksud untuk menyinggung perasaan isteriku...tapi itulah yang selalunya terjadi..
Salam zul,
BalasPadamKata mengata, umpat mengumpat dan sindir menyindir antara suami isteri memang x eloklah... tapi asam garam hidup berumah tangga biasalah, pasti ada bermasam muka...
meanglah ini yang disarankan, kan..
BalasPadamtapi lelaki tetap lelaki... selalu jugak tak peka dengan hati isteri nya
selalu dah jadi kat diri dan orang lain juga
:(
salam abg zul
BalasPadambetul tue?? kadang2 terasa gak tapi kalau nada gurau pun biar bertempat kan???
salam
BalasPadam'memang menempah perang kalau berkata sedemikian'
saling memuji adalah lebih baik
bila rumah tangga aman, sama2 bahagia
hehehe
salam en zul,
BalasPadamsuami saya kan tak pernah komplen bab gebu tuuu..
dari dia kenal saya besar jari manis.. sekarang ni dah jadi ibu jari kaki.. tak pernah pun dengar dia sentuh tentangnya walaupun saya bertanya..
kalau saya diet gila2 pun dia akan bising.. yang penting sihat katanya..
Aslmkm Zul.
BalasPadam:) Kak G suka berpijak dibumi nyata.
Cuma suami Kak G tak mahu memperkatakan yg tak berapa elok tentang isterinya!
Salam...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Nasihat yang sangat berguna buat lelaki yang bernama suami...
Salam En Zul,
BalasPadamWanita ni sensitif orangnya, mudah perasa..jadi kenalah berhati2 bila bercakap. banyakkan memuji gerenti isteri selalu gembira dan bhagia, terasa dihargai. tak gitu En zul...
bagus tips ni zul, tang gebu tu yang best hehe...
BalasPadamhati wanita lembut
BalasPadammmg kena jaga dgn baik
Ustaz Love plak kalau beliau masak tak sedap, Ustaz Love ckp tak sedap... kalu ckp sedap, nanti takde improvement dlm masakan beliau.. hehe
BalasPadamsalam..yang no 3 tue-org lelaki akan bising bila pompn gemuk tp diorg???? perut buncit..pompn pon ada perasaan nk laki diorg nmpk smart mcm laki nk pompn slim jer..
BalasPadamsama-sama kena jagi hati memasing..tak gtu!
BalasPadamSalam...
BalasPadamKalaulah ada lelaki yg sentiasa memahami perasaan isteri kan bagus...
Patutnya kena ada kursus utk suami agar tahu jaga perasaan isteri,tak la isteri sentiasa rendah diri...
Bab gemuk tu terbalik la pulak. my hubby suka kalau saya gemuk sikit sbb dulu susah sgt nk naik berat badan.
@Nadia Abdullah
BalasPadamSetuju...
asyik nak isteri jaga badan
hubby pun kenalah jaga sama..
salam..
BalasPadamhihiiii.. no 3 tu memang tercampak kot hati isteri kalau husband dia cakap camtu.
err.. saya yang bujang ni pun marah kalau orang cakap saya gemuk..hehehee
hehe..BETUL...BETUL..BETUL
BalasPadamSalam
BalasPadamnasib baik isteri dalam pantang tak masuk dalam senarai ngehehe
yg no 3 tu terbalik la pulak, my wife selalu tanya dia kena kuruskan badan tak? hahaha