Hussin 'Box' | Bendang Garam | Pattani Thailand




Salam semua..Mak saya selalu menyatakan yang beliau berketurunan Melayu Pattani.Arwah datuk berasal dari sana dan mempunyai ramai ahli keluarga.Tidak berapa rapat antara saya dengan arwah datuk sebelah mak, jadi saya kurang mengenali beliau.Beliau merupakan seorang guru tomoi di selatan Thailand dan berhijrah ke Kedah serta meneroka tanah di sana.

Berkat usaha gigihnya beliau menjadi senang dan berkahwin dengan wanita tempatan, yakni  ibu kepada emak saya.Bernama Hussain, dan di gelar "Hussin Box". Datuk memang hebat dengan membuka gelanggang tomoi di Kedah dan selalu menjadi juara dalam pertandingan tinju tomoi di sana.Mak juga selalu menceritakan yang keluarga mereka di Pattani  mengusahakan bendang garam.Suatu proses dalam menghasilkan garam secara tradisional.




Bendang Garam Di Pattani Thailand

Proses menghasilkan garam masih dilakukan secara tradisional dengan menggunakan air laut sebagai bahan utama mengeluarkan garam berbuku (garam jantan) yang dihasilkan dalam petak sawah.


Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di wilayah ini mengusahakan bendang garam dengan keluasan tanah lebih 2,000 rai (satu rai bersamaan 0.2 hektar).


Kampung-kampung ini, yang berdekatan dengan laut, menjadikan perusahaan membuat garam sebagai punca pendapatan mereka. Dengan itu juga penghasilan garam dari air laut menjadi daya tarikan pelancong ke wilayah ini.


Garam yang dihasilkan di sini mendapat sambutan baik sejak wujudnya perusahaan garam ini kerana dipercayai mempunyai khasiat tertentu untuk kecantikan kulit dan kesihatan.


BAGAIMANA GARAM DIHASILKAN


Menurut pengusaha bendang garam di Kampung Lamdok, Bisim Mamat, 45, proses menghasilkan garam perlu dilakukan ketika musim kemarau. Proses menghasilkan garam dari air laut diusahakan secara tradisional sejak hampir 100 tahun lepas.


Sebelum air laut dimasukkan ke kawasan petak yang dikhaskan untuk menghasilkan garam, air berkenaan perlu terlebih dahulu dijernihkan hampir sebulan di dalam satu kawasan petak sawah yang lain tetapi berdekatan dengan petak yang bakal menghasilkan garam.


"Setelah sebulan air laut dijernihkan, barulah dilepaskan ke petak bendang yang bakal menghasilkan garam dan dibiarkan selama seminggu sekurang-kurangnya," katanya.




PETAK GARAM


Pengusaha garam di wilayah ini hanya menggunakan alat penarik seakan-akan cangkul lebar yang diperbuat daripada papan untuk mengumpulkan garam yang masih terendam air di dalam kawasan petak sawah.


Menurut seorang pengusaha di Kampung Kuing, Pattani, Ismail Ahmad, 50, jika hujan lebat berlaku, penghasilan garam akan terbantut dan berkurangan kerana kepingan garam di permukaan air dan di dasar bendang akan hancur, tetapi jika cuaca panas garam terhasil dengan banyak.


Bagi setiap petak hampir 10 x 20 meter luas, pengusaha garam mampu menghasilkan hampir 50 kilogram garam buku yang bersih, dijual dengan harga RM1 segantang.



UBAT KESIHATAN


Seorang lagi pengusaha bendang garam Abdul Kadir Nik, 60, berkata garam dari air laut ini dipercayai mampu menjadi ubat tradisional terutama untuk penyakit kulit.


Beliau yang merupakan generasi kedua mengusahakan bendang garam ini juga yakin perusahaan garam daripada air laut ini mampu bertahan lebih lama.


Menurut Abdul Kadir, ramai pelawat dan pelancong yang datang ke kawasan bendang garam di sini dan membelinya untuk dibawa pulang dalam kadar yang banyak kerana mahu dicampur menjadi ramuan ubat pada sabun mandi bagi tujuan melicinkan kulit serta menghindarkan penyakit kulit.


"Ada pengusaha alat kecantikan dari Malaysia yang menghasilkan bahan mencuci badan untuk kaum wanita menggunakan garam yang dihasilkan di sini sebagai bahan campuran di dalam produk keluaran mereka," katanya.[BERNAMA]




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, September 29, 2010

34 Komen:

  1. begitu orang buat garam yek..

    BalasPadam
  2. salam encikzul
    sihat??
    wah..terima kasih untuk info ini ye =)

    BalasPadam
  3. tak sama ke garam yang kita gunakan sekarang, kalu dok ble le mandi dengan air garam tu je

    BalasPadam
  4. heee..xtau pon selama nh org bt garam cam 2...rumit gak yer, tau mkn garam je :D

    BalasPadam
  5. Salam,

    One day boleh kita kesana,pak sedara dok sebelah sana (guru tomoi juga dulu lah )walaupun buat garam,mereka tak kena darah tinggi,kita yg tak buat ni byk yg kena.

    BalasPadam
  6. Salam Zulkbo.

    Allayarham mak kak juga mengatakan kami keturuan Patani.. cakap kami ala kelantan juga, katanya semua orang-orang kampong kami berasal daripada satu datuk n nenek yang asal dari petani, siam.. itu beratus tahun dulu, sekarang da caca merba sebab dah ramai berkahwin dengan keturunan lain.

    Soal garam ni,memang menakjubkan, selalu rendam kaki dengan air garam, bersih banding sebelum direndam.. terima kasih memberi info ini.

    BalasPadam
  7. Gudang garam macam mana pula yer..

    BalasPadam
  8. salam
    wah ntah2 kita ni satu group yg sama kot bro hehehe
    tok nenek saya pun asal belah sana jugak, sekarang pun dok ada lagi sedara mara belah sana, cuma jarang berhubung aje :D

    BalasPadam
  9. salam abg zul

    wahhhhh kalau macam tue jgn makan garam berlebihan tak elokkkkk hehehehe

    BalasPadam
  10. Hebat zul aok keturunan pendekar juga..:)
    Payoh juga membuat garam nei yeek...

    BalasPadam
  11. salam zul..makcik tahu yg kebanyakkan garam kasar/buku disini datang dari sebelah sana.
    bagus juga kalau dapat pergi merapatkan lagi silaturrahim zulk dgn keluarga sebelah sana.

    BalasPadam
  12. Salam tuan Zulkbo, semoga ceria selalu

    Pak mentua saya keturunan Patani... saya pulak keturunan Mindanau...

    (ehh... patut la maso kocik2 dulu den ado PA-NAU...)

    BalasPadam
  13. @etomyam

    Kalau dah dari sana..kira adik beradik belaka..tak percaya cuba
    tanya..ke rumah mereka khabarnya
    kalau tak tunggu makan nasik,kecik
    hati deme..he he

    BalasPadam
  14. @mohdandmeriam

    Terima kasih mak cik..
    insayaallah..ada rezeki
    memang nak ke sana..tapi
    keadaan sekarang masih
    kurang aman..

    BalasPadam
  15. salam,
    garam bendang sama ker dengan garam yang kita selalu makan..?

    BalasPadam
  16. Aslmkm.
    Hmmm ... 'roots' kita sama dari Siam! :)
    Asal usul Zul tokey garam. Arwah Tok Kak G tu berketurunan Siam sebelah bapanya, tapi bertani & ada ilmu Harimau!
    Kak G pernah tengok orang buat garam semasa p Indonesia zaman mahasiswi dulu.

    BalasPadam
  17. @DDrfauziah

    Tu dia jumpa lagi sorang
    adik beradik..he he

    BalasPadam
  18. Salam...

    Ooo begitu asal usulnya....tau jgk asal usulnya...
    saya ni tak sempat nk interview tok wan sebelah abah sebab dua2 dah arwah.keluarga sebelah abah pun dah putus hubungan sejak abah meninggal.yg saya tau tok wan saya seorang bomoh ular dan pandai cakap siam. Terkenal jgk dgn nama Tok Mat Ribut. tergantunglah salasilah keluarga saya....huhu...

    BalasPadam
  19. wahhh ni kiora cucu otai tomoi la ye... =D

    BalasPadam
  20. ooo banyak makan garam ni... :)

    BalasPadam
  21. pernah tgk gambar buat garam di india.. ngeri juga cara tradisional ni kalau nak makan.. :)

    BalasPadam
  22. Kala kite kumpul2 jumloh garam yang kite makan dari kecik sampei sekarang agok2 banyok mane la yek.

    BalasPadam
  23. Pak dua pupu sebelah mak Pak Nidus hanyut kat River Kwai Kanchanaburi masa Jepun..entah masih hidup atau mati.
    Bendang garam kalau jumpa kat National Geografi
    tentu menjadi lebih sohor lagi...

    BalasPadam
  24. ooo mcm tu rupanya org buat garam..baru saya tau.selama ni duk mkn je x tau plak camne org buat..hihihi

    BalasPadam
  25. salam

    wow baru leh tengok camner orang buat garam... selalu dok dengar cerita pak usop dan kengkawan dia saja... suatu masa dulu dia selalu pegi siam belayar perahu besor muat garam di siam ngan bebarang lain bawa ke teganu kita.....

    BalasPadam
  26. salam....pertama kali koi denga bendang garam...

    BalasPadam
  27. bagus info ni..
    tertanya2 gak mcm mana org proses garam..

    BalasPadam
  28. brulah sy thu mcm mne nk buat garam? thnkz!

    BalasPadam
  29. Ooooo...cucu guru tomoi rupanya che' Zul ni...

    BalasPadam
  30. Salam...

    Bang Zul tak belajar Tomoi ke? heheh..

    Terima kasih komentar di entri saya..

    BalasPadam
  31. @ashrafi

    Tak sempat..
    alahai sedihnya
    bila di ingatkan
    he he..

    BalasPadam
  32. Great information! I’ve been looking for something like this for a while now. Thanks!

    BalasPadam