Dalam keseronokan dan kegembiraan kita menyambut kedatangan Hari Raya, jangan kita lupa melakukan perkara-perkara yang sunat serta di galakkan sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam, jadikanlah amalan kita semua:
1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samada secara hisab atau rukyah).
2. Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih.
3. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.
4. Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok.
5. Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.
6. Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."
7. Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :
Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.
Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.
Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan dan penderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorang mukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di akhirat."
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 9: 41)
Selamat Hari Raya..:))
BalasPadam@Yatre Hayati
BalasPadamSelamat hari raya
maaf la ada salah siap
erk??
salam,
BalasPadamsinggah membaca perkongsian yang bermanfaat..
salam zul, biasanya masjid kat kg koi ni mmg full setiap kali solat raya..kdg2 tak muat.
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin klu koi ada buat silap.
salam.
BalasPadamsunat yang no. 6 tu pasti ramai yang mematuhinya, sampai tak cukup tempat kat surau dan masjid.
selamat hari raya, maaf zahir batin.
Kala dan hari raye ranto sunat ter habih belake seme orang buat.Tapi bile kene ranto wajib ter.Adoihhh...
BalasPadamSelamat Hari Raye Maaf Zahir Batin....
Salam Lebaran..
BalasPadamTerima kasi kongsi info yang berguna.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
@al-lavendari
BalasPadamSalam tuan moga sihat
selalu..ha ha..memang pun
samapi anak cucu,bayi pun bawak
sekali ke mesjid..
ehekk thanks info
BalasPadamhappy eid weh (:
Selamat bergembira bersama keluarga tersayang dgn ucapan `SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN’.
BalasPadamselamat hari raya ya...
BalasPadammaap zahir batin...
semoga ceria2 selalu di hari raya... ;)
p/s: nk duit raya...
Salam..
BalasPadamTaqabbalallahu minna wa minkum.. Bersama kita bermaafan atas kesilapan yang ada.. terima kasih atas silaturrahimnya..
selamat hr rye bang!
BalasPadamSALAM,
BalasPadamLF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT
salam zul,
BalasPadamselamat hari raya dari maslinamansor sekeluarga...
maafkan mas jikalau ada salah dan silap dari pihak mas...
thanks for the info bro...
BalasPadamKelantan Blogger Mini Gathering|Survey
Info sangat berguna,thanks.
BalasPadamMaaf jika ada terkasar bahasa...
Selamat hari raya diucapkan dr kami untuk Bro Zulkbo sefamily..Semoga ceria beraya bersama keluarga.
BalasPadamselamat hari rya bro..
BalasPadammaaf lah kalau ade salah dan silap.
tahun ni den beraya di nogori :)
salam bro zul...
BalasPadamselamat menyambut hari lebaran...
lame x nmpk bro zul kat lensa hidup...
Salam bro zul...salam syawal..
BalasPadamgood sharing! :)
selamat hari raya...maaf zahir & batin..
selamat ari raye...byk perkara sunat ye..hmm
BalasPadamsalam..
BalasPadamselamat hari raya bang zul
maaf zahir dan batin jike ade terkasor bahase selama kite berodong ni yak..
hati2 memandu weh
salam bro koi..saya tak tau lak yang bau bauan tu amalan sunnah juga..
BalasPadamNew Entry "Haru Cdiqlife Nak Bagi Duit Raya RM200"
Selamat hari raya....
BalasPadamSalam...
BalasPadamselamat menyambut raya rodong.....maaf andai ade koi tersilap nulis ulasan kat blog aok ni yak...
Selamat Hari Raya Zul. Maaf zahir batin
BalasPadamsalam..
BalasPadamilmu yang bagus untuk dikongsikan bersama..
Selamat hari raya aidifitri buat abg zul & keluarga. Maaf zahir & batin.
P/s: minta maaf kerana lama tak berkunjung ke sini. sejak kebelakangan ni masa tak berapa mencukupi untuk saya singgah ke blog abg zul & rakan2..
Minal a'eedin wal fa'izin Mr. Zul.
BalasPadamslm bro zul slmt hr ry dr koi hehe =)
BalasPadamSalam Zulkbo.
BalasPadamTaqaballahuminna wa minkum
'Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada kamu'.
Maaf Zahir batin