Meningkatkan Trafik | Kesan Laman Forum Pada Blog | Tips Blogging



Salam semua..hari ini saya hendak berkongsi kesan penyertaan kita pada sesuatu laman forum yang boleh membantu kita meningkatkan trafik ke blog.Mungkin sudah lama di amalkan oleh blogger terdahulu yang mendapat trafik tinggi setiap hari.

Laman forum yang terkenal seperti Tranungkite yang mempunyai ramai ahli berdaftar sekitar 30,000 orang sering di layari sekitar 3,000 orang pada sesuatu masa benar-benar membantu untuk anda mendapat trafik ke blog anda.


Untuk pengetahuan anda semua, sebelum aktif berblogging saya lebih kerap melayari pelbagai laman forum sehingga akhirnya saya hanya menumpukan pada satu laman forum sahaja iaitu Pahang Community.

Memandangkan isu dan tatacara berforum yang tidak menggalakkan kami membuka segmen politik menjadikan Pahang Community agak hambar dengan isu-isu semasa dan dalaman negeri Pahang sahaja.

Jadi buat anda pembaca semua dialu-alukan menyertai dan memeriahkannya.Keahlian tidak tertakluk kepada hanya anak-anak Pahang sahaja sebenarnya, terbuka pada semua orang.

Kita ke topik asal, peranan laman forum dalam menambah trafik ke blog kita. Setelah sekian lama saya tidak melayari laman forum Tranungkite, semalam saya membuka satu "thread" yang saya ceduk dari blog saya sendiri .

Keputusanya sesuatu yang agak mengejutkan saya juga apabila thread saya mendapat sambutan dan selama 3 jam berforum sudah mendapat 1,200 view dan komen yang mencecah hampir 100.



Di sini ada caranya saya gunakan,di laman forum tersebut kita perlu mendaftar laman blog kita sebagai hubungan (contact) seandainya moderator mahupun forumer ingin mengenali kita.Tapi kebanyakan forumer di Tranungkite yang suka bersembang politik tidak suka menonjolkan diri mereka.

Terserah dan bergantung pada niat masing-masing dalam hal ini. Ada banyak topik di sana dan saya lebih suka isu-isu kemasyarakatan. Di "thread"(isu2@cerita) yang kita bawakan di bawahnya sekali kita sertakan url sumbernya dari blog kita .

Seandainya anda berjaya menarik perhatian forumer untuk sama berforum, sudah tentu mereka akan cuba mengenali anda dan akan klik pada URL tersebut.Ini  secara mudah memberikan anda trafik ke blog anda.Telah saya cuba semalam dan ini kesannya selepas 30 minit saya berforum.


Saya mendapat pageview sebanyak 63 klik hanya selepas 30 minit..alhamdulillah.Anda juga boleh perhatikan  di gambar, terdapat sumbangan trafik dari laman sosial  seperti Stumbleupon  dan Facebook juga ke blog saya.

Ini akan saya ceritakan di lain masa bagaimana peranan laman sosial pada blog kita.Buat masa sekarang saya mendapat hampir 70 % pelawat baru ke blog saya dari sumber-sumber tersebut.

Sebagai penambahan, anda juga boleh meletakkan "signature" anda pada setiap post anda di laman forum.Tapi untuk pengetahuan semua, tak semua laman forum mengaktifkan "signature" mereka.

Sepengetahuan saya juga, selain memberi trafik ke blog kita, laman forum juga boleh menjadi sumber backlink  yang berterusan pada blog kita.Selamat berforum..Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 25, 2010

31 Komen:

  1. Huh ! forum tingktkn kn trafik...bagus tu aku xpena berforum..hehe

    BalasPadam
  2. Tkasih, Zul, info yang bagus.

    BalasPadam
  3. bagus tips ni.. aku jarang berforum.. dulu aktif dengan forum kereta sekarang dah kurang.. hehehe

    BalasPadam
  4. sop selalu join forum lowyat.net dan wangcyber dan beberapa forum lain.
    setuju dgn bro zul, pastikan aktif berforum dan jgn lupa masukkan signature :)

    nice sharing bro :)

    BalasPadam
  5. salam,

    Memang berkesan,dulu saya selalu join forum carigold.com...thanks 4 sharing

    BalasPadam
  6. Ada join
    memang terbukti

    salam zul... selamat berhujung minggu :)

    BalasPadam
  7. info berguna...
    thanks...
    =)

    BalasPadam
  8. salam..
    tips yang bagus.. sebelum ni pun saya suka berforum tapi kejap aje.. tak menang tangan.. terfikir saya.. camne abg zul bagikan masa.. Twiiter,Fb, Forum, Blog..

    uish.. tak memang tanganlah saya nak menten semua tu.. camne abg zul wat..?
    sedangkan masa yang kita ada.. sama aja..
    24 jam sehari..
    ke saya yang pemalas..?hehehe..

    BalasPadam
  9. Salam...

    Saya ada daftar jgk dalam 2, 3 forum tapi jarang nk berforum.....
    Tak pandai nk berforum.cuba jadi silent reader je buat masa ni...
    InsyaAllah, lain kali akan cuba berforum jgk la...

    BalasPadam
  10. salam.. mijie dulu penah jugak join forum tp x pndai nk berforum..sama cam iza..

    tpi x sangka plk yg forum ni boleh meningkatkan trafik blog yer..pas ni boleh try..thanks for info..;)

    BalasPadam
  11. @annfrendly

    Rahsia...
    ermmm..tak de kut?Agak-agak juga
    entri kadangkala auto publish..
    ziarah blog selalu malam sebelun tido..

    BalasPadam
  12. @gnesop.com

    Signature ni memang betul sop
    tapi ada laman forum yang
    tak aktifkan signature..mungkin
    tak mau kita iklan blog kita..
    he he..

    BalasPadam
  13. Salam...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Teringin juga nak join..
    Tapi tak punya masa yang banyak..
    Terima kasih utk info ini..

    BalasPadam
  14. Ooops...masa berblog pun dah terhad sekarang. Forum....

    Errr...biarlah makcik berblog sikit2 je ya nak!


    :)

    BalasPadam
  15. @Abd Razak

    Salam saudara Abd Razak..
    DI Pahang Community kami
    teramat memerlukan penyelia
    merangkap penasihat
    segmen agama di sana..amat di
    hargai seandainya sudi menyertai
    forum kami dan boleh memikirkan
    tempat kosong sebagai penyelia
    dan penasihat agama di sana.

    BalasPadam
  16. @ckLah@xiiinam

    Alahai ibunda Ck Lah..
    bolg anda sudah cukup
    mantop..tidak memerlukan
    traffic dari luar kut?he he

    BalasPadam
  17. salam
    saya masih gagal membahagikan masa samada untuk update blog, lawat blog kawan2, komen apa lagi berforum
    kerja sekolah / kerja rumah tak masuk lagi tu...

    semuanya ikut rasa hati je
    hehehe

    BalasPadam
  18. @mankuchai

    Terbaikk..moga di teruskan
    dan mendapat faedah darinya..

    BalasPadam
  19. @tehr

    Cikgu..berpadalah..
    bila ada masa baru
    cuba..dahulukan mana
    yang utama dulu..

    BalasPadam
  20. Taapalah, bagi kat orang muda, Pak Nidus tengok jer lah...tak pandai nak berforum.

    BalasPadam
  21. ajatopik emosi ramai yang minat

    BalasPadam
  22. @zeqzeq

    Betul tu..
    'pecah kampung' kata orang
    terutama bab politik

    BalasPadam
  23. @nidus2
    Terima kasih sudi
    singgah tuan,moga anda
    selalu sihat..

    BalasPadam
  24. pahang dgn tganu jer? penang punya ada x uncle???

    BalasPadam
  25. salam zul..
    Bagus tip aok bagi ni pada mrk yg nak tingkatkan traffc..teruskan usaha.

    BalasPadam
  26. @ozzy

    Terima kasih..
    sharing is caring
    each other..he he

    BalasPadam
  27. Salam zul semoga anda ceria sentiasa..hujung2 minggu yang sibuk kawan nie :(

    BalasPadam
  28. Memang benar bahawa forum itu mampu meningkatkan traffik didalam blog kita. Seorang blogger dan seorang forumer itu berbeza sekali. Kebanyakkan orang telah menjadikan sesebuah forum itu untuk "flood" dan letak link blog mereka dengan cara yang salah. Mereka berfikir letak sekali, sampai bila-bila ahli-ahli forumer itu akan bertandang masuk ke blog mereka. Untuk mendapatkan traffik daripada sesebuah forum itu, anda seharusnya aktif berforum.

    BalasPadam
  29. letak back link dekat blog orang lain je yang selalu saya buat.. ok la

    ada hasil la jugak

    BalasPadam
  30. Hey, something is wrong with your site in Opera, you should check into it.

    BalasPadam