Salam semua..besok hari rabu maka akan bermulalah sesi kerja yang baru bagi saya selepas 6 hari kita semua berhari raya..Pada yang sedang berpuasa enam sebaik sahaja selepas hari raya pertama pasti tersenyum lebar bila hanya tinggal satu hari lagi untuk menghabiskannya.Bagi saya hari khamis ini bermulalah puasa enam bagi saya.Untuk pengetahuan semua saya tidaklah jenis yang puasa terus menerus seperti kebanyakan orang lain.Saya lebih suka melakukannya setiap isnin dan khamis,maka dapatlah 2 in 1 kata orang..he he.
Masih dalam mood hari raya,jika semalam dan hari ini berterusan berjalan ke rumah saudara mara yang sentiasa terbuka untuk di kunjungi.Almaklumlah sekembalinya saya ke Kuala Lumpur hari isnin lalu ramai la pula rumah saudara mara yang mewajibkan berkunjung.Jika terlepas pergi mulalah ada yang bermasam muka..he he..Nak jadi cerita ada kalanya mereka menginginkan kita berkunjung ke rumah mereka tapi di masa yang sama ada yang sekeluarga berpuasa enam, jadi kita tetamu ini rasa serba salah pula nak menjamu selera bila berkunjung ke rumah mereka.
Maka pandai-pandailah bahagikan masa berkunjung itu,selalunya bila saya talipon saya akan ke rumah mereka diwaktu hampir berbuka puasa.Secara tak langsung tidaklah tuan rumah nak menjamu kita sedangkan mereka berpuasa.Selain merapatkan tali persaudaraan dengan berjemaah bersama selepas berbuka puasa,banyaklah cerita serta kisah yang keluar memandangkan ada sesetengah saudara mara ini hanya menerima kunjungan kami sekeluarga setahun sekali terutama di hari lebaran.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
Besarnya pahala berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal adalah seperti berpuasa setahun. Ini membuktikan rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada baginda dan umat baginda. Maka seharusnya kita merebut peluang ini dan bersungguh-sungguh di dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Semoga umat Islam sekelian dapat melakukan anjakan pemikiran berkenaan amalan sunat ini. Alangkah ruginya kita, jika tidak dapat melaksanakannya sedangkan kita mengetahui akan fadilat serta kelebihannya yang amat besar yang mana peluang tersebut hanya datang setahun sekali.Selain daripada balasan pahala yang dijanjikan Allah kepada kita, hikmah puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini diharapkan dapat menampung mana-mana kecacatan yang berlaku di dalam puasa Ramadan kita di samping dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. Sesungguhnya tubuh badan yang sihat sahaja dapat menjamin kesempurnaan beribadah. Sekiranya mampu, berazamlah selepas melalui bulan Syawal ini, kita akan meneruskan amalan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis kerana inilah amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Wallahualam.
alhamdulillah..
BalasPadamambil peluang yang ada selagi mampu..
semoga hidup terus diberkati..
alhamdulillah, semoga sempurnalah ibadat kita untuk mencapai keberkatanNya
BalasPadambetul ke kalau perempuan yang ingin melakukan puasa 6 kena habiskan puasa gantinya,dibulan ramdhan yang lepas??
BalasPadam@Ms sunsWeetz
BalasPadamsepengetahuan saya boleh berpuasa enam dahulu kerana puasa ini adalah sunat,puasa ganti adalah puasa wajib dan anda boleh lakukan sebelum tibanya bulan ramadhan yang akan datang..wallahualam
Alhamdulillah, semoga hidup diberkati (:
BalasPadamSalam,
BalasPadamSelamat kembali berkerja dan sambung menulis blog...saya mungkin minggu depan puasa 6 insyallah..
@mankuchai
BalasPadamTerima kasih Man..
sesamalah kita
mengambil keberkatannya
masih beraya lagi ke zul?bagi mereka yg pulang ke kg hari raya ni dan kembali ke kl ..baru nak beraya dikl pulak:)banyak jemputan rumah terbuka ni,jangan lupa ya..makan tu berpada-pada takut jatuh sakit pulak selepas nanti:)
BalasPadamSALAM,
BalasPadamDAH PASANG KEAZAMAN NAK PUASA 6 TU BAGUS ! TERUSKAN HASRAT ITU. BETUL TU, BILA NAK MENZIARAH TU, KENA LAH PANDAI2 ATUR MASA MENZIARAH.
Alhamdulillah tahun ini tercapai azam nak rebut yg 6 itu secepat yg mungkin..mudah2an kita semua diberi kesihatan yg baik agar dpt melaksanakan ibadah yg hanya satu2nya dalam setahun yg tiada dlm bulan lain.
BalasPadamhari raya hari yg mulia...lagu eon
BalasPadamSalam...
BalasPadamMoga Allah permudahkan kita semua untuk beribadah kepada~NyA
Salam Zul.
BalasPadamSelamat kembali bertugas dan berpuasa 6.
saya habiskan yang ganti dulu...yg wajib.takut terjadi apa-apa yang wajib tak terganti pula.
BalasPadamselamat bekerja, dan berpuasa enam
Selamat ari raya, then selamat berpuasa sunat dan ganti, lastly, selamat beraya kembali! Ngeh3x..mahap ye terlebih terkurang bahasa yg en Zul.
BalasPadamAlhamdulillah...ingin sekali ikut jejak aok ter...
BalasPadamsalam akhi Zul...
BalasPadamAlhamdulillah Ramadhan dpt disempurnakan dgn jayanya...
ummi pun dah balik KL semalam,tapiiiiii kami kena musibah kat Rawang, tu yg blm ada mood nk wat N3 lg....kami selamat tp keretaaaaaaaa
Salam Zulkbo.
BalasPadamSalam Raya dan selamat berpuasa enam.. semoga Allah terima amalan kita. Amiin
@Ummi Humaira
BalasPadamSalam ukhti..semoga semuanya
bersabar dengan musibah yang
melanda..moga ada hikmah di sebaliknya..selamat hari raya
maaf zahir dan batin..
@Werdah
BalasPadamTerima kasih..selamat Idulfitri
mubarak..maaf mana tersalah kata
jua dari saya buat anda..
@Cikgu Jang ..
BalasPadamMoh la kita sekali cikgu
moga kita mendapat fadhilat
dari-Nya
@a kl citizen | Lagenda(MAK)
BalasPadamSelamat berpuasa 6 syawal juga
buat kalian..maaf la mana tersalah
kata sempena Aidiffitri ni yek??
@akuanakpahang | Mazru
BalasPadamTerima kasih singgah dan komen
moh la kita sekali weii?
@luahfikiran | Saudara Abdul Razak
BalasPadamEid mubarak kullu am wa antum bikhair
@Idalara
BalasPadamAlhamdulillah
semoga di permudahkan
amalan yang kita lakukan
@cikmanggis
BalasPadamTerima kasih peringatan anda tu
he he..berguna ni..selamat hari raya
maaf mana terkasar bahasa