Salam semua..melayari laman sosial paling popular di Malaysia sekarang FACEBOOK ,seperti kebiasaanya pasti akan ada sesuatu yang tidak di sangka dalam hidup saya.Dua hari lepas dalam kesibukan saya cuba juga melayari FB.Terkejut dengan sekeping gambar lama yang di tag oleh seorang rakan.Gambar saya sedang bermain muzik tradisional cak lempong sewaktu bersama Group Budaya Kembara yang kami tubuhkan sendiri tanpa berdaftar satu ketika dahulu.
Agak lama gambar ini,saya sendiri pun sudah lupa mulanya di mana dan acara yang saya hadiri ketika itu.Disaksikan oleh bekas menteri besar Pahang satu masa dahulu yang sekarang sudah pun bergelar T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob.Memang penuh nostalgianya.Dirakamkan memori ini kalau menurut sumber dari rakan saya, sekitar 1989 di suatu upacara kerakyatan masyarakat di Maran Pahang
Jika di perhatikan kami semuanya berpakaian uniform pengakap di dalam gambar tersebut.Sepengetahuan saya sewaktu itu juga saya dan rakan-rakan agak aktif sebagai Pengakap Kelana dalam Kumpulan Ke-2 Jengka.Memang agak cergas dan aktif masa itu, almaklumlah umur muda belia.Apapun nak di cuba oleh kami,tetapi selalunya kami pemuda sewaktu itu lebih suka menghabiskan masa dalam perkara-perkara kemasyarakatan.
Antara lagu-lagu kegemaran kumpulan kami semestinya lagu-lagu tradisional negeri Pahang terutama lagu-lagu rakyat.Antara lagu popular yang sering di mainkan kami seperti lagu Tebang Tebu,Menghilir Di Sungai Pahang,Lemak Manis dan lagu Walinong Sari.Kira hebat juga la masa tu.he he(perasan bagus..)
Aku dan cak lempong..dari kiri berkompang Riduan,zulkbo (cak lempong),Suhaimi (rebana) dan Zulkarnain(gong).
Info Tentang Cak Lempong
Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Pencak Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain.Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti kepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam keadaan sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan.Dalam amalan persembahan masakini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut.[WIKIPEDIA]
Satu surprise buat Sdr Zulkbo ni...pasti terimbau kembali kenangan silam...
BalasPadamsaya pun ada terjumpa sesuatu di FB..nanti akan menyusul di entry sikit masa lagi..insyallah
Aslmkm.
BalasPadamHmmm ... Zul orang seni juga la ya?
Dengar citer Zul, terasa pula diri orang lamer! Mungkin lebih tepat dengan panggilan aunty/makcik! Perasan jer muda! :)
Kak G pertama sekali tengok semua peralatan ni kecik dulu semasa pertunjukan kebudayaan Indon ... pastu 1st time tengok dari jarak dekat semasa p Bali way back in mid 1970s. Zul dah lahir ke?
wah hebatnya zul dulu-dulu dengan alatan tradisional, tapi sekarang hebat plak dgn blog..tahniah bro.
BalasPadamwah3 bro pemain alatan tradisional rupenye =) cayalahhh
BalasPadamwaa..
BalasPadamabang zul pandai main caklempong rupanya..
hebat.dalam majlis konvo selalu saya tengok orang duk main caklempong ni.. sedap didengari..
saya memang tak pernah main alatan tradisional ni.. bukannya tak berminat.. tapi tak berpeluang.. minat tu memang ada..
nostalgia y mengusik kalbu he3
BalasPadam★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
BalasPadam★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
HA..BACA PANTUN NI DENGAN NADA DAN INTONASI YANG BETUL....
kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang singgah berbuko
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis...
Padangbesaq kecik aja
Tempat siamlalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
Joommmm balik kampung kita berhari raya... Pesanan kami berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang kekampung halaman... ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda...
Cak lem pong.... ni tradisi ni....
salam
BalasPadamorang seni rupanya saudara zul ni
...saya tak tau apa dengan seni muzik [buta kayu]
hehehe
eh! masa ni umor uncle brapa?
BalasPadamSalam,
BalasPadamLagu ini pernah saya share dengan kawan didalam fb tahun lepas,tak sangka rupanya lagu ini telah diupload oleh tuan punya blog.he3
salam..adakah alat muzik ini juga yg dipanggil kulintangan zulkbo?
BalasPadamCm pun selalu terjumpa gambar gambar lama masa sekolah dulu-dulu yg di tag oleh kawan-kawan kat fb..nostalgia:)
BalasPadamTo:Afzanizam...
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
org kolumpo jgn kocik ati!!)
..hehe kecik ati makcik tau...makcik raya kat kl:(
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
memang org lame lah.. :)
BalasPadamsalam..sekolah sekarang semua dah ada kumpulan muzik cenggini kan
BalasPadamsalam
BalasPadamwah..kenangan mengusik jiwa...
wah... boleh la buat show mcm ni hehehhe
BalasPadamwah...hebat ini..memang dikenang cite2 lama seronokkk..
BalasPadamsalam en zul...
BalasPadammesti seronokkan nengok gambar2 lame ni...pas tu teringat saat2 manis zaman tu...
saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...
Salam Zulkbo.
BalasPadamPernah beberapa kali bermesyuarat dgn T.Y.T Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob tu masa di Kementerian Pendidikan.. (pertengahan tahun 80an)tapi tak pernah bergambar
Selamat menyambut 'idul fitri
Salam zul sori lambat menyingah kesini line internet macam siput... apapun kawan kira aok nie org seni juga :)
BalasPadam@Eryati
BalasPadamSaya pun dulu panggil kulintangan..
rasanya benda yang sama..
@akuanakpahang
BalasPadamTak pe Yassin..
buatlah mana yang penting
dulu..koi faham masaalah
broadband ni..he he
@Werdah
BalasPadam80an yang masih bersekolah
anda sudah bekerja..salam hormat
dari saya buat anda..
fulamak.. pandai main cak lempong..
BalasPadammmg cool!
@cheqna | ZELLA | EJUM
BalasPadamMemang kenangan tu dah lama
dalam hati cuma tak sangka
ada di simpan dalam bentuk
gambar..rasa teruja juga..
@sahromnasrudin
BalasPadamBagus kalau begitu
remaja sekarang dah
ada kemudahan pun masih
tak tahu menggunakannnnya
kami dahulu peralatan
semua buat sendiri..termasuk
kulintangan tu pun hasil usaha
kami tanpa minta di bayar
wang ringgit pun..
@mier@merr
BalasPadamTak lamaq sangat..tapi
semakin hari semakin
mencecah matang tua.he he
@cikmanggis | AFZANIZAM
BalasPadamBerpantun kita yek..
selamat berhari raya
juga buat kalian berdua
maaf zahir dan batin dari
saya..
@mankuchai
BalasPadamYe ke Man..lagu ni sapa pun
boleh upload tak de hak cipta
pun..lagu rakyat pahang
@NICK IRFAN
BalasPadamErmmm..rasanya umur uncle
opps 1971-1989 jadi
dalam 18 tahun..he he
@DDrfauziah
BalasPadam1970 Kak G dah ke Bali nuh?
saya mungkin baru lahir je
entah umur dalam hari lagi
he he..thanks,berkongsi kisah
Kak G..
@Idalara
BalasPadamJomm..sesama kita kongsi
dalam laman blog memasing
di simpan sebagai arkib
rujukan generasi akan datang
he he..
@aRoL
BalasPadamArol..anda lagi hebat
dah berapa gunung anda
sudah daki..apalah sangat
saya ni..
@annfrendly | ANN
BalasPadamSalam kalian berdua..
miss xyz mmg caiyok..
Ann masih muda pasti
boleh mencubanya
satu hari nanti..
@Nadia Abdullah | TEH RAMUAN
BalasPadamSekadar kelebihan yang sebesar hama sahaja..he he..kadang-kala di fikirkan balik dah lupa langsung
bagaimana nak memgetuknya semula
@gnesop.com
BalasPadamSop..ha ha,bakat terpendam kut
dulu..bila di ingat balik sengih
sensorang..ha ha
salam,
BalasPadamsekarang leh main lagi tak cak lempong tue?
Nostalagia seorang seniman Cak Lempong...
BalasPadamsalam abg zul apa yg patut kita buat jgn di tinggalkan nostalgia lama...
BalasPadamwah...bro zulkbo ni memang berdarah seni la ye.. :)
BalasPadamSalam...
BalasPadamOooo...itu ke namanya....sblum ni tak tau pun nama dia....
Selamat hari raya
wah o.k la tu bro koi..ada bakat la main alat muzik tradisional ni..bro koi kene teruskan ni..boleh pergi jauh
BalasPadamngeh3x amboi orang seni juga yerk, ketnya koi tangan keras kalu main muzik
BalasPadamsy suka tonton permainan alat muzik tradisional, good feeling
BalasPadamselamat hari raya maaf dipinta buat zulkbo
Salam En Zul,
BalasPadamAda bakat terpendam juga rupanya. Sekarang ni bolehker main cak lempong ni lagi agaknya..
Salam sdra...
BalasPadamMoga sdra terus sihat hendaknya..
Bakat terpendam erk..
@sweetie2010.blogspot
BalasPadamermmm..rasanya lupa dah tu
mau sumbangkan lagu je la..
he he..
Bagus permainan tradisional ini..kiranya aok dulu ni pemuzik lah ye Zul..
BalasPadamsalam aok,
BalasPadamheheheh glamor aok ya
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
hahahahha...
lawoks
hebat bukan semua tau main alat musik mau2 yg tradisional mcm ni..
BalasPadamcak lempong tak pandai main..tapi kompang boleh la sikit... nostalgia tuh bro...
BalasPadamBanyak gak lampu gasolin yang hilang...nak buat cak lempong..pengetuk gong tu ada bau ckit...haruuummmm...telor Lembu....
BalasPadamassalam encik zul. bagusnya masih ada gambar2 lama.
BalasPadam@Emila Yusof
BalasPadamWsalam..
ermmm..memang banyak koleksi
gambar lama saya..cuma segan nak publish :D