Sila Kemaskini Nombor Telefon Anda



Salam semua...ke mesin atm bank pagi ini, ingat nak ambil gaji..almaklum hujung bulan.Dah kering kata orang..he he.Orang tak ramai almaklum pagi isnin,semua berpusu-pusu masuk office dulu.Selalunya waktu  makan tengahari baru penuh mesin atm ni, jadi saya suka mengambil peluang ini.


Tak pernah pula bank meminta nombor telefon melalui mesin atm? Ditambah dengan fobia 'malwares" serta "clickjacker" maka saya abaikan sahaja.Sekarang ni bukan boleh main klik sahaja.Banyak penipuan dari pihak yang "cerdik" dan mengambil kesempatan dari kelalaian kita.Seandainya transaksi di atas betul dan tiada niat jahat, saya minta maaf lah pihak bank..kefobiaan saya belum habis lagi..he he.


Pengalaman lama cukup mengajar saya di mana pernah sekali dulu kredit kad saya diambil data dan detail serta di "klon' pihak tertentu.Tak tahu bila mereka melakukannya dan penangannya..kad kredit saya belayar hingga ke sebuah kedai perabut di Jepun.Hairan bin ajaib, entah bangsa apa yang menggunakannya sehingga mendapat approval dari bank.Nilaian ringgit Malaysia tak banyak cuma sekitar RM2,500, benar-benar menyakitkan hati saya.


Bila terima bil kredit kad dah tentu bermatian saya menafikannya, mulalah kena buat surat dan sebagainya.Nasib menyebelahi saya kerana bukti pasport menunjukkan saya tidak pernah ke Jepun seumur hidup, jadi tak perlulah saya membayarnya.Kad tersebut terus saya cancel,kesannya sehingga sekarang fobia berkredit kad masih ada. Bagaimanapun saya mesti mempunyai satu kad untuk di gunakan di masa kecemasan.Alhamdulillah satu kredit kad cukup buat masa ini.


Buat rakan sekalian..bagaimana anda, pernah tak dapat transaksi mesin atm yang meragukan? Jika pernah apakah tindakan anda?Pada saya perlu ada rasa curiga pada sesuatu yang lain dari kebiasaan kita.Berhati-hatilah,tepuk dada tanya akal..Wassalam.









Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, September 27, 2010

29 Komen:

  1. keh tok rase mende neh meraguken.. sebok doh tertera deket skrin atm teh.. cumanya pihak beng nok update numbo tepon sebok boleh lah deme ngantor mesej2 iklan hok yang dok ganggu je teh nanti.. haha

    BalasPadam
  2. @Hisyam Muhibah

    kalau begitu molek amat
    lah kita abaikan yak?he he..

    BalasPadam
  3. kalau tak isi pun tak apa kot?.

    BalasPadam
  4. Eh tak pernah pula dapat msg tu...pelik tu.

    BalasPadam
  5. Salam...

    Owh....
    tak pernah plak jd mcm tu sbb dah lama tak berurusan kat mesin ATM...
    apapun, terima kasih krn mengingatkan....

    BalasPadam
  6. salam
    belum pernah terjumpa lagi
    semoleknya pihak bank hantar surat kalau betul2 mahu kemaskini apa sahaja
    tak banyak mana pun harga setem, duit dalam bank pun banyak buat beli setem
    ada juga bukti kalau apa2 musibah berlaku

    BalasPadam
  7. orang bank dah terlebih raye tu.... dia minta tambah top-up hand phone kut

    BalasPadam
  8. salam, hari tu g Atm mmg ada minta no fon..tp x kemaskini pon..hahaha..pasal kedit kad..dulu penah bank call atas transaksi ebay..nasib baik bank call dulu sebelum approve kan transaksi tu..klu bank x call sure melayang duit.then trus bank tukarkan kad lain..so far tu je pengalaman dgn kad kedit..=)

    BalasPadam
  9. Salam sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Takat ni belum pernah lagi jumpa keadaan seperti tu..
    Saya tak pernah ada kredit kad & tak berhasrat utk memilikinya..

    BalasPadam
  10. Kemas kini nomber talipon untuk awek2 sahaja..pihak bank belum minta lagi..

    BalasPadam
  11. bang relevan bak se no awek beri kome.hehehehe

    BalasPadam
  12. hurm...xprnh plak dpt msg mcm ni kat atm...
    trima kasih sbb share info...
    menda2 yg berkaitan ngan akaun,duit,internet banking ni kdg2 memeningkan kepala...

    BalasPadam
  13. sy xthu plak pasal penipuan kad kredit ni sbb parent sy xpnh guna kad kredit... hehe

    BalasPadam
  14. salam cik zul

    kena hati2 zaman la ni,kan?

    BalasPadam
  15. Salam zul..
    tak rugi berhati
    jika ia melibatkan keselamatan

    note : saya dah guna histats.com
    tq awak .

    BalasPadam
  16. Salam,

    Kenalah berhati-hati.Sekarang ni banyak sangat manusia bijak yang menipu ni.

    BalasPadam
  17. sebelum ni tk penah pulak 'atm' tu mintak apa2 no fon...tp kalau mintak pun mungkin sy tk bagi kot..

    BalasPadam
  18. Kut ada awek kat bank tu kenan kat awk zul.. nak kenalan hehehe.........

    BalasPadam
  19. mesin ATM mintak nombor henpon? erk...bank apa ka itu?

    BalasPadam
  20. kena sentiasa berwaspada, maklumlah mcm2 cara penipuan boleh berlaku..bukan semua org jujur macam kita heheh.

    BalasPadam
  21. setakat ini tak pernah ada pengalaman macam tu .. kad kredit pun belum pernah kena klon lagi. alhamdulillah. harap2 tak tertipu sampai bila2.

    BalasPadam
  22. pelik.. x penah plak jumpe atm minta no fon.. curiga2.. ke atm kena godam? haha.. bank mane ni cik zul?

    BalasPadam
  23. hari tu masa sop keluar duit pun sama..
    tp sop tak buat apa2.. tekan sahaja..
    berpandangan sama seperti bro zul, agak was-was..
    lagipun jika no kita bertukar, baru kita tukar.. sebab maklumat telah ada..
    no telefon adalah satu security utk maybank utk penghantaran TAC..

    BalasPadam
  24. tak pernah ada kredit kad..hehe selamat la kot...bank mana tu zul mintak no phone?

    BalasPadam
  25. kalau saya sekalipun saya abaikan saja mesej kat skrin tu..tak berani ambil risiko. langkah terbaik, hubungi balik talian customer care bank tersebut..untuk kepastian..:)

    BalasPadam
  26. penah gak alami atm minta no fon...lama dh ler..den abaikan jer..

    BalasPadam
  27. wah mcm tu pula..ingat leh save budget..

    New Entry "Produk Handphone Yang Menjengkelkan"

    BalasPadam
  28. salam..
    isk tak pernah pulak alami situasi macam tu kat ATM.. kalau saya pun mesti takut.. maklumlah.. zaman sekarang ni banyak orang menipu.. jadi kena waspada lebih...

    err.. sampai ke jepun kad kredit abg zul kena klon..wuih.... dasyat.. macam2 cara dorang ni buat helah.. makin meningkat teknologi makin disalah gunakan oleh orang jahat..

    BalasPadam
  29. Couldnt agree more with that, very attractive article

    BalasPadam