PULANG BERAYA | Berhati-hati Di Jalan Raya




Sejumlah 1.4 juta kenderaan dianggar menggunakan lebuh raya Lebuhraya Utara Selatan setiap hari sepanjang tempoh balik kampung pada perayaan Aidilfitri minggu depan.Anggaran angka itu, menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways Bhd Nik Airina Nik Jaafar meningkat sebanyak 30 peratus dari penggunaan hari-hari biasa.Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, masa puncak perjalanan balik kampung Hari Raya kali ini adalah pada 8 hingga 12 Sept dan 16 hingga 19 Sept bagi perjalanan dari kampung halaman masing-masing.[mStar]

Salam semua..dalam berkira nak balik beraya ni,agaknya hari apa yang sesuai?Rasanya ramai yang telah mula bercuti, memandangkan cuti persekolahan pun sudah bermula.Buat para guru yang pasangan mereka juga seorang guru pastinya sudah mula bergerak ke kampung halaman masing-masing bermula esok.

Bagi saya yang isteri adalah seorang guru ,tapi saya yang bekerja swasta ini mula bercuti hanya pada hari rabu 8 haribulan nanti.Berkiraan masa juga saya sekarang kerana memang saya tidak berapa suka bila pulang ke kampung halaman dalam keadaan jalan yang terlalu sesak.Ditambah bulan puasa ni ramai pemandu yang cepat hilang sabar dalam pemanduan mereka.Potong  memotong 'Q'sesuka hati di tambah dengan memotong di laluan kecemasan benar-benar merbahayakan pemandu yang lain.

Nampaknya rezeki tahun ini kami sekeluarga akan berhari raya di Jengka3, Pahang.Kalau  ikut perancangan cuti saya bermula dari 8 haribulan sehingga 15 haribulan.Tapi tidak sama pula dengan isteri yang terpaksa memulakan persekolahan semula pada 13 haribulan, jadi kenalah saya pulang awal juga.Tidak seperti tahun sebelumnya kami pulang ke Kedah sehari sebelum raya dan pulang ke Pahang di hari raya ke-3, kebetulan cuti kami pun sama masa tu.Dan itulah yang selalu kami lakukan setiap tahun agar berlaku adil.

Diberitakan juga oleh keluarga di Pahang selepas saya talipon semalam,ramai adik beradik sebelah mak dari Kedah akan datang bermalam dan berhari-raya di Pahang juga tahun ini.Pasti meriah suasananya memandangkan ada sepupu dan saudara yang lainnya sudah agak lama tidak ketemu.Selalunya abang saya yang sulung akan balik beraya pertama di rumah mertuanya juga di Kedah,jadi tugasan anak sulung jatuhlah pada saya selaku anak kedua.

Banyak perkara yang hendak di lakukan,persiapan dan sebagainya.Memandangkan mak dan ayah saya pun sudah tidak berapa sihat jadi tenaga saya amat di perlukan di sana.Tidak berkesempatan jawabnya saya untuk pulang ke rumah mertua kali ini.Khabarnya juga akan di adakan sedikit kenduri nanti,almaklum bukan selalu berjumpa saudara seangkatan mak ayah dari Kedah.


Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mereka yang telah mula bercuti.Berhati-hatilah di jalan raya..BIAR LAMBAT SEDIKIT ASAL SELAMAT."Jangan biarkan orang yang kita sayangi menanti dalam tangisan".

Rasanya masih terlalu awal  tetapi di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan buat pembaca,follower,silent reader malah siapa sahaja yang mengenali zulkbo blogspot. Saya bagi pihak diri saya Zulkifle bin Othman bersama isteri memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan kami pada kalian semua yang zahir mahupun batin..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Wassalam.

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 04, 2010

43 Komen:

  1. Salam Zul.

    Selamat menyambut 'idul Fitri, mendapat kemenangan selepas berpuasa sebulan. Tentu meriah bersama berkumpul, lebih-lebih lagi di kampung. Kak juga memohon Maaf zahir batin jika ada komen yang menyinggung perasaan.

    BalasPadam
  2. Salam Zul.
    Gitulah kena lebih berhati-hati bila bawak kenderaan di musim perayaan ini.. org byk kurang sabar jadi bila kurang sabar akan terjadi perkara yang tidak di ingini. 'Pandu cermat jiwa selamat' Selamat hari raya juga drp saya sekeluarga maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  3. selamat hari raya maaf zahir & batin daripada gadis comel yang perasan comel. hehe.

    BalasPadam
  4. salam zul, selamat menyambut hari raya Aidilfitri. moga gembira menyambut bersama sanak saudara :)

    BalasPadam
  5. Salam Zul.

    Wahh.. seronok baca n3.
    Selamat memandu ye..
    sama2lah kita selamat menuju ke destinasi .
    Insyallah .

    psst. salam untuk isteri awak ok .

    BalasPadam
  6. @LiNda|EJUM|YASSIN|WERDA

    Terima kasih..
    sesamalah kita semua
    bermaafanlah..

    BalasPadam
  7. Bersopan & sabar di jalan raya
    http://www.orangmuo.com/2010/08/ops-sikap-selamat-hari-raya-bersopan.html

    BalasPadam
  8. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ye...
    =)

    BalasPadam
  9. Salam eidul fitri dari saya. saya pun tak sabar nak balik kg kat kelantan besok. Hari ni nak kemas2 rumah kat perak. Kiranya ,En. zulkbo ni campuran pahang dan kedahlah.

    Hati-hati di jalan raya

    BalasPadam
  10. salam,

    balik kampung sambil menyanyi, jangan lupa mengiringi doa agar selamat pergi dan kembali.

    ZSelamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  11. salam...slmt ari raya...maaf zahir n batin, semoga en zul bergembira di samping keluarga tercinta

    BalasPadam
  12. sama2 kita bermaafan..
    semoga gembira bersama keluarga dan sanak saudara..

    BalasPadam
  13. saling mengingat membawa berkat

    semoga kita semua selamat sepanjang masa dalam perjalanan menyambut lebaran

    BalasPadam
  14. Salam Syawal..maaf sahir dan batin

    semoga perjalanan bro Zul lancar dan selamat tiba ke destinasi..

    BalasPadam
  15. salam..
    selamat hari raya maaf zahir dan batin..
    kalau saya ada banyak buat silap..
    maafkanlah..
    Kampung kat mana ?


    ~www.jeritanblog.blogspot.com~

    BalasPadam
  16. salam,

    teringat kata2 pengarah JPJ orang kita bukan main sopan lagi bila bertemu tapi sikap ini berubah bila di jalan raya biasanya 50 km pertama sahaja ok..

    semoga perjalanan kita selamat pergi dan pulang & selamat hari raya..

    BalasPadam
  17. selamat hari raya, dan maaf zahir batin juge.. hati2 bawa keta tu..

    BalasPadam
  18. Salam sdra...

    Moga dikurniakan kesihatan yang baik terus-terusan..

    Moga beroleh kemenangan dalam mentaati perintah puasa...

    Moga Allah permudahkan semua perjalanan balik ke kampong masing-masing..

    BalasPadam
  19. Kempen sudah bermula..hati hati di jalan raya..

    BalasPadam
  20. @relevan

    Aok jangan cakap koi tak kabor
    ke aok nanti pulok..he he..kempen,jangan tak kempen.

    BalasPadam
  21. @LiFe KaMi| saudara Abd Razak

    Terima kasih semoga kita semua
    selamat pergi dan selamat kembali

    BalasPadam
  22. @penjejak maya

    memang betul belaka tu
    50 km pertama jer..lepas tu
    tumbuh tanduk MU belaka..ha ha

    BalasPadam
  23. @cemomoi

    Molek la tu..
    aok pun sama
    koi nengok entri
    nya tadi.he he

    BalasPadam
  24. @Akasia Maya

    Terima kasih Sop..
    raya baik mana anda
    sekeluarga Sop?
    Semoga selamt perjalanan
    pergi dan kembali

    BalasPadam
  25. @Akasia Maya

    Salam..
    saya pulang ke Pahang
    anda pula kampungnya
    di mana?

    BalasPadam
  26. kome sekeluarga je hari2 balik kg sebab duduk kat felda sebelah aje....dlm 10 minit naik kete dah sampai...hehehe

    BalasPadam
  27. @ahmad humairi

    selamat juga buat saudara..
    amin.

    BalasPadam
  28. selamat ari raya uncle zulkbo! berhati-hati di jalan raya! :)

    BalasPadam
  29. slmt hr rya.. maaf zahir batin

    BalasPadam
  30. jln elok2 bro koi..moga selamat sampai dan pulang..da selamat hari raya..

    New Entry "Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri"

    BalasPadam
  31. salam ramadhan 1431H utk bro zul juga..:-)

    BalasPadam
  32. Salam En. Zul...

    Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin.....kenapa ramai org Kedah kawin dgn org Pahang?saya ada sorang pak saudara dok Jengka 2 kalau tak silap, dah bertahun2 tak balik kg.kami di Kedah pun x pernah pi melawat dia dan keluarganya di Pahang. Kalau dia balik pun, mesti sesat.dulu kg tp skrg kg dia dah jadi Pekan.

    Nasib baik saya tak kerja...mudah, bila2 pun blh cuti tp rugi la pulak, belajar tinggi2, dok umah je...

    BalasPadam
  33. Selamat bercuti dan selamat Hari Raya semoga selamat sampai dan selamat kembali semula ke Kuala Lumpur..

    BalasPadam
  34. @iza

    Alahai..jengka 2 tempat saya sekolah dulu..mesti kenal anak2nya dengan saya..mmg agak rugi bila you grad belajar tapi duduk rumah je..tapi hubby kaya tak pe lah..jaga badan cukup..he he

    BalasPadam
  35. @Mankuchai
    Insyaallah Man..
    terima kasih atas
    doa itu..begitu jua
    anda di sana..

    BalasPadam
  36. @sahromnasrudin

    Salam ramadhan..
    belum habis lagi ni
    orang di makkah nuh
    menangis bila ramadhan
    pergi kita tak sabar
    nak raya pulak..??

    BalasPadam
  37. @pawaka19| NICK IRFAN

    Terima kasih Mel..
    begitu jua anda berdua
    disana..jangan main mercun
    he he..

    BalasPadam
  38. @maiyah

    mAIYAH..
    Doa dari saya
    moga anda selalu
    tabah dalam apa
    jua keadaan..Selamat
    Hari Raya Aidilfitri
    sis...

    BalasPadam
  39. salam kenal...salam ramadhan..slamat pulang & selamat kembali anak rantau....Hati2 dimana sahaja...

    BalasPadam
  40. salam Zul..
    Selamat Hari Raya..jumpa kat jengka nanti..jangan lupa raya ke 2 kita kumpul kat rumah Halimah Jengka 2 kul 10 pagi..dia masak special katanya hehe..mana member yg aku ada contact semua aku dah beritahu.

    BalasPadam
  41. salam
    lagu balik kampung nyanyian allahyarham sudirman tu jangan lua bro

    hati2 memandu
    selamat hari raya

    BalasPadam
  42. pastikan perjalanan dirancang .... tidur yang cukup... kenderaan berkeadaan yang baik...

    BalasPadam
  43. salam..
    seronoknya balik kampung..
    beraya ramai2..
    saya dah lama tak balik Penang..
    sejak atuk meninggal...
    banyak dah berubah :(
    jadi kami beraya disini aja..
    mujur sedara mara sebelah mak..
    ramai yang menetap sekitar kl..

    Semoga perjalan abang zul dan keluarga pulang ke kampung nanti berjalan lancar dan selamat.

    BalasPadam